Bab 58

67K 3.8K 1.8K
                                    

"ABANG, baju ni dengan tudung ni sesuai tak?" Tanya Inara kepada Adrian yang sedang bermain telefon.

Adrian terus mendongakkan kepalanya memandang Inara. Jarinya yang dari tadi sibuk bergerak di atas skrin telefon bimbit itu terus terhenti.

"Hah?" Dia memandang Inara tidak percaya. Senyuman cuba dikawal.

"Baju ni dengan tudung ni sesuai ke tak?" Tanya Inara sekali lagi sambil menunjukkan baju dan selendang di tangannya.

"No.. No.. Love, cuba sebut balik.."

"Apa? Mana ada apa-apa lah.." Telefon bimbitnya dicampak ke tepi. Tumpuannya kini seratus peratus kepada Inara yang sedang mengusiknya.

Muka diraup dan dia terus mengoyakkan senyum.

"Cuba sebut balik.." Adrian bangun dari katil dan dia melangkah mendekati Inara yang sedang sembunyikan senyum.

"Apa? Sebut apa?"

"Itu la.." Adrian tersipu-sipu ingin menyebut perkataan itu. Muka dan telinganya sudah kemerahan.

Memang lah ada orang yang pernah panggil dia abang, tapi bila Inara yang panggil terus lain rasanya.

Rasa rama-rama berterbangan dalam perut.

"Apa? Abang?" Inara cuba untuk bermain tali. Adrian terus tersenyum lebar.

Tilam disebelahnya itu ditumbuk-tumbuk sambil tersengih lebar.

Arghh!!

"Jawablah abang, okay ke tak dua ni?" Tanya Inara sekali lagi. Makin kuat dia mengusik Adrian yang sudah kemerahan.

Telinga Adrian kemerahan kerana rasa teruja dan malu sekarang.

Adrian berdehem cuba untuk sembunyikan senyumannya, "Okay lah tu."

"Nanti abang turun makan tau. Sayang tunggu kat bawah.." Ujar Inara sebelum keluar dari bilik besar tersebut.

Adrian terus menghempaskan tubuhnya ke atas tilam empuk itu. Muka disembamkan di atas bantal, kaki dihayunkan ke kiri dan kanan manakala tilam pula ditumbuk beberapa kali dengan senyuman lebar. Arghh!

Papa Bear yang berada di sebelah diambil dan ditumbuk olehnya.

"Abang." Ujar Adrian sambil tersenyum lebar. Papa Bear yang berada dipegangannya itu direnung.

"I win. You lose!" Terus dia campak Papa Bear itu ke bawah. Dapur dituju dan dia terus berdiri di belakang Inara.

Pinggang Inara dipeluk dari belakang. Beberapa buah ciuman didaratkan di bahu isterinya.

"Cuba panggil lagi.." Pujuk Adrian dengan nada manja.

"Abang.." Inara tersenyum dengan gelagat Adrian. Pipi Inara dicium beberapa kali kerana perasaan teruja.

"Lagi lagi.." Adrian merengek manja.

"Abang.."

"Yes love.." Jawab Adrian. Halah! Dia yang suruh orang panggil, dia yang jawab.

"Comelnya isteri abang ni." Pipi Inara dicium lagi.

"Ei dah lah abang. Orang tengah potong sayur ni."

"Tak mau. Comelnya sayang bila panggil abang.."

"Abang!" Pisau diletakkan di atas papan hiris tersebut dan dia berpusing menghadap Adrian. Geram betul dengan perangai Adrian. Manja-manja pulak..

"Ye sayang.."

"Jom makan.." Ajak Inara dan Adrian mengangguk. Pinggang Inara masih tidak lepas dari pegangannya.

His Eternal Love Where stories live. Discover now