3

4 1 3
                                    


High Gold East School (HGES) menempatkan semua pelajar baharu di 3 kelas yang berbeza melalui prestasi mereka.

Di kelas yang ketiga iaitu yang terakhir, Fariz menegur Ryan.

"Wah.. aku tak sangka aku duduk sebelah putera raja."

Ryan diam.

"Kau kan putera, mcm mana boleh masuk kelas belakang?"

"Kau ingat, jadi putera aku belajar ke? Terkurung dalam istana tu, mana pergi sekolah" Ryan tidak memandang Fariz. Sebaliknya merenung mejanya. Tak besar macam dekat istana pun?

" Oh.. ye kan, patut la Miss Z kata tahniah sebab dah dapat belajar, tuanku" Fariz meniru suara guru kelas mereka.

" Apa apa la.."

Fariz menoleh dan semua pelajar perempuan sedang mengintai putera itu.

"Tuanku, Putera Ryan Al fath, pelajar perempuan mengintai tuanku" Ryan pura pura tidak dengar. Fariz terus ketawa.

°°°

Erin melangkah ke dalam kamar yang telah ditetapkan. Saat pintu dibuka, erin terpanar. 3 orang gadis sudah berada di dalam bilik itu. 4 buah katil di sediakan. Terdapat meja belajar, almari dan beberapa perabot lain. Rupa bilik ini seperti bentuk bulatan. Semuanya di susun menghadap satu sama lain. Erin melangkah ke katil yang masih kosong. Dia nampak Qila berada di atas katilnya bersama dua org gadis tadi.

"Erin, sini la" panggil Qila. Dia meletakkan barang barangnya dan melangkah.

"Tak sangka aku sebilik dengan kau.. perkenalkan, roomate kita"

"Aku Izara Naim, panggil saja Zara" kata salah seorang dengan peramah.

"Aku Ika Raisya" kata seorang lagi dan nmpk seperti pemalu.

"Okey, korang kelas mana?"

"Memandangkan korang dah ambik kelas no satu, aq kelas no dua dan Ika no tiga" jawab Zara.

"Okey.. sounds great.." Mereka mula berceloteh sambil mengemas barang ii mereka.

°°°

Ryan duduk di atas katil tanpa pedulikan sekeliling. Tiba seorg rakan sebiliknya duduk di atas katilnya.

"Kau nampak tak peramah" tegur Al.

"Kalau kau dah kenal aku, kau akan tahu aku mcm mn" jwb Ryan.

"Okey, jom la minum petang." Ajak Al.

Dia nampak minum petang telah tersedia di atas sebuah meja kecil di atas lantai..?

Ryan turun ke bawah. Fariz dan seorang lagi teman sebilik yang belum dia kenali sudah duduk di situ.

"Macam mana nak duduk atas lantai ni?" Tanya Ryan. Al dan Fariz terus gelakkan Ryan.

"Kau tak pernah duduk atas lantai ke?" Kata seseorang dari belakang.

"Pernah jugak, tapi tak pernah makan atas lantai" jawabnya jujur. Rakannya bawa Ryan duduk bersila. Fariz dan Al dengan tawa yg tersisa di biarkan.

"Thanks.. err"

"Aku Izham. Panggil aq Iz"

Sorry baru update.. hehe :^

6 DIAMONDS WITCH (C)Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz