"INARA! Nara kena tolong abang!" Matanya yang dari tadi hanya memandang televisyen kini sudah beralih fokus. Wajah Irham yang serabut dan agak kelam kabut itu dipandang dengan kening yang bercantum.
"Kenapa?"
"Sarra..."
"Tak berbaik lagi ke?" Inara menaikkan keningnya. Irham sekadar menggeleng dengan perlahan. Rambutnya dikuak kebelakang lalu keluhan besar keluar dari mulutnya.
"Irham, kenapa mengeluh ni?" Puan Sri Frida yang baru sahaja datang dari dapur menyoal anak lelakinya.
"Cerita dia senang je cuma mummy lah yang melepas nak bermenantukan Sarra." Tanpa insurans, lancar sahaja mulut Inara menjawab persoalan Puan Sri Frida.
Puan Sri Frida menutup mulutnya. Oh tidak! Sarra.. Satu-satunya menantu pilihanku!
Irham sudah mengeluh. Punggungnya dihempaskan di atas sofa. Laju sahaja Puan Srida mengambil tempat disebelah Irham.
Bahu anak lelakinya itu ditepuk kuat.
"Kenapa macam ni Irham?!" Sudahlah dia dengan Sarra amat rapat. Tidak boleh dibayangkan jika suatu hari nanti Sarra dan Irham memutuskan hubungan. Mungkin dialah orang yang paling terkesan, kerana dia amat rapat dengan Sarra.
Sarra tidak ubah seperti seorang anak kandung.
"Tak tahu lah, mum.. Benda jadi sekali gus dalam masa yang sama." Rambutnya dikuak kebelakang lagi.
Inara menggelengkan kepalanya. Mahu bertanya lebih kepada Sarra dia tidak berani. Nanti Irham menganggap Sarra seorang yang suka bercerita hal hubungan mereka pula.
"Macam mana tak minta putus kalau anak awak tu sibuk keluar dengan perempuan lain." Tan Sri Irshad menyampuk perbualan mereka bertiga.
Oh no! Inilah saat-saat peperangan ketiga akan berlaku.
Inara mencuit lengan Puan Sri Frida tanda tidak mengerti manakala Puan Sri Frida mencuit lengan Inara balik dengan kerutan di kening. Anak dengan mak sama tolol!
"Kenapa abang? Irham keluar dengan siapa?" Puan Sri Frida menyoal suaminya, lalu pandangan dialihkan kembali kepada Irham.
"Tanyalah anak awak tu. Selalu keluar dengan perempuan mana saya tak tahu."
"Amy! Nama dia Amy" Irham cuba mengawal intonasi suaranya.
"Yeah whatever her name is.." Penuh sarkastik Tan Sri Irshad menjawab. Inara menggaru kepalanya yang tidak gatal persis beruk.
Irham dengan daddynya seperti sedang bergaduh. Sudah dua hari mereka tidak bercakap dengan mesra. Irham naik ke atas tanpa menoleh ke arah Tan Sri Irshad. Sampai sahaja dibiliknya, pintu dihempas kuat.
Terhinjut bahu Inara disebabkan bunyi hempasan pintu tersebut. Agak seram ya bila Irham marah.
Inara dan Puan Sri Frida tersentak mendengar bunyi hempasan pintu tersebut. Apa yang mereka berdua gaduhkan? Amy? Siapa Amy?
Tan Sri Irshad menggelengkan kepalanya. Dia sudah menegur Irham sehabis baik tentang perihal Amy. Bila sudah kehilangan Sarra baru tahu erti menyesal.
INARA memulas tombol pintu bilik Irham perlahan-lahan. Kaki dijengketkan tidak mahu membuat bising mengganggu Irham di meja kerjanya.
"Keluarlah Nara. Abang sumpah tak ada mood."
Inara mengeluh kecil. Kenapa dengan semua orang ni? Rasa mahu menangis sahaja bila semua orang tiada mood.
Tadi dia cuba menceriakan suasana antara Irham dan Tan Sri Irshad ketika makan malam namun hanya bunyi cengkerik sahaja dia dapat.
YOU ARE READING
His Eternal Love
Romance[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah ciri-ciri seorang Inara. Kawan? Dia tidak mempunyai kawan selain Firdaus dan Sarra. Hari-harin...