SHC 59

705 101 34
                                    

" Hello, Seokjin ..."

" Kau dah kenapa call aku malam-malam buta ? "
Tanya Seokjin yang baru sahaja masuk ke bilik tidur.

" Aku rindu kau lah apa lagi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


" Aku rindu kau lah apa lagi..."
Ketawa Yeonha tak ingat dunia, lepas tu baru dia perlahankan suaranya andai didengar oleh Jungkook.

" Kau ni mabuk ke ? Tiba-tiba rindu aku. Ni mesti ada benda, kalau tak takdenya kau nak tanya khabar aku ".

" Rileks lah, erghh ! ",
Marah Yeonha namun bukan itu niat sebenarnya untuk menghubungi Seokjin.

Dia ada benda lagi penting dari Jungkook yang minta buat anak tu haa...okay Yeonha merepek.

" Marah je kerja kau, haa nak apa ? "

" Tolong bagi resepi yang kau selalu masak tu. Aku nak sekarang ..."

Hampir meletus ketawa Seokjin apabila Yeonha tiba-tiba sahaja nak ambil tahu pasal resepi masakannya.

Selama Yeonha hidup, dia langsung tak ambil tahu apa yang Seokjin masak. Yang dia tahu, dia makan je asalkan perut dia kenyang. Itulah Yeonha...

" Gelak... gelak. Tahulah aku tak pandai masak macam kau! "

" Yeonha dah mabuk ketum oi, tiba-tiba minta resepi masak dengan aku. Oi Yeonha, kau ni demam denggi eh ? Tak pun kau dah terkena kencing tikus? "

" Aku ada projeklah. Kau bukannya tahu pun projek apa yang aku dapat. Kali ni projek besar, Seokjin. Conferm, aku boleh buat punya. "

" Cepatlah, ajar aku masak. Cubalah kau bagi semangat dekat aku sikit. Aku ni adalah juga sifat keinsafan nak belajar masak sebelum aku tua. "

" Kau punya mukadimah panjang sangat. Ye lah..."

" Haa..cepat sikit. Aku urgent ni. Aku kena praktis malam ni juga sebelum tibanya hari esok ".

" Banyaklah kau. Kau ingat senang nak belajar masak. Lagi-lagi orang yang tak pernah pegang senduk macam kau ni ".

" Yah ! "

***

Yeonha Pov

Pertama kali dalam hidup aku hari ni, aku rasa macam bahagia sangat.

Aku tak tahu macam mana nak ungkapkan perasaan bahagia tu bila aku dengan sendirinya bangun pagi-pagi masak untuk kau, Jungkook.

Lepas tu pula kau request nak makan masakan macam dekat rumah omma dulu.
Jungkook jungkook, kau buat aku makin sayang pula. Saja kan kau nak bagi aku tersenyum sorang-sorang. Hehehe!

Aku tak kisah pun, aku lagi suka sebab kau bukan yang macam aku mula-mula kenal dulu. Kau dah lain, totally change.
Tiber omputih !

[C] SUAMI HIGH CLASS •JK ☑️Where stories live. Discover now