SHC 51

791 101 17
                                    

" Omma

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Omma..."

"Taeha..."

" Taehyung datang lagi ..."
Taehyung duduk bercangkung dihadapan tempat persemadian mendiang omma dan adiknya Kim Taeha.

Lalu dua jambak bunga diletakkan diatas pusara kedua ahli keluarganya itu. 

" Mianhae, Taehyung lama dah tak datang tengok omma dengan Taeha."

" Hari ni Taehyung tak dapat nak bawa appa sebab appa kurang sihat sikit. Nanti lain kali Taehyung bawa appa,eh... "

Berkali - kali Taehyung mengusap batu nisan yang tertera nama omma dan adiknya disitu.

Sesekali terdengar nafas sebak yang dilepaskan.

Taehyung menyeka airmatanya yang mengalir perlahan. Sudah lali baginya setiap kali berkunjung kesini .

Memori lama sentiasa berlegar - legar dalam fikiran.

Rindu pada yang sudah pergi terlalu sakit untuk diingat.
Tambah-tambah lagi mereka yang terlalu bermakna dalam hidupnya.

" Taeha, oppa datang nak bagitahu sesuatu ni. Taeha ingat tak Jungkook ? Lelaki yang paling Taeha cinta . "

" Dia dah kahwin . Dia dah lupakan Taeha. Lelaki macam tu ke yang Taeha sayang ? Oppa tahu, Taeha terlalu cintakan Jungkook sampai sanggup ..."

Taehyung tak dapat meneruskan kata-katanya kerana terlalu sebak.

Sebak mengenangkan kesilapan adiknya yang terlalu kurang cerdik gara-gara cinta.

Memang dia turut akui, mana-mana manusia pun akan terlalu sayang bila dah jatuh cinta dengan seseorang dan sampai boleh jadi buta dan bodoh.

" Jungkook dah temui cinta dia , dia dah tak ingat dosa dia dengan Taeha. Taeha macam mana ? Sampai sekarang oppa tak dapat nak maafkan dia... "

" Oppa..."

Taehyung mengangkat wajahnya . Lalu dia berpaling ke arah belakang. Ternyata suara itu jelas datang dari belakangnya.

" Taeha ?... "
Kening Taehyung berkerut.

" Terima kasih oppa sebab datang lagi tengok Taeha dengan omma. "
Ucap Taeha lembut sekali dengan senyuman dihadiahkan untuk Taehyung.

" Oppa kan dah janji akan selalu datang. Oppa kan sayang Taeha..."

Taehyung bangun menghadap adiknya.

Tangannya ingin menyentuh pipi itu namun ia terhalang oleh sesuatu.

" Kalau oppa sayang Taeha, oppa maafkan Jungkook, boleh ? "
Terlihat mata Taeha seperti ingin menangis.

" Tak ! Oppa takkan maafkan dia. Apa yang dia dah buat dekat Taeha takkan dapat dimaafkan. Sampai bila-bila Taeha ! "

" Tapi Jungkook tak salah. Dia sama sekali tak bersalah, oppa. Semua ni jadi sebab Taeha sendiri . Taeha yang tipu Jungkook ! Janganlah berdendam macam ni, kesian kan lah Taeha..."

[C] SUAMI HIGH CLASS •JK ☑️Where stories live. Discover now