INARA berkerut memandang Adrian yang seakan gelisah sedari dari tadi mereka mula masuk ke dalam kafe tersebut.
"Inara..I can't do this anymore." Adrian bersuara memecahkan kesunyian.
"What do you mean?" Pertanyaan Inara membuatkan Adrian mengeluh.
"You adik Irham."
"So? We're together bukan sebab Irham." Kening Inara bercantum.
"Irham musuh I, I takkan senang-senang kahwin dengan adik musuh I sendiri." Dan Inara tercengang buat seketika.
Abang Irham musuh Adrian? Tapi haritu dia sendiri menyaksikan sendiri Irham dan Adrian di pejabat sedang berbual.
Sekali lagi kening Inara berkerut.
"I sayang you, Adrian." Inara sudah mahu menangis. Bukan mahu tetapi memang sudah menangis.
Jejaka yang dia sayang mahu putuskan tali percintaan. Oh no! Itu tidak akan sesekali terjadi dalam hidup Inara!
Tangan Adrian dicapai dan dipegang cuba untuk meyakinkan Adrian agar tidak memutuskan hubungan mereka.
Tiba-tiba seorang perempuan yang berpakaian serba merah datang lalu memeluk lengan Adrian.
"I'm sorry but I got to go." Adrian dan perempuan tersebut bangun lalu meninggalkan Inara yang sedang menangis.
"Tidak, jangan pergi! Adrian tunggu I, Adrian!" Inara meraung di dalam kafe tanpa mempedulikan para pelanggan yang sedang memandang ke arahnya dengan pandangan yang jengkel. Menganggu ketenteraman orang mahu makan sahaja.
Drama queen.
Selepas beberapa minit menangis dan meraung di lantai kafe tersebut, Inara bangun lalu mengelap air matanya.
Dia memandang tempat yang diduduki oleh Adrian sebentar tadi lalu ketawanya terus terlepas. Inara ketawa dengan kuat di dalam kafe tersebut sambil menyapu air matanya.
Berani kau tinggal aku ye?
Inara tersenyum sinis..
"Mummy.. Inara mummy, Irham rasa dia dah tak betul tu mummy." Irham menarik lengan Puan Sri Frida ke dalam bilik Inara.
Puan Sri Frida tercengang di hadapan pintu melihat Inara yang sedang berdecit dan tersenyum sinis dalam tidur.
Irham menekup mulutnya menahan tawa. Adik siapa ni sial?
"Nara bangun Nara." Puan Sri Frida menggoncang tubuh Inara yang sedang tersengih dan ketawa sinis dalam tidur tersebut.
Inara terpisat-pisat bangun lalu matanya digosok perlahan.
Aku mimpi ke tadi?! Dan kenapa dalam mimpi tadi aku jadi gila?!
Inara memandang sekeliling lalu matanya terhenti pada Irham yang sedang menahan tawa di sebalik Puan Sri Frida.
Inara memcerlungkan mata. Kalau betul Irham ialah musuh Adrian, memang tidak ada jodoh dia dengan Adrian.
Ini tidak boleh jadi!
Irham berdehem lalu telefonnya disimpan ke dalam poket seluar. Dia keluar dari bilik inara sambil bersiul seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Yang penting, boleh tunjuk dekat Sarra video Inara mengigau.
"Kenapa mummy dengan Irham masuk bilik Inara?"
"Hah? Tak ada apa." Puan Sri Frida mengemam bibirnya menahan ketawa.
"Ehem, mummy keluar dulu, nanti mandi dan turun makan."
Pintu bilik Inara ditutup lalu Puan Sri Frida turun ke ruang bawah untuk mencari kelibat Irham.
YOU ARE READING
His Eternal Love
Romance[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah ciri-ciri seorang Inara. Kawan? Dia tidak mempunyai kawan selain Firdaus dan Sarra. Hari-harin...