7

2 0 0
                                    

"Selamat datang ke Makmal Sains Ajaib!" Lantang suara guru khas kelas Sains Ajaib bersuara.

"Saya, Miss Amber.. silakan, ambil kot makmal dan berkumpul di meja ini" Miss Amber mengajarkan ilmu Sains Ajaib untuk semua kelas di HGES termasuk pelajar tahun kedua. Pastinya pelbagai perkara telah dilaluinya.

Para pelajar kelas ketiga mengambil kot masing ii dan memakainya. Ketika Ryan hendak memakai kot itu, Miss Amber bersuara.

"Maaf, tuanku. Di dalam makmal ini kamu tidak boleh memakai lencana itu. Bimbang kalau ii lencana tuanku rosak. Ye lah, kita x tahu apa yang akan terjadi dalam makmal ini bukan?" Peramah saja Miss Amber menegur.

"Okey" Ryan membuka lencananya dan memasukkan ke dalam poket baju Kot Makmal. Dia menghampiri kawan ii nya.

Di atas meja makmal itu terdapat 6 buah pasu dan sejenis tumbuhan di dalamnya.

"Bersedia?? Kelas pertama kita, buat tumbuhan kamu menghasilkan buah sebelum kelas kita tamat" Miss Amber menyerahkan pasu kepada setiap seorang.

"Macam mana??" Semua pelajar keliru. "Haa, cubalah! Fikirkan sesuatu. Gunakan bahan di sekeliling kamu" Miss Amber duduk di atas kerusi dan memerhatikan gelagat anak muridnya.

Ada yang mengambil potion. Ada yang mengambil alatan makmal. Ada yang duduk diam tak buat apa.

Sungguh mencuit  hati! Dia ketawa dalam diam.

Tiba-tiba...

Poof! Poof! Poof!

"Ahhhh" jerit seorang perempuan.

"Wahhh.." Miss Amber menepuk tangan. "Tahniah Ika, pokok awak telah mengeluarkan buah plum ungu!"

Ika membuka matanya. Dia keluar dari pesembunyian bawah meja. Miss Amber tersenyum. Semua pelajar mula mendekati Ika.

"Macam mana kau buat?" Tanya Fariz.

"Hmm.. Saya cuma bercakap tentang apa yang tumbuhan suka. Seperti air, udara.." kata ika menggerakkan jari ii nya.

"Cakap je? Mudah la ni!" Kata Fariz bangga.

Dia mengambil pasunya dan berkata. "Tumbuhan suka air! Suka cahaya matahari! Suka karbon diok.." belum Fariz menghabiskan kata ii nya, pokoknya tiba ii mengecil.

"APA?!"

"Miss Amber, mcm mana ni??"

"Hihihi.. itu tandanya, pokok kamu tidak suka tentang fakta pokok seperti pokok Ika" jawab Miss Amber dengan sengihan.

"Jadi, maksudnya.. pokok saya suka pada sesuatu yang saya suka?" Tnya Ika.

Miss Amber angguk.

"Ohh" kata semua pelajar serentak. Seorang pelajar perempuan mula menyanyi dan pokoknya mengeluarkan buah.

Fariz mengambil sebiji buah oren di almari ramuan dan memerah jusnya pada pokok.

Dan menjadi! "Yeay!!" Sorak Fariz. Yang lain juga mula mencuba dan mendatangkan hasil.

Kecuali Ryan. Dia cuba memikirkan sesuatu yang dia suka. Apa yang dia suka?

"Ryan, kamu mcm mn?" Miss Amber menghampirinya.

"Entah la, saya x tahu apa yg sy suka. Sy x penh ada hobi sendiri bila di istana. Selalunya, saya akan buat apa yang telah di tetapkan penasihat istana" jawab Ryan.

"Jangan mengalah! Setiap orang pasti ada sesuatu yang disukainya. Lihat Ika, dia sukakan sesuatu fakta. Fariz pula suka makan buah.. Dan Layla suka menyanyi. Kamu pasti sukakan sesuatu. Atau mungkin, sesorang?" Canggah Miss Amber.

"Hmm.. Saya akan fikirkan nanti. Apa ii pun, saya tetap akan buat pokok saya berbuah" jawab Ryan dan Poof!

Ryan menoleh. Sebiji buah keluar. "Macam mana??"

"Fikirkan, apa yang kamu cakap tadi?" Tnya Miss Amber bermain dengan kata ii.

"Saya akan pastikan pokok saya berbuah"

"Sebab?"

"Sebab... Saya sayangkan pokok saya..?" Jawabnya ragu ii

Poof! Satu biji lagi keluar. Pelajar lain sudah bertepuk tangan.

"Hmm.. nampaknya, pokok kamu perlukan kasih sayang" kata Miss Amber.

Kasih sayang? " Saya sayang awak, pokok!" Katanya dan beberapa buah lagi keluar.

Miss Amber tepuk tangan.

"So, thats all guys. Simpan pokok kamu semua di tepi tingkap. Kita akan menggunakan buah buahan kamu untuk projek seterusnya minggu hadapan" kata Miss Amber menandakan kelas mereka sudah tamat

6 DIAMONDS WITCH (C)Where stories live. Discover now