13

0 0 0
                                    

"Ye ma, erin dah cuba yang terbaik. Exam pun bulan depan. Sempat lagi Erin nak study ni" kata Erin melalui quascom nya.

"Hmm.. Ye lah, ingat belajar elok-elok  kat sana. Klau Erin nak tukar sekolah nanti senang mama papa nak urus" kata mamanya pula.

"Okey ma.. Thank you.. gudnite ma, jaga diri"

"Ye, Erin pun" talian dimatikan.

Quascom di matikan dan diletakkan ke dalam laci semula.  Dia menarik selimut hingga ke bahu. Mahu tidur, tetapi otaknya masih berfikir. Lulus ke exam aku nanti ? Kemudian dia melemparkan pandangan ke luar tingkap. Bulan malam menjadi peneman sebelum tidur.

°°°

"Zara, sini jap" panggil erin yang sedang bersila di atas lantai bersama beberapa buah buku.

"Eh, bersepahnya!" Zara mengemaskan sedikit buku-buku erin yang terbiar namun ditegah.

"Weh jangan kemas. Kau tengok ni" beberapa buku yang di buka ditunjukkan kepada Zara. Halaman kesemua buku itu di belek Zara.

"Biar betul kau ni?" Zara memandang sahabatnya lama.

"Aku tak sure. Tapi, cuba kau fikir. Kenapa kita dilarang melepasi pagar putih tu?? And Miss D cakap ada lubang kan di sebalik pagar tu.." Erin cuba menerangkan.

"Then, kenapa dengan lubang tu?"

Erin menjongketkan keningnya. Setelah lama berdiam barulah Zara mengerti maksud erin.

"Hah?! Kau nak cakap yang 6 diamonds Witch tu ada kat situ!!??"

"Woih tak yah jerit ahh" telinga erin digosok akibat jeritan Zara. Dan jeritan Zara juga membuatkan rakan sebilik menghampiri mereka.

"Kenapa ni?" Ika menyoal.

Qila pula memerhatikan buku yang dikelilingi mereka. "6 diamonds witch?"

"Permata puteri purba tu ke?" Tanya Ika pula. Semua mata berpaling menghadap ika. Terkejut dgn kata-katanya.

"Puteri purba???"

°°°

Ika membawa teman sebiliknya ke perpustakaan sekolah. Sebuah buku tebal diletakkan di atas meja dan dibuka. Satu persatu muka surat diselak. Ada juga beberapa muka surat yang terkoyak, dakwat pudar dan kotor. Ya, jelas sekali seperti buku lama yang sentiasa menjadi rujukan para pelajar.

Tangan Ika berhenti pada bahagian buku itu yang paling elok. Seperti tiada siapa yang pernah membaca bahagian tersebut. 

"Puteri Flock"

"Kenapa muka surat ni macam tak pernah dibaca? Suci je tengok" tanya Qila.

"Semua sejarah istana kita dalam buku ni mana ada orang nak baca. Dalam buku sejarah kita pun dah ada. Buat apa nak baca lagi kan?" Jawab Ika.

"Habis, kenapa kau baca?" Tanya Erin pula.

"Entah la.. aku berminat.. hehe" jawab Ika dengan sengihan. Erin tidak menunjukkan sebarang reaksi. Memang jelas Ika seorang pelajar yang sentiasa melekat seperti ulat buku.

"So, apa yang kau nak tunjuk sebenarnya?" Zara pula bertanya.

"Nah baca" buku tadi dihulur.

"Makhluk itu dikejar sehingga aku terjatuh. Batu permata yang ada ditangan aku belek. Aku keluarkan yang berwarna putih. Terus permata itu bertukar menjadi sarung tangan. Badanku bertukar bercahaya putih. Terus digunakan kuasa sakti permata. Sarung tangan aku angkat dan aku mengawalnya dari jauh. Kuasa dari sarung ini mengejar makhluk tadi dan akhirnya aku dapat tangkap. Aku menarik semula kuasa permata putih supaya kembali kepadaku. Makhluk itu aku pegang. Namun, tak aku sangka dia menggeletar dan terlepas dari genggaman. Aku membentak keras dan menghentakkan tangan ke bawah. Tanah terus bergegar lalu runtuh. Aku terjatuh ke bawah lubang dan marah pada makhluk itu. Tetapi, mujurlah aku jatuh. Lubang bawah itu telah aku jadikan tempat persembunyian. Disebabkan aku seorang tidak mampu mengawal kesemua permata, aku tinggalkan semuanya di lubang tersebut dengan harapan, yang terbaik akan menjumpainya. Merekalah pewaris bersama sebuah nama untuk mereka, 6 diamonds witch."

Cerita itu habis dibaca.

"Jadi, cuba kau bagi kesimpulan" pinta Qila.

"Macam ni, puteri flock yang mula jumpa kesemua enam permata tu daripada makhluk yang dia ceritakan. Then, dia kan seorang je dalam istana, so dia selalu jugak main dengan makhluk tu. Aku rasa, setiap permata tu menggambarkan ciri-ciri yang berbeza dan mempunyai kuasa yang berbeza. Sebab tu dia cakap dia dah tak mampu nak pegang permata tu. So,6 diamonds witch yang korang nak tu.. aq rasa milik puteri flock la yang terakhir dalam dunia ni. Mungkin ada lagi yang lain, tapi aku rasa dah terlalu jauh hilang dalam bumi. So, Klau korang nak.. pergi la cari permata tu" panjang Ika menerangkan.

"Cari permata tu??"

6 DIAMONDS WITCH (C)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang