"TADI Adrian ajak Nara kahwin, mum..." Kata Inara memecahkan kesunyiaan di dalam wad yang didudukinya. Puan Sri Frida tersenyum suka mendengar pengakuan Inara sebentar tadi.
"It's a great news.. Lagipun Inara dengan Adrian memang plan nak kahwin pun kan sebelum ni?" Tangan Inara yang dicucuk jarum itu diusap perlahan.
"I don't deserve him, mummy.. Nara tak rasa Nara layak untuk dia.. Nara jijik dengan diri sendiri dan tak mungkin Adrian boleh terima Nara semudah itu.." Luah Inara kepada ibunya.
"No! Don't say that! Mummy tak suka.. You're perfect, sayang and Adrian knows that. He loves you... your flaws too."
Inara tersenyum tipis. Adrian tak sama dengan lelaki lain dan lelaki itu juga betul-betul tekad untuk mengahwininya. Tell me, Inara.. Lelaki mana lagi yang sanggup terima kau selain Adrian? No one!
"Nara okay?" Tan Sri Irshad merempuh masuk ke dalam wad peribadinya secara tiba-tiba dengan muka yang sangat risau.
"Abang! Kenapa awal sangat balik?"
"Abang risau dengan Inara lah.. Bila sayang call tadi, abang terus booked flight paling awal." Tan Sri Irshad mengusap rambut Inara.
Dia benar-benar risau akan keselamatan anak perempuannya yang satu ini. Sebenarnya, dia ada kerja di Indonesia dan apabila dia mendapat panggilan dari isterinya, terus dia bergegas pulang. Baginya, keluarga ialah nombor satu.
"Eh orang tua ni orang dah cakap balik esok, tak dengar! Yang pergi balik hari ini juga tu kenapa?" Mulut terkumat-kamit membebel sambil tangannya bergerak mencapai tangan si suami lalu dicium.
Tan Sri Irshad hanya mampu menggelengkan kepala melayankan sahaja bebelan Puan Sri Frida. Kalau sehari kalau tak dengar Puan Sri Frida membebel memang tidak sah!
"Nara minta maaf sebab banyak susahkan Daddy dengan Mummy." Tiba-tiba rasa serba salah menyerbu ke dalam diri.
Ayahnya tinggalkan kerja semata-mata untuk dirinya. Kepala ditundukkan. Kalau dia tahu yang dia akan menyusahkan orang lain sebegini rupa, dia takkan ambil pil tidur berlebihan.
Dia hanya mahu memadam bayangan lelaki dan peristiwa hitam tersebut dari mindanya.
Dan dia tidak tahu bahawa dia akan menyusahkan orang lain sampai begini sekali."Jangan cakap macam itu sebab daddy tak suka. Inara anak daddy dan mummy, mestilah kami risau.."
Inara tersenyum tipis.
"Mummy and Daddy balik lah rumah. Have some rest."
"You sure going to be okay by your own?" Tanya Tan Sri Irshad inginkan kepastian. Dia risau mahu meninggalkan Inara sendirian selepas apa yang telah terjadi.
"Yup! No worries.." Senyuman ditayangkan.
Entah mengapa selepas sahaja dia bertemu Adrian, semua kerisauan dan ketakutan hilang. Kerana dia tahu bahawa Adrian masih dapat menerimanya. Inara cuma takut kehilngan Adrian selepas apa yang telah berlaku. Ya, itu sahaja..Setelah beberapa minit, bilik yang diduduki olehnya itu mula sunyi. Sudah dua hari dia tidak keluar ke mana-mana sejak dimasukkan ke wad. Sangat membosankan.
Bunyi pintu yang dibuka dari luar menyentakkan lamunan Inara. Kepala ditoleh dan terpapar wajah manis Datin Aaliyah bersama Arissa yang tersenyum teruja dibelakang.
Inara bangkit dari pembaringannya lalu tangan dihulurkan ke arah ibu Adrian untuk bersalaman.
"Eish jangan bangunlah, Nara.. Kan tak sihat lagi?" Tegur Datin Aaliyah. Jujur dia terlalu risau apabila dikhabarkan oleh Adrian bahawa Inara dimasukkan ke hospital kerana penggunaan dos yang berlebihan. Hati ibu mana yang tidak risau?
YOU ARE READING
His Eternal Love
Romance[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah ciri-ciri seorang Inara. Kawan? Dia tidak mempunyai kawan selain Firdaus dan Sarra. Hari-harin...