SHC 38

966 124 16
                                    

" Siapa yang tulis list barang dapur ni ? Selama aku jadi surirumah , tak pernah lagi aku buat list panjang macam najis kau ni, Yeonha ",Seokjin membelek kertas yang mengandungi pelbagai senarai barang dapur yang akan mereka beli nanti

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Siapa yang tulis list barang dapur ni ? Selama aku jadi surirumah , tak pernah lagi aku buat list panjang macam najis kau ni, Yeonha ",
Seokjin membelek kertas yang mengandungi pelbagai senarai barang dapur yang akan mereka beli nanti.

Otaknya masih belum dapat menerima kenyataan.

" Aishh, apa kau ni najis-najis. Janganlah bocorkan rahsia aku. coi ! "
Yeonha memflip rambutnya ke belakang plus rambut baru okay.

Lupa la tu Yeonha dah glow up .

Sambil itu matanya meneliti setiap barang terletak di atas rak pasaraya itu.

" Tak masalah sekarang siapa tulis list ni ? Bapaklah, aku mana bawa duit banyak Yeonha oi. Kalau tak cukup duit aku gantung kau dekat daging lembu sana tu ".

" Aigoo~ bawa bertendang Seokjin. Sabar wey sabar. Tolak troli ni dulu . Sambil kau tolak sambil dengar aku bercerita. Dah lama kan kau tak dengar aku story telling kan. "

" Aku tak tahulah kenapa aku ada adik macam kau ni. Nasib baiklah kita ni berkongsi mak yang sama . "
Tergaru-garu kepala Seokjin terpaksa melayan perangai gila Yeonha.

" Tahu takpe. Kita ni keluar dari rahim yang sama. So, jangan nak menyesal sangatlah. Haa, bercakap pasal list panjang tu aku yang tulis sebenarnya. Dah Jungkook bagi duit banyak aku borong lah apa lagi. Kau pun tak payah lah pergi super market banyak kali. Cukup ni buat stok sebulan dua. "

Gara-gara terkejut , Seokjin menampar bahu Yeonha berkali kali macam baru nampak crush lalu. Sakit ongok !

" Jungkook bagi lagi ? Haiiih pelik , rajin pula Jungkook dok bagi kau duit ni. Hari tu dah bagi banyak hari ni dia bagi lagi ? "
Tanya Seokjin macam tak percaya.

" Plus, dia double kan duit hari tu. Lagi banyak , Seokjin. "

Yeonha ingin flashback ..amaghiii

Flashback

" Jungkook, kau cakap kita nak honeymoon kan ? "

" So what ? Ada masalah ? "

" Ada —"

" Berani kau cakap ada. Hahaha, Yeonha Yeonha . Masalah apa kau ni. Cuba cakap ".

" Masalah aku sekarang ni . Hmm—macam mana eh aku nak cakap . "

" Cakap jelah . Nak suruh aku kiss kau dulu ke baru kau nak cakap. "

[C] SUAMI HIGH CLASS •JK ☑️Where stories live. Discover now