SHC 27

1.7K 210 43
                                    

Taehyung merapikan rambutnya kemas sebelum menyapu sedikit gel .

Setelah selesai, dia menggapai suitnya yang  bercorak kotak-kotak kecil lalu disangkut pada bahu .

Nyamannya pagi ini, namun sesuatu yang dia berasa pelik.

Petang semalam dia ada call Yeonha lepas tu tiba-tiba senyap.
Ingatkan hari ni dia nak call balik tapi harey betul.

Off terus minah tu. Takkan Jungkook dah sekat ?
Habislah .

Malas nak ambil port sangat pasal tu, Taehyung berjalan sambil menyanyi kecil. Lalu sahaja dihadapan bilik adiknya itu dia ternampak pintu bilik itu sedikit terbuka .

Pelik...

" Ahjumma ni lupa nak tutup ke pintu bilik ni ?  Padahal aku dah pesan banyak kali lepas kemas je terus tutup rapat-rapat. "

" Ish, ahjumma jarang tak ingat. Kalau dia kemas pun dia selalu tutup rapat-rapat ".

Taehyung mengomel sendiri sambil menarik tombol pintu itu namun dia seperti terdengar bait-bait suara seseorang .

Dia mengecilkan pandangan lalu mengintai sedikit ke dalam sudut bilik itu dan ternyata benar tekaannya. Appanya iaitu Tuan Kim berada di situ.

Taehyung memejamkan matanya dengan rapat sebelum menghela nafas berat.

Dia tak kuat terus kalau nak berhadapan akan benda ini dengan appanya

Dan ditangan Tuan Kim terdapat sesuatu yang dia sedang pegang.

Diari !

Tapi kenapa appa renung diari Taeha.
Appa jangan buka! Aigoo ...

Arghh !
Jerit hati kecil Taehyung.

Tuan Kim membuka reben  berwarna peach yang menjadi hiasan di hadapan diari itu.

Apabila helaian pertama ingin dibuka , Taehyung cepat -cepat menyentuh bahu appanya.

" Selamat pagi,appa. Appa buat apa ni ? "
Tegur Taehyung dengan senyuman lebar untuk satu-satunya bapa yang dia masih ada itu.

Tuan Kim menepuk lembut tangan Taehyung sebelum membalas senyuman anaknya.

Sebelum Tuan Kim perasan apa-apa , lebih awal Taehyung mengambil diari itu lalu disorok dibawah tilam .

" Appa , jom teman Taehyung sarapan. Kejap lagi appa nak  makan ubat, kan ? "

Tuan Kim terdiam membetulkan kaca matanya.
Dia berdehem kecil.

" Andailah adik kamu masih ada, apa yang dia dah capai sekarang ni ? "
Bicara Tuan Kim sambil membuang pandangan ke arah luar jendela bilik itu yang masih tertutup rapat.

Namun langsir nipis yang berwarna merah jambu itu tetap bergerak walaupun ada sedikit udara yang memasuki ruangan bilik besar itu.

Taehyung memicit dahinya perlahan sebelum fokus akan pertanyaan Tuan Kim itu.

" Kalau tak silap Taehyung , Taeha dah habis belajar dan dia mesti dah buka kedai bunga. "

" Kalau dulu dekat rumah ni dialah yang selalu tanam pokok-pokok bunga . Sampaikan ahjumma nak tolong pun dia tak bagi. Tapi sekarang..." ,
Tuan Kim terdiam seketika.

" Sekarang semua tu hanya tinggal kenangan, appa. Kita hanya mampu berdoa sahaja supaya Taeha tenang. Taehyung ada, Taehyung akan jaga appa. "

" Kenapalah sejak akhir-akhir ni appa teringat dekat adik kamu tu. Rindu sungguh appa padanya. "

" Appa je, Taehyung tak rindu ? Kalau appa nak tahu setiap saat setiap detik wajah Taeha tak pernah luput dalam fikiran Taehyung. Kalau masa boleh diputarkan kita balik pada waktu dulu,Taehyung nak appa. Taehyung nak sangat keluarga kita lengkap semua. Appa , Taehyung . Omma dengan Taeha. Kita semua lengkap satu keluarga. "

[C] SUAMI HIGH CLASS •JK ☑️Where stories live. Discover now