2

11 3 0
                                    

"Kamu semua tahu, HGES terletak di satu kawasan terpencil dalam kerajaan kita, Gold East. Tetapi, sekolah kita sangat hampir dgn istana. Kamu boleh melihat di luar tingkap" beberapa orang pelajar menoleh.

"Pada zaman purba dahulu, seorang puteri negeri kita telah menjumpai kawasan ini, katanya kawasan ini mempunyai banyak rahsia. Jadi, dia mula mengkaji. Oleh itu, muncullah sains ajaib. Jadi, dia beritahu raja dan permaisuri. Sekolah ini mula dibina sejak puteri itu berusia 15 tahun. Dan sekarang, sekolah ini masih teguh berdiri kerana dibina mengikut arus kemodenan. Kerana itu, sekolah ini tidak kelihatan usang walaupun umurnya lebih tua berbanding saya. Setiap pelajar baharu akan dipilih oleh tuanku, raja.

Jadi, kamu semua sangat beruntung. Tidak ramai yang akan dipilih. Memandangkan hanya ada tiga kelas untuk pelajar baharu, dan setiap kelas hanya ada 6 orang pelajar, jumlah kamu semua adalah 18 orang. Dan pelajar tahun kedua juga 18 orang. Kamu semua juga akan menduduki tiga semesta pada tahun pertama. Dan kemudian, terus masuk ke tahun kedua seperti pelajar lama di sini. Faham?"

"Miss, bagaimana jika kami tidak menamatkan pengajian" seorang lagi mencelah.

"Kamu tidak boleh buat begitu sesuka hati, faham? At least, kamu melepasi tahun pertama. Baru boleh keluar. Dan selepas kamu tamat tahun kedua, kamu tidak perlu belajar lagi. Kamu sudah lulus dan akan menerima sijil pelajaran diraja. Sijil ini, melayakkan kamu untuk menerima apa sahaja pekerjaan di dalam negeri kita. Dan umur kamu semua ialah 16 tahun, kamu akan menamatkan persekolahan pada umur 18 tahun.. hmm agak muda untuk bekerja bukan?"

"Adakah kami akan digelar ahli sihir?"

"Hahaha.. Tidak sama sekali, walaupun sains ajaib ialah matapelajaran utama di sekolah ini, tapi kamu hanya belajar sains ajaib. Bukan kuasa ajaib." Semua pelajar mengangguk.

"Itu sahaja? Selalunya pelajar baharu akan bertanya tentang kejadian aneh di sini.."

Semua pelajar diam. "Baiklah, buat kerja sendiri sampai waktu rehat"

semua pelajar mula berbual antara satu sama lain.
Erin merasakan dirinya sedikit gembira. Setelah 15 tahun tidak belajar, dia diberikan peluang untuk belajar di sini. Tidak seperti kawan sekelasnya. Mereka nampaknya sedang berbual tentang asal usul masing masing. Begitu juga pelajar lelaki.

6 DIAMONDS WITCH (C)Where stories live. Discover now