Special Chapter 3

48.9K 3.1K 666
                                    

KAWASAN disebelahnya diraba kemudian mata Adrian terus terbuka luas. Hah? Mana isteri dan anakku menghilang?

Terpisat-pisat Adrian bangun dari tidurnya kemudian dia terus turun dari katil tersebut. Tadi selepas subuh dia terlelap, letih sangat kerana semalam dia pulang lewat.

"Love?"

Jibake yang kebetulan lalu disebelahnya itu terus diangkat tinggi olehnya.

"Jib, kau nampak bini aku tak?" tanya Adrian kepada kucing milik Kayra yang berbulu kelabu tersebut.

"Terima kasih kerana memberi kerjasama." Adrian meletakkan kembali Jibake ke bawah. Tak membantu langsung Jibake ni.

"Haih! Mana pula dua beranak tu?"

Tingkap dibuka dan garaj rumahnya diperhatikan. Aik? Kereta Inara ada sahaja dekat bawah?

Telefonnya diambil kemudian nombor Firdaus didail.

Tutt.

Panggilan mereka bersambung.

"Kau culik isteri aku ke?" Tanpa salam Adrian terus menyembur Firdaus dengan soalan.

"Mana ada, bodo!" Marah Firdaus disebalik corong telefon tersebut.

Panggilan telefon mereka terus ditamatkan oleh Firdaus. Mungkin dia geram barangkali kerana Adrian menelefonnya di awal pagi hanya untuk soalan itu sahaja.

Dah tu?! Kalau bukan Firdaus, siapa lagi?

Dapur dituju olehnya kemudian penutup saji yang berada di atas meja tersebut dibuka.

Ada sekeping roti bakar di atas pinggan tersebut diikuti dengan sebuah nota kecil yang berwarna kuning.

Di atas kepingan roti bakar itu terdapat ukiran wajah emoji marah. Hmm.. Inara atau Kayra yang buat?

Semestinya Inara.

Tapi, apa salah dia?!

Nota kecil itu kemudian diambil dan dibaca dengan dahi yang berkerut seribu.

Nah ni je ada untuk breakfast. I dengan Kayra keluar beli barang dapur. Dah kejut you pagi tadi tapi you yang tak bangun. Mungkin penat sangat kan semalam you keluar seharian dengan akauntan baru tu. (Tak marah pun!)

Adrian menggaru keningnya. Lah? Gaya macam marah, tapi tulis tak marah. Sudahlah tiba-tiba tukar nama panggilan.

Ini tidak boleh jadi!

Dengan pantas, Adrian terus menyumbat masuk keseluruhan roti bakar itu ke dalam mulut. Bilik mandi dituju olehnya kemudian dia terus membersihkan diri.

Misi memujuk isteri.





"MOMMY.." Kayra yang berada di dalam troli tersebut memanggil Inara yang sedang tekun memilih barangan dapur.

"Yes?"

"Tadi, Kayra rasa macam nampak daddy lah," ujar Kayra dengan kening yang berkerut.

"Seriously? Kat mana Kayra nampak?"

"Tu.." Jari telunjuknya ditunding ke arah sebuah tempat.

Inara turut memandang ke arah yang ditunjuk oleh Kayra. Betul lah itu Adrian.

Dengan pakaian hitamnya ditambah pula topi yang menutup mata sedang menyorok disebalik dinding tu? Apa dia ingat orang tak perasan ke?

His Eternal Love Where stories live. Discover now