SHC 25

1.4K 185 45
                                    

" Kau okay tak ni, Lia ? Kalau ada yang tak kena bagitahu aku..."
Pesan Yeonha kepada Lia untuk yang ke berapa kali.

Risaulah juga nak kena jaga anak orang macam ni. Nak-nak pula orang jahat sedang cari.

Seram aku !

Jungkook menjeling ke arah Yeonha yang gelabah semacam .
Kalaulah andaian dia tepat, memang kena jackpot la kau Jungkook oi.

Kenapalah lepas kita kahwin aku baru perasan yang muka kau dengan dia seiras. Kenapa tak dari dulu ?

Yeonha melirik jam ditelefon miliknya. Ada 10 minit lagi untuk masuk dalam panggung wayang.

Ekor matanya melirik ke arah Jungkook. Dia memang dah agak, Jungkook sedang memandangnya. Plus, menghadiahkannya jelingan tajam.

" Apehal mamat high class ni pandang-pandang aku ? Tak puas hati ke apa ? "

" Perasan ! Ingat aku selera sangat ke nak tengok kau. Aku cuma nak tengok je reaksi kau lepas ni. Adakah Yeonha turut takut pada kegelapan ? Nantikan—".

" Jom semua. Kita dah boleh masuk.

Semua dah excited nak masuk . Jungkook hanya membiarkan orang lain masuk dahulu .

Tak sabar nak tahu kebenaran.

***


Sudah 20 minit cerita dilayar besar dimainkan, Jungkook tak nampak pun Yeonha seperti takut ataupun terjerit apabila duduk dalam suasana gelap seperti sekarang ini.

Aih, mustahil !

Mata Jungkook tak fokus dihadapan layar. Dia kerap menjengah ke arah Yeonha yang duduk bersebelahan dengan Seokjin.

Rileknya kau layan movie ? Kau tak nak menjerit ketakutan ke Yeonha oi ?

Jungkook mencuit Seokjin disebelahnya untuk bertanya akan Yeonha.

" Yeonha amacam ? "
Bisik Jungkook ke telinga Seokjin.

Seokjin berkalih ke arah Yeonha disebelahnya .
Dan terus memberi maklum balas bahawasanya Yeonha sudah tersengguk-sengguk menahan kepalanya.

Tu dia, boleh kau tidur Yeonha ?
Masyarakat !

Tak boleh jadi ni. Gagal !

***

" Tak pasal-pasal aku kena angkut kau bawa balik rumah . Daddy pun satu hal, tak boleh ke biarkan aku tenang sekejap. Baru sehari kahwin dah sibuk suruh bawa balik kau ke rumah. "

Bebel Jungkook sambil menghidupkan enjin keretanya untuk meninggalkan tapak parking di shopping mall besar itu.

Jungkook teringat akan panggilan video yang dibuat dengan Tuan Jeon. Dan dia  meminta agar Jungkook membawa pulang Yeonha  ke rumah mereka hari ini.

Demi untuk memenuhi lakonan depan semua orang, terpaksa lah Jungkook turutkan kehendak Tuan Jeon itu.

Dia memerhatikan sahaja Yeonha yang sudah tidur mati disebelah kerusi pemandu.

Tu kalau tidur buas sangat mesti ada calar-calar. Memang tak boleh duduk diam ke apa minah dobi ni ?!

Dia ingat kereta aku kereta prebet sapu ?
Banyak lawa muka kau !

[C] SUAMI HIGH CLASS •JK ☑️Where stories live. Discover now