"Hye."
Aku menoleh ke arah pemilik suara itu. Aku kenal suara itu siapa lagi kalau bukan suami tercintanya. Malam ini adalah malam terakhir mereka berkhemah di Canopy Tribes. Aku memandang langit malam yang berhias dengan bintang-bintang indah. Betul kata orang, semua ciptaan Allah memang indah.
"Abang buat apa dekat sini ?" Soal ku ke arahnya.
"Saje. Lagipun Qhalish tak layan abang sebab seronok sangat bermain dengan kawan-kawan dia." Jawab Qashaff lalu mengambil tempat disisi isterinya.
"Honey..."
Aku menoleh ke arahnya.
"Thanks for everything. I didn't know how lucky am i to have you in my life. Without you, i think i can't stand by myself going through this allegations." luah Qashaff membuatkan aku tersenyum dan terharu dengan kata-katanya. Terasa dirinya dihargai dan disayangi oleh lelaki itu.
"Hanna tolong abang apa yang Hanna mampu je. Lagipun inikan usaha abang juga. Abang berjuang demi Qhalish." Ujar ku. Tangan sasa itu aku pegang bagi menyalurkan semangat kepada suaminya itu.
"Qhalish will be proud of you to have a great mother just like you." Puji Qashaff lalu tangan sasanya mengusap lembut kepala isterinya itu.
Aku tersenyum lagi. Kepala ku dilentokkan pada bahu Qashaff. Sempat lagi Qashaff mencium ubun kepalanya. Alahai...Malam ni kenapa tiba-tiba aku rasa indah sekali...
Aku akui yang aku telah jatuh cinta lelaki yang bernama Adryan Qashaff. Lelaki yang beku, mulut macam longkang dan ayah kepada Adam Qhalish. Namun setelah aku mengenali lelaki itu, barulah aku tahu bahawa lelaki itu mempunyai sifat yang berbeza. Dia seorang berhati lembut dan baik. Dia pandai jaga hati orang. Dia pelindung dan dia adalah nyawaku. Apabila bersamanya, terasa duniaku selamat dan aman.
"Qash !" Panggil Hadif menyentakkan kami berdua. Aku segera memperbetulkan posisi ku kembali.
"Cikgu Hayati panggil korang." Kata Hadif.
"Whats going on ? Qhalish mana ?" Tanya Qashaff dengan kehairanan.
"Ada tengah berkumpul. Cikgu Hayati panggil nak buat pengumaman kali terakhir. So... I'll guest both of you have to come over especially you, Qash." Balas Hadif.
"Honey, lets go." Ajak Qashaff lalu menghulurkan tangannya bagi membantu bangun berdiri. Aku hanya menurut kata-katanya.
Hadif tersenyum melihat kedua-dua insan yang baru bergelar suami isteri itu. Baginya, Qashaff terlalu banyak perubahan setelah dia berjumpa dengan gadis yang bernama Hanna Arlana. Mungkin Hanna lah yang berjaya mencairkan sahabat bekunya itu. Jarang sekali nak tengok Qashaff tersenyum gelak gembira bersama mereka. Jangan nak senyum, bercakap pun susah. Haih... Mulut dia tu ada ketulan emas kot ?
"Yang kau tercegat kat situ kenapa ? Nak jadi tunggul kayu ?" Pekik Qashaff membuatkan Hadif tersedar dari lamunannya. Ha...mulut longkang dia memang takkan berubah. Potong stim betul ! Hadif mengeluh perlahan sebelum melangkah pergi mengikuti jejak pasangan sejoli itu. Di dalam hatinya sempat lagi dia berdoa agar pasangan itu kekal bahagia selamanya.
"Lama betul kau panggil diorang." ujar Zadz.
"Malas nak potong stim tengok merpati sejoli sedang hangat bercinta tadi. Itu yang aku lambat sampai sini." Hadif menjeling 'pasangan sejoli' yang dimaksudkan itu. Habis merah wajah Hanna kerana malu diusik sebegitu.
"Auw ! Sawit..." Puji Zadz.
"Ha... Sampai pun papa dengan mama, fikir dah tak nak kumpul dah." Sapa Qhalish membuatkan kami tertawa lucu. Ya, Qhalish dah mula bercakap selepas Hanna memujuk si kecil itu. Pada awalnya dia agak kekok untuk berbicara namun akhirnya dia semakin membiasakan dirinya pada kalangan orang. Cikgu Hayati, Hadif dan Zadz turut terkejut dengan perubahan Qhalish secara tiba-tiba boleh bercakap. Kuasa Allah. Bila Allah telah menetapkan sesuatu itu, pasti akan berlaku jua. Kami bersyukur kerana Qhalish telah pulih seperti biasa.
YOU ARE READING
Tolong Lindungi Dia
RomanceAdryan Qhasaff - Sebut sahaja nama, satu Kuala Lumpur kenal dia. Orang ternama macam dia, mana tak nya orang kenal. Syarikat AQ's Holding. Perwatakan dingin serta kekacakan dia sering menjadi tumpuan para wanita. Malah ful pakej yang mana dia mempu...