Bab 61

66.7K 3.7K 929
                                    

NAMPAK sahaja Inara yang sedang berbaring sambil memegang sebuah novel di tangan, Adrian terus melabuhkan kepalanya di paha isterinya.

Inara terus meletakkan novel di atas meja kemudian tangannya mengusap rambut lembut Adrian.

Sesekali dia mencium dahi Adrian membuatkan lelaki itu tersenyum manis. Suka lah mu?

"Hari ni baby ada buat mommy sakit tak?" Perut Inara yang baru sahaja mula menunjukkan bentuk itu diusap oleh Adrian. Sayang dia..

Jantina bayi sudah diketahui oleh mereka.

It's a girl..

"Abang! Terkejut, tahu?!" Dengan laju, sebuah cubitan didaratkan di perutnya membuatkan dia mengaduh kesakitan.

"Lebamlah perut abang kalau asyik kena cubit je." Inara menjeling Adrian. Lebih-lebih.. Orang cubit sikit je?!

"Tipu lah. Tak kuat pun!" Pipi Inara dicubit oleh Adrian dengan geram. Ada je nak menjawab!

"Sayang mommy.."

"Sayang princess daddy ni.." Sambung Adrian lagi.

Inara mengusap perutnya, "Kayra pun sayang daddy.."

"Kayra?" Adrian terus bangun dari pembaringannya dengan perasaan teruja.

"Yup, Kayra. Cantik tak nama tu?"

"Cantik. Abang suka.."

"Nama depan sayang dah pilih, now abang pula pilih nama belakang."

"Haania?" Adrian mencadangkan nama belakang.

"Kayra Haania. Cantik!" Inara mencium pipi Adrian dengan perasaan teruja.

"Apa maksud Haania, abang?"

"A pleasant. Our happiness, laugher and joy.." Mata Inara tiba-tiba berkaca..

"Abang.." Berkerut dahi Apabila apabila suara Inara kedengaran agak bergetar.

"Why, hm?" Rambut Inara diselitkan ke belakang. Dah kenapa pula nangis?

"Tiba-tiba teringat..." Adrian faham maksud Inara. Dia tahu, ada sahaja waktu Inara mengelamun dan teringatkan anak syurga mereka tersebut.

"Kan kita dah bincang pasal ni, love? Our first baby dah tunggu kita dekat syurga. Dia dah jadi sebahagian saham akhirat kita dekat sana nanti."

Inara sebak.

"Abang tak suka sayang menangis lagi dah.." Pipi Inara diusap olehnya.

"Even if I am the reason why this beautiful eyes became teary.." Air mata Inara dilap dengan ibu jarinya.

"We deserve a soft epilogue, my love.." Bibir Inara dicium sekilas.






ADRIAN yang sedang membancuh air di dapur itu didekati kemudian tubuh Adrian yang tidak berbaju itu dipeluk oleh Inara.

"Buat apa tu?"

"Ada ni tengah baiki kereta.." Sindir Adrian.

Inara terus melepaskan pelukan. Ei! Tak sweet langsung!

"Nah! Minum ni.. Jangan mengada tak nak minum!" Segelas susu dihulurkan kepada Inara.

Nampak sahaja segelas susu di tangan Adrian, Inara terus melarikan diri ke ruang tamu.

"Ei mak buyung sorang tu memang nak kena lah!" Adrian mendengus geram. Dia terus mendapatkan Inara yang berada di ruang tamu.

"Minum ni. Jangan degil!" Inara menggelengkan kepala. Tak nak!

His Eternal Love Where stories live. Discover now