51

0 0 0
                                    

"Kenapa kau kena tahu?" Tanya Rizky dingin.

Erin mengeluh tiba-tiba. "Hmm yelah, aku tau aku ni orang luar. Aku tak ada kena mengena ngan kau. Thanks for the Snowdrop. Aku balik dulu."

Dia berpaling ke belakang. Tiba-tiba dirinya jadi kaku. Badannya terpusing semula ke belakang dan menghadap Rizky. Apabila sudah menghadapnya, Rizky menurunkan semula tongkatnya.

"Jangan guna kuasa kau dekat aku lagi." Pinta Erin.

Rizky cuma tersenyum.

"Kalau aku anggap kau ni orang luar, aku takkan tolong kau. Kalau kau ni orang luar, kau takkan boleh jumpa dan lepasi pagar Snowdrop yang halimunan tu. Sejak pertama kali aku jumpa kau, aku dapat rasa yang kau bukan orang luar. Maybe kita pernah jumpa masa kecil dulu." Rizky memegang kedua-dua belah bahu Erin.

"Panjang ceritanya kalau kau nak tahu..."

"Tak apa, aku banyak masa lagi. Aku.. memang nak tahu pasal kau, Rizky. Aku nak tahu rahsia sebenar seorang ahli sihir. Aku tahu yang ahli sihir dulu menetap di Gold East, bukan South Valley. So, what happened actually?" Perlahan-lahan gadis itu cuma mencari rahsia yang disembunyikan Rizky. Takdir membawanya berjumpa dengan Rizky secara tiba-tiba, jadi dia perlu cuba selesaikan cerita ini.

°°°

"Lebih kurang puluhan tahun yang dulu, ahli sihir dan rakyat Gold East yang biasa hidup aman damai. Semua orang saling membantu dan bekerjasama. Ahli sihir banyak tolong manusia biasa sehinggakan mereka bergabung tenaga untuk membina satu sekolah yang akan mengajar anak-anak biasa dan anak-anak ahli sihir."

"High Gold East School" potong Erin.

"Yup, betullah. Sekarang, mereka tukar matapelajaran kuasa ajaib kepada sains ajaib. Tapi, satu hari Raja Gold East ke-5 telah mencuri  permata berharga ahli sihir. Permata itu dikatakan sangat berkuasa kerana mampu melindungi sesiapa sahaja dari apa sahaja. Ia juga berkuasa menghidupkan orang yang telah mati. Dan kuasa permata tu, takkan pernah padam selamanya."

"6 Diamonds Witch" Ungkap Erin perlahan namun masih didengari Rizky. Ya, dia pasti permata yang pernah digunakannya dulu adalah benda yang disebutkam Rizky sekarang.

Tak percaya. Bagaikan mimpi. Itulah yang menghantui Erin sekarang.

"Hal ini mencetuskan peperangan oleh kedua-dua belah pihak. Mereka mula hidup berpecah-belah. Saat semuanya hampir musnah, Raja berikan sisa 6 Diamonds Witch yang masih tinggal kepada puterinya.

Akhirnya, semua ahli sihir mati dibunuh oleh seorang puteri bernama, Flock. Dia membunuh semua ahli sihir menggunakan keenam-enam jenis kuasa permata tu. Manusia menang dalam peperangan tersebut, tanpa menyangka masih ada seorang lagi ahli sihir yang masih hidup."

"Kau?" Teka Erin. Kali ketiga, tekaannya salah apabila Rizky tersenyum sinis.

"Qisnar. Ibu aku."

Erin terperanjat buat kesekian kalinya. "Kau bergurau??"

"Tak. Qisnar ibu aku. Dia yang cipta aku dari sebuah ramuan ahli sihir untuk aku teruskan perjuangan dia."

"Cipta kau? Perjuangan apa? Kau pasti ibu kau tak tipu kau pasal semua ni? Memang semua ni nampak logik dan normal. Tapi, aku dapat rasa ada sesuatu yang ibu kau sembunyikan."

"Takda motif untuk ibu tipu aku. Aku diarahkan untuk merampas semula 6 Diamonds Witch dan menghidupkan semula semua ahli-ahli sihir yang dah mati."

"Menghidupkan semula orang yang telah mati." Erin menyebut  kuasa permata itu perlahan.

"Jadi, ramuan kau?"

"Snowdrop ada kuasa menyembuhkan penyakit. Dengan sedikit kuasa ajaib, ramuan yang aku buat boleh menjadikan seseorang itu kebal dari segalanya. Aku nak pergi bertempur dengan BAKAL RAJA Gold East, jadi aku perlukan perisai." Kata Rizky dengan nada jahat. Perkataan bakal raja itu ditekan di tengah ayat.

