Bab 17

81.5K 5.5K 1.4K
                                    

"CAN you stay up all night? Fuc..
Astaghfirullah! Thirty four thirty five..." Nyanyian Inara tetap disambung meski dia tahu maksud lirik dan lagu yang dibawakan oleh Ariana Grande itu..

Mata Inara ralit membelek beberapa baju di tangannya yang tersangkut di hanger. Ada terlalu banyak pilihan untuk dipakai. Semua yang dia pegang hanyalah baju pejabat yang baru dibeli tetapi langsung tidak dipakai.

Ye lah..Nanti kan dia mahu lunch dengan Adrian, sebab itulah Inara bersusah payah mencari pakaian yang cantik.

Baju-baju pilihan tersebut dilekapkan di badannya satu persatu. Akhirnya Inara memilih sebuah baju tshirt putih yang dipadankan dengan blazers berwarna pink cair dan seluar berwarna putih.

Sangat bergaya.

Seutas rantai diambil lalu dipakaikan ke leher jinjang miliknya. Selepas itu, jam tangannya yang berwarna rose gold pula diambil lalu dilingkarkan ke pergelengan tangannya.

Inara turun ke bawah selepas sahaja siap bersiap untuk ke kerja. Kelibat daddynya yang sedang duduk di meja makan disalam dengan laju manakala mummynya pula disalam dan dicium. Sekeping roti bakar diambil lalu dimasukkan ke dalam mulut.

Dia sudah lewat masuk kerja.

Tan Sri Irshad dan Puan Sri Frida hanya mampu menggelengkan kepala.

"Mimpi apa dia tu pergi kerja?" Puan Sri Frida mula bertanya dengan hairan.

Tan Sri Irshad hanya menaikkan kedua-dua belah bahunya tanda tidak tahu dan tak nak tahu.



INARA meregangkan lengannya ke atas. Penat buat kerja. Dari tadi dia tidak senang duduk apabila melihat jam dinding yang elok tergantung di pejabatnya. Lambat lagi ke nak lunch ni?!

Kenapa tiba-tiba masa bergerak dengan perlahan ni?

Inara duduk termenung. Telefonnya dibelek kot-kot Adrian ada mesejnya namun hampeh! Langsung tidak ada mesej daripada lelaki pujaannya.

Setelah beberapa minit menunggu akhirnya telefon Inara berdering minta dijawab. Inara tersengih lebar melihat nama pemanggil.

Finally!!

"Dah sampai? Kejap I turun.." Jawab Inara lalu  panggil dimatikan.

Inara tersengih lebar. Tanpa membuang masa, telefon bimbitnya dan beberapa barang penting dicampak masuk ke dalam beg tangannya. Eh rasa berdebar pula nak jumpa pengarang jantung.

Tiber...




PUAN Sri Frida memandang Firdaus yang merupakan pekerja dan rakan anaknya itu dengan pandangan yang amat berharap.

"Alaa please lah Fiffy. Aunty janji sekali ni je please please please..." Puan Sri Frida sudah tayang muka comelnya dihadapan Fiffy.

"Alah Aunty...." Firdaus menghentakkan kakinya ke lantainya beberapa kali dengan suara yang dikepit.

"Fiffy je harapan aunty untuk Fashion Show tu. Nanti Aunty gandakan lah gaji Fiffy.."

"Tapi Aunty.. Orang ada kerja lah time tu."

"Hish kau ni Ffy! Kalau kerja tu pergi masjid tak apa lah jugak atleast boleh betulkan juga yang mana tak elok, ni tak! Kau punya kerja tu mesti keluar dengan Inara kan?"

His Eternal Love Where stories live. Discover now