SHC 58

778 105 43
                                    

Yoonji terkejut !
Tiba-tiba sahaja buku hampir melayang terkena mukanya.

Sakit dadanya kerana terlalu terkejut dek kelakuan Yeonha yang tak dapat nak dijangka tu.

Macam marahkan sesuatu je ?

Mereka berdua lepak di port biasa sambil Yeonha menemani Si Yoonji menyiapkan kerja sekolahnya.

" Eonnie, kenapa ? "
Tanya Yoonji lalu mengutip kembali buku cantik berwarna peach itu dan menghulurkan ke tangan Yeonha.

Yeonha tak menyambutnya malah kepalanya seperti sedang memikirkan sesuatu. Mukanya turut berkerut seperti marahkan sesuatu je.

Yoonji cepat-cepat meletakkan buku itu diatas meja lalu kembali mencapai pennya menyambung semula membuat kerja sekolah.

Takut kejap lagi Yeonha menyinga tak tentu pasal.

" Han Boreum ... "
Jelas nama itu terluah dari bibir Yeonha.

" Siapa Han Boreum ? Kenapa aku marah bila baca nama dia ni ?! "

" Eonnie, kalau penat sangat pergilah naik rehat. Yoonji takpe duduk sorang-sorang dekat sini. Kejap lagi pun Namjoon oppa datang juga, dia tolong ajarkan Yoonji bahasa inggeris. "

Namun cerita Yoonji tak menarik perhatian Yeonha. Ibarat badan Yeonha je disini tapi kepalanya entah ke mana.

" Apehal Yeonha eonnie ni ? Tadi aku tengok elok je duduk sembang-sembang. Lepas tu marah-marah pula. Agaknya datang bulan Kut " - Yoonji

" Yoonji ! "

Yoonji tersentak apabila namanya dipetik kuat oleh Yeonha.
Cepat-cepat dia mengangkat tangannya.

" Nae, eonnie ? "

Yeonha duduk menyilangkan kakinya dihadapan Yoonji. Mata mereka masing-masing berpandangan sesama sendiri.

" Kau ada chingu dekat sekolah ? "
Soal Yeonha tiber lari tajuk .

" Dae ? Ada ada... "
Jawabnya gagap sedikit.

" Berapa orang chingu kau ? Diorang baik tak ? "

Yoonji menggaru kepalanya yang dia rasa tak gatal pun. Pelik aihh tiba-tiba Yeonha tanya pasal chingu dia . Macam lah dia kenal chingu si Yoonji ni.

" Sebenarnya Yoonji kawan semua je dekat sekolah tapi kalau yang paling rapat pun 2 3 orang je la. "

" Kau yakin chingu rapat kau tu semuanya baik-baik ? Tak pernah tikam belakang ke ataupun buat jahat ke ? "

" Eonnie, mana adalah. Chingu Yoonji semuanya baik-baik. Yoonji ramai kawan lelaki . "

" Oh ya ke ? "

" Kenapa eonnie ? "

Yeonha menggelengkan kepalanya dan tersenyum sedikit.

" Tak,saja nak tahu. Dulu aku ramai juga kawan. Kami kawan sebab yang sekolah sekali pun jiran-jiran. Jadi rapatlah juga. "

" Best apa ada jiran yang sekolah sekali. Boleh naik bas sama-sama. Tak macam Yoonji. "

" Kau takpelah kawan-kawan kau semua ramai anak orang kaya. Aku mana ada yang kaya-kaya. Tu pun pergi sekolah bawa bekal. Kau takpe hari-hari bawa duit poket . Dapat pula biasiswa ".

" Hmm,ni semua Tuan Jeon yang sponsor. Kalau tak, Yoonji tak merasa nak sekolah dekat bandar. Kalau tak disebabkan Tuan Jeon jugalah mesti Yoonji dah sekolah dekat kampung. "

Yeonha tersentuh bila mendengar cerita Yoonji. Lain orang lain kisahnya. Tiber rasa sedih.

" Tapi...tapi tu tak bermakna Yoonji lupa daratan tau. Kita masih ingat asal usul kita datang dari mana. "

[C] SUAMI HIGH CLASS •JK ☑️Where stories live. Discover now