SHC 12

2.7K 271 40
                                    

Yeonha melangkahkan kakinya ke ruang tamu rumah.
Pandangan dikecilkan ke arah ruangan dapur. Sunyi je...

" Seokjin..."
Yeonha menegur Seokjin yang sedang enak meniarap dihadapan televisyen sambil menyelak helaian majalah.

Tengah usha resepi baru la tu.

" Apa..."
Jawabnya pendek.

" Masakkan aku nasi. Aku laparlah. Dekat dapur tu takde langsung makanan. "
Yeonha menggosok perutnya yang sudah kelaparan.

" Takde maknanya aku nak masakkan kau nasi. Omma tak bagi aku masak untuk kau. "
Penjelasan Seokjin itu mengundang kekeliruan dalam kepala Yeonha.

" Dah kenapa pula ? Hantu apa yang dah rasuk omma sampai dia tak bagi aku makan ? "
Yeonha naik pelik. Sejak bila omma larang Seokjin masak untuk aku ? Pelik...

" Entah...dah dia pesan macam tu.  Ikut je lah. Kau makan esok je tak pun lusa ".
Cadang Seokjin yang masih sibuk dengan majalahnya itu.

" Apa kena dengan omma ni ? Ishh, aku tengah lapar ni, Seokjin. Kau pergilah masak untuk aku. Kau malas masak nasi pun tak apa. Masak ramen pun jadilah ".
Rayu Yeonha persis orang kebulur.

" Tak boleh. Ramen pun tak omma tak bagi buat masa sekarang. "
Ujar Seokjin lagi.
Susah cakap dengan Yeonha ni tau.

" Boleh la Seokjin. Kau tak kesian ke dekat aku, hah ? Kau nak tunggu aku jadi tengkorak dulu ke ? Kau tak nak masak okay, aku pergi masak sendiri ".

Yeonha dah hentak hentak kakinya ke lantai kerana geram . Ditambah pula perutnya tengah keluar pelbagai bunyi.

" Aku cakap tak boleh tak boleh lah.  Omma dah amanahkan dekat aku, jangan bagi kau makan apa-apa lepas jam 8 malam. Dia nak kau diet sebelum majlis perkahwinan kau dengan Jungkook tu. Dia nak kau nampak slim je. Faham ? "

Terbeliak sebiji mata Yeonha.
Omma nak aku slim ? Bila masa aku gemuk ?

" Weh, Seokjin. Kau tengok aku, aku dah slim la. Buat apa omma nak suruh aku diet pula. Janganlah disebabkan aku nak kahwin dengan JEBON tu aku kena ikut kehendak omma tu. Tu kira baik tau aku nak kahwin dengan dia. Ishh, benci lah macam ni ! "

" Euu, bencilah macam ni. Lantak kau la.Kau tu slim ? Tang mananya kau slim kalau malam-malam asyik makan jajan je tak pun ramen. "
Bebel Seokjin bangun dan duduk bersila menghadap Yeonha.

" Aku slim je.  Omma tu yang saja nak suruh aku diet. Patutnya dia yang kena diet bukannya aku. Boleh mati aku tak makan ni, Seokjin. Kau pergilah masak. Aku nak makan ramen Seokjin. Nak RAMEN ! "
Gegar satu rumah tu dengar suara merengek Yeonha.

Seokjin terdiam. Sempat dia berbuat isyarat kepada Yeonha agar senyap dari berbuat bising .

Aigoo !

" Nak ramen . Nak ramen ! ! "

" Woi, shh ! Diamlah . Belakang kau..."
Seokjin siap buat isyarat berani mati kepada Yeonha namun Yeonha masih tak perasan .

" Nak ramen ya. Mari omma masakkan ".
Suara Puan Ahn kedengaran dari arah belakang dan dia terus mendapatkan telinga Yeonha.

" Arghh, sakit! Sakit lah omma! "
Yeonha mengaduh kepedihan di kawasan telinga nya akibat dipiat oleh Puan Ahn.

" Tidur luar . Kau minta Seokjin masak ke apa ke jangan harap !
Bebel Puan Ahn sambil menutup kembali pintu rumah.

" Omma ! Sampai hati...orang betul-betul lapar tahu tak ". "

Namun itu tiada respon dari Puan Ahn dari dalam . Seokjin lagilah malas nak layan.

[C] SUAMI HIGH CLASS •JK ☑️Where stories live. Discover now