29

0 0 0
                                    

Sebulan berlalu.

Mereka berkumpul semula di makmal sains ajaib. Masa untuk satukan permata mereka, demi menghasilkan potion apungan untuk projek angkasa terapung mereka.

Zara dan Iz nampak sibuk sediakan semuanya. Qila dann Al pula, bersedia kalau-kalau mereka tak berjaya untuk kali ke-19 dan membuatkan tempat ni meletup lagi.

Manakala, Erin menghampiri Ryan yang sedang membelek permatanya. Warna biru gelap, transparent. Sangat cantik. Cuma sebesar tapak tangan Ryan. Lain dengan dia punya. Warna merah, transparent juga tapi kecil sikit.

"Awak okey?"

Bahu Ryan terenjut sedikit sebab terkejut.

"Eh, Sorry buat awak terkejut"

"Sokay.." Ryan memandang tepat kepada Erin.

Erin terus kaku dengan pandangan Ryan. Tak jadi nak duduk.

"Aikk dah kenapa beku? Awak tanya apa tadi?"

"Err.. Saya tanya awak okey tak? Sejak kebelakangan ni awak selalu diam je. Lepastu asyik larikan diri dari saya. Bukan saya je perasan. Diorang pun. Awak ada masalah ke?" Jari Erin menunjuk ke arah mereka berempat.

"Zara dengan Fariz tak okey lagi ke?" Ryan Tukar topik.

"Diorang dah putus. Bukan lagi kawan atau lebih dari itu. Awak okey tak? Serius saya risau pasal awak." Sekali lagi dia bertanya.

Baru hendak menjawab tiba-tiba Al muncul.

"Jom, diorang dah nak start" kata Al lalu menuju ke hujung tengah makmal. Dari jauh dah nampak planet-planet, bintang dan meteor dalam balang khas.

Erin memandang Ryan.

Dan pandangan itu, "Kenapa setiap kali Al muncul dengan saya awak buat muka tu?"

"Hah? Muka apa" Ryan buat bodoh.

"Muka tuu!" Muka Erin terus berubah. Menahan geram.

"Manada saya buat muka." Nafi Ryan.

"Yelah tu. Bila dekat cafe ke padang ke and kamar pun elok je awak layan dia. Tapi kalau dia bercakap dengan saya, saya perasan yang awak tak suka"

"Habis? Kenapa kalau saya tak suka pun?" Ryan angkat kaki menuju ke tengah makmal.

Erin mencebik. Apa masalah la putera ni sorang??

Zara mengikis permatanya. Keluar serbuk warna hijau gelap. Al pulak jadi serbuk warna putih.
Yang peliknya, permata Qila dan Izham tak boleh dikikis. Mereka meneruskan dengan permata Erin dan Ryan. Kedua permata itu menjadi kertas seolah kelopak bunga Lily apabila dikikis.

"Qila dengan Iz punya macam mana?"

Ryan ambil kedua permata tersebut dan baling ke dinding.

Prang!! Semua terperanjat. Dia ni nak runtuhkan makmal ke?

Qila berlari ke arah permata tersebut yang jatuh ke lantai selepas kena dinding. Tak pecah. Bunyi yang kuat tadi tu cuma menyebabkan sedikit bahagian tepi mengeluarkan cecair warna kuning dan oren.

"Kalau ye pun nak marah tak payah runtuhkan dinding makmal ni." Kata Al.

Ryan buat tak tahu.

"Zara! Meh sini!" Laung Qila.

Maka Zara pun ambillah tiub kecil dan mengambil cecair yang sedikit dari permata itu.

"Thanks Ryan" ucap Zara.

Ryan senyum ikhlas. Semua mata memandang ke arah Zara yang sedang menyatukan semua permata mereka di dalam satu tiub.
Tetapi, Erin hanya melihat ke arah senyuman Ryan.

Ya, dia rindukan senyuman putera itu.

"Weh! Cepatlah menjadi tak?!" Jeritan dari Iz mematikan senyuman Ryan.

"Sabarlah mangkuk!" Kata Ryan.

"Yeye diamlahhh!" Jerit Zara pula. Dia tengah fokus tu.

Larutan permata mereka dimasukkan kedalam tiub dengan sangat berhati-hati.

Semua menanti dengan sabar.

Dan...

Poof!!!

Maka terhasillah...

(A pic from sofia the first)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(A pic from sofia the first)

°°°

Zara duduk berseorangan di salah satu pondok di Rest Palace. Bersama sebuah jurnal di tangan, tiba-tiba seorang jejaka menghampirinya.

"Hello"

Aik.. hello? Selalu main terjah cakap 'weh buat apa tu'

Zara angkat kepala. "Haa sampai pun kau." Zara tarik Al duduk di depannya.

Dahi Al berkerut. "Asal kau cari aku?"

Jurnal di tangan diberi kepada Al. Al mengecilkan matanya. Perempuan ni kenapa??

"Asal diam?"

"Kau nak aku baca apa ni? Kau ingat aku faham ke bahasa purba kau ni? Kelas Kronologi Mr Bug aku tidur je tahu?"

Oh.. Zara malu sendiri. Lupa pula yang dia sorang saja faham bahasa tersebut. Walaupun sibuk dia tetap tak abaikan amanat permaisuri untuk kaji jurnal yang diberikan.

"Apa kau nak cakap ni? Cepat lah. Aku ada hal lagi mustahak ni" Gesa Al.

"Haa ni.. kuasa kau sebenarnya bukan buat tali."

"Hah??"

"Tapi sebenarnya cipta objek ajaib. Cuma objek. Setakat ni takde benda hidup yang dapat diciptakan dari permata tu." Al mula mendengar .

"Jadi, mulai sekarang kau dah boleh gunakan kuasa kau dengan cara yang sepatutnya. Stop using that ugly rope."

"Amboi! Sedap mengutuk aku eh?" Al jeling Zara.

" Serius lah kau ni? Kau jangan nak tipu aku pulak." Kening Al terangkat sebelah.

"Eleh takde kerja aku nak tipu kau." Zara jeling balik. Kan kalau juling mata tu.. kesian..

"Yelah nanti aku try"

Zara angguk.

"Oh, aku ada benda nak minta tolong dengan kau." Al menyeluk poket seluar.

"Baiknya kau nak bagi Whisper Chocolate kat aku. Ada 2 kotak!! Wahh!!" Zara jadi teruja. Al terus senyum sinis.

"Heh bukan untuk kau la! Ni bagi dekat Ika tau. Tapi jangan cakap aku yang bagi. Erm... cakap.... Haa cakap jelah aku bagi. Tapi kalau dia tanya je tau!" Dua kotak coklat bersaiz comel dihulur.

Zara dah buat muka. "Tak gentle langsung!! Bagi lah sendiri!! Kau yang suka dia ke aku?"

"Ish aku cari dia tak jumpa la! Kalau jumpa takdenya aku dekat sini dengan kau. Dah aku nak pergi rest. Esok hari penting aku dekat gelanggang ais tu. Kau kena bangga aku je penari ais lelaki tahu?"

Zara jelirkan lidah. "Lantak kau lah!"

Zara mengambil semua barang dan angkat kaki. Dia menuju ke pintu luar Rest Palace. Satu jubin dipijak dan Jubin itu terus membawanya pergi.

Al garu kepala. "Aku ingat aku yang nak blah dulu" lalu Al pun melakukan hal yang sama.

Biasalah, Zaman moden. Jubin pun macam kasut

6 DIAMONDS WITCH (C)Where stories live. Discover now