"Bakal raja? Jadi kau tahu yang raja Gold East dah mangkat walau kau tak pernah ke dunia luar?"

"Well... Aku yang bunuh dia" Kata Rizky dengan senyuman lebar.

Erin telan air liur.

"Aku tengah tunggu isyarat dari 6 Diamonds Witch sebenarnya. Bila satu cahaya muncul dari permata biru, masa tulah aku akan muncul dalam istana Gold East."

"Oh..." Erin terkedu mendengar segalanya. Dia memandang lantai dan otaknya memikirkan banyak perkara yang mungkin berlaku.

"Tamat dah cerita aku. Sekarang nak balik? Aku boleh hantar kau guna kuasa aku." Tak habis-habis menghalau.

"Boleh tak aku nak duduk sini lama sikit? Aku tak rasa nak balik lagi. Boleh la..." Erin menayangkan wajah comel.

Rizky mengangkat keningnya dengan menyangkan sengihan. "Boleh. Kau jadi makan malam aku. Okey?"

"Erghh!! Taknakkk!!"

"Hahahahaha aku gurau lah. Tinggal jelah sini. Tapi jangan buat macam rumah sendiri." Katanya dan berlalu pergi ke dapur.

Erin tergamam. Senyuman Rizky tadi persis Ryan. Fuh, tetiba rindu pulak dekat Ryan.

'Ryan, saya dan jumpa adik awak'

°°°

Erin terjaga dari mimpinya apabila bunyi ketukan kayu menyapa telinga. Dengan masih mamai dia menuju ke tandas dan membersihkan diri. Sehelai baju diambil dari penyangkut di tepi katil. Baju skirt paras lutut itu disarung ke badannya. Dia pun tak tahu bagaimana baju itu boleh berada disitu. Bangun pagi tadi dah ada. Rizky yang buat la kot?

Erin menuju ke ruang tamu. Rizky sedang bersantai menjamah sarapan.

"Kau yang bangun awal atau aku yang lambat?" Tanya Erin seraya duduk di sebelahnya.

"Kau lambat. Nah, makan arnab panggang ni." Rizky menghulurkan sepinggan daging arnab yang masih panas.

"Woahh... Pandai awak masak!" Puji Erin.

Dia memotong sedikit daging arnab itu dan menyuap ke dalam mulut. "Ermm... Sedap!"

"Sedap? Tengok la siapa buat." Kata Rizky bangga.

"Mana awak dapat arnab ni? Awak bela ke? Mustahil awak pergi beli dekat bandar."

"Hehe.. aku jumpa dalam hutan lepastu aku tukar dia jadi arnab panggang. Easy." Kata Rizky lalu menyuap kepingan daging yang terakhir.

Erin be like.. "What?! Seriously? Kejamnya. Kalau ye pun, sembelih la dulu ke apa ke?"

"Makan jelah. Banyak bunyi pulak." Kata Rizky tiba-tiba bernada dingin.

"Takdelah.. saya pelik je. Kenapa awak tak gunakan teknologi? Zaman kan dah berubah."

"Ahli sihir tak perlukan teknologi. Kami boleh buat apa yang kami nak." Jawab Rizky lalu memusingkan tongkat saktinya di jari.

"Oh.. ye, betul jugak." Erin menyuapkan suapan terakhir. Kemudian dia meneguk airnya sehingga habis.

Rizky terus mengangkat semua pinggan dan cawan ke dapur menggunakan kuasanya. Kemudian dia berpaling kepada Erin.

"Aku benci baju tu." Kata Rizky sambil mengacukan tongkat saktinya kepada Erin.

Erin memandang dirinya sendiri. Jangan cakap kau nak tukar baju aku. Haa, jangan!

"Jangan guna kuasa awak pada saya. Baju ni okey je. Serius"

"fleur et éclat!" Tanpa menghiraukan Erin, Rizky menukar baju skirt yang agak hodoh itu kepada baju yang lebih cantik.

Erin terkejut dan tersentak ke belakang sedikit.

"Okey, baru tak seksa mata aku." Katanya sebelum tersenyum dan melangkah ke bilik sendiri.

"Lelaki ni kalau aku hempuk karang baru tau. Ish, kalau aku yang bertukar jadi baju macam mana?" Bentaknya dan menyilang tangan di dada.

"Diam lah! Aku dengar!" Laung Rizky dari bilik. Erin terus diam.

6 DIAMONDS WITCH (C)Where stories live. Discover now