40

0 0 0
                                    

"Dah stop crying. Saya nak bagi awak sesuatu"

"Apa?"

"Berdiri la dulu. Dia tu pendek lepastu nak duduk pulak. Lagi la pendek"

Erin layankan aje perangai putera ni sorang.

"This"

Ryan meletakkan sesuatu di atas tapak tangan Erin.

"Pin awak? Kenapa nak bagi saya?"

"Awak simpanlah. Kita tak tahu berapa lama awak dekat sana. Jadi kalau rindu saya, pakai pin ni okey?"

Erin terharu. Rasa nak nangis balik. Pin itu menyimpan memori mereka.

Disebabkan pin itu, mereka bercakap buat kali pertama. Dan kini, pin itu menjadi bukti perpisahan mereka.

"Awak serius? Mana boleh saya simpan. Pin ni kerabat diraja je boleh pakai dan simpan. Lagipun, Tahun depan awak nak pakai apa? Saya belum tentu boleh balik sini jumpa awak lagi 3 bulan"

"Kalau macamtu, anggaplah awak pinjam. Nanti bila kita jumpa balik awak pulangkan ye. Tahun depan saya buat la yang baru. Awak jangan risau, keep it."

"Serius?"

"Serius lah!! Simpan cepat"

Buk!

Ryan terasa tubuhnya didakap. Tanpa kata, Ryan juga membalas pelukan Erin.

Mungkin, ini pelukan terakhir mereka. Takdir kita, siapa tahu?

Sungguh, mereka tidak mahu leraikan pelukan itu. Tetapi, ketukan dari pintu melenyapkan kemahuan mereka.

"Tuanku Ryan. Kenderaan sudah sedia. Boleh kita pergi sekarang? Permaisuri minta Tuanku segera pulang." kata Beleweed dimuka pintu.

"Baik. Erin ikut kita bersama ke istana."

Beleweed angguk kemudian mengambil peti buku Ryan.

"Awak pergi istana dengan saya tau. Minta parents awak balik rumah terus boleh kan? Nanti saya hantar awak balik" pinta Ryan

"Ye boleh."

°°°

Kawasan perkarangan istana nampak kosong. Setelah peperangan 2 bulan lepas, banyak pokok besar dan taman bunga musnah. Pastinya mengambil masa untuk memperbaiki semua itu walaupun Qila dah tolong sikit.

Erin melangkah masuk ke pintu utama istana Gold East.

Bahagian dalam nampaknya hampir kembali seperti biasa. Kebanyakan perabot sudah diisi semula.

Di tengah ruang tetamu, Qila, Zara, Iz dan Al nampaknya sudah tiba sebelum dia dan Ryan.

Erin memberi lambaian kepada sahabatnya itu. Kemudian menoleh memandang Ryan.

"Aa.. awak..." panggilanya.

Namun, lidahnya terasa hendak menarik semula panggilan tersebut.

Ryan nampaknya sedang berbual sesuatu dengan Aurora. Sesaat kemudian, lelaki itu menarik Aurora ke dalam pelukannya.

Aurora juga nampak selesa.

"Bye!" Kata Aurora kepada Ryan lalu meleraikan pelukannya yang baru didakap sebentar tadi oleh putera itu.

'Scene' berpelukan itu membuatkan jantung Erin berdegup kencang. Sungguh dia tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

Aurora berjalan melintasi Erin di hadapan.

Sempat puteri itu senyum kepada Erin dan berlalu pergi ke dapur.

Erin tidak membalas sapaan tadi. Tidak tahu mengapa, Pada fikirannya dia sangat menyampah dengan Aurora.

6 DIAMONDS WITCH (C)Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon