Bab 52

63.4K 3.6K 1.4K
                                    

ANIS tersenyum puas apabila memandang Inara yang sudah terbaring lemah dengan darah yang mengalir pekat di kepala dan bahagian bawah badannya.

Tapi senyumannya itu terus mati apabila terpandangkan susuk tubuh yang amat dikenali dimuka pintu.

Adrian.

Serta merta wajahnya itu bertukar pucat tidak berdarah. Adrian nampakkah?

Adrian yang berdiri di muka pintu itu memandang Inara yang sudah terbaring lemah di lantai dengan darah yang mengalir banyak. Tubuh Inara didekati dia terduduk disitu.

"Ya Allah, Inara! Love.." Kepala Inara dipangku dan pipi isterinya itu ditepuk.

Tangannya ditekup ke kepala Inara yang tidak henti mengalirkan darah. Dress berwarna cerah yang dipakai oleh Inara juga turut bertukar warna merah.

"Ad.. baby kita.."  Ujar Inara sebelum matanya mula memberat.

"Inara! Stay with me. Jangan tutup mata!" Rayu Adrian dengan wajah yang sudah bertukar pucat apabila Inara sudah menutup matanya.

Dia takut..

Dia takut melihat keadaan Inara begini. Takut kehilangan Inara.

Tidak menunggu lama, terus tubuh ramping yang sudah tidak sedarkan diri itu dicempung. Sempat matanya melirik Anis yang masih berdiri kejung di tangga teratas.

Tubuh Inara diangkat dan terus dimasukkan ke dalam kereta mercedez yang terparkir dihadapan.

Black memandang Adrian yang dipenuhi dengan darah itu kemudian matanya jatuh pula kepada Inara yang berada di dalam dakapan lelaki itu.

Dengan laju, kereta mercedez itu mula bergegas ke hospital yang terdekat.

"Love.." Rintih Adrian apabila Inara sudah tidak sedarkan diri..





ADRIAN KHALAF mencengkam rambutnya dengan kasar. Bibirnya tidak henti melafazkan selawat dan zikir sejak Inara dibawa masuk ke dalam bilik bedah. Hampir dua jam dia menunggu di luar, namun masih tiada tanda-tanda bahawa pembedahan itu akan tamat.

Air matanya mula menitis apabila berfikir tentang kemungkinan bahawa dia akan kehilangan Inara dan bayi mereka.

Air yang menitis di pipinya itu diseka dengan tangan yang terketar-ketar. Tangannya ditilik, masih ada kesan darah Inara..

Serta merta ingatannya terimbas kepada pertanyaan Inara dua bulan lepas.

"Sayang, macam mana kalau I tak ada nanti?"

"Alah I tanya je.. Tapi, kalau boleh biarlah I yang pergi dulu. I tak sanggup nak rasa kehilangan you.."

"Love, tolong jangan tinggalkan I.." Pinta Adrian dalam tangisan dengan perlahan.

Dia langsung tak boleh berfikir dengan positif sekarang apabila teringat keadaan Inara tadi. Dipenuhi dengan darah..

"Adrian! Ya Allah, Ad!" Suara orang tua dan mertuanya mula menghiasi ruang tersebut.

Adrian mengangkat wajah yang sudah comot dengan tangisan dan kesan darah itu lalu wajah satu persatu ahli keluarganya itu dipandang.

His Eternal Love Where stories live. Discover now