17

0 0 0
                                    

Sebulan kemudian dan keputusan ujian telah di berikan.

"Mama nak tahu markah keseluruhan Erin" Erin tarik nafas sebelum memberitahu ibunya melalui quascom.

"Erin dapat Myhtic untuk semua ujian. Dan ranking Erin sekarang leader 3"

"Owh, baguslah. Tahniah anak mama"

"Thanks ma, bagitau papa ye.. Erin pergi dulu" talian dimatikan.

Lalu, Erin mematikan quascomnya dan merenung pula pada bulan. Malam ini dia berada di kolam pancuran untuk menghubungi ibunya. Sebenarnya sejak ujian pertama ini bermula, dia sering habiskan masa membaca dan berehat di sini. Dia mengambil pula batu permatanya yang berwarna merah.

"Nak tahu tak? Tujuan aku datang belajar dekat sini sebenarnya untuk gembirakan mama dan papa. Tapi rupanya, aku pun gembira berada di sini.. walaupun baru dua bulan, banyak benda baru yang aku dah belajar." Erin mula bercakap dengan diri sendiri atau mungkin meluahkan perasaan pada permata tersebut.

"Tapi aku pun risau kalau markah aku menurun. Kesian mama dengan papa.. Apa aku nak buat ni??" Dia merenung batu itu meminta jawapan. Sesaat kemudian dia senyum sendiri.
'Dah kenapa la aku jadi macam ni malam-malam ni'

"Aku tahu apa kau kena buat" satu suara yang tidak asing menyapa telinga. Erin berpaling.

Ryan tersengih di belakangnya.

"Eh, terkejut aku tau! Apa kau buat kat sini??" Laju mulut erin menyanggah.

"Aku pulak.. Kau tu tengah malam sorang-sorang bercakap dengan permata" perli Ryan seraya duduk di sebelah erin.

Erin menjeling lelaki itu lalu memandang ke tempat lain.

"Weh, kau tahu tak permata tu boleh berubah?"

Mata Erin terus berpaling semula memandang wajah Ryan yang senyum sendiri memandang bulan.

"Apa maksud kau berubah?"

Ryan ambil permata dari tangan Erin. "Aku nak kau ambik balik permata ni dari tangan aku, tapi dengan syarat.. pegang dengan hati. Faham tak?"

"Tak faham"

"Ish, maksudnya bila kau sentuh permata ni, sentuh dengan hati. Cuba mendalami perasaan kau dekat permata ni" Ryan cuba menjelaskan. Dia sendiri pun tak reti nak terangkan macam mana lagi.

Erin angkat kening ragu-ragu dengan lelaki dihadapannya. Namun, dia tetap cuba mengikuti arahan Ryan. Matanya dipejamkan

Apabila dia sudah menyentuh permata itu, perlahan matanya dibuka.

Erin terpaku sejenak. Ryan senyum sengih.

"Tiara? Not bad" kata Ryan.

"A..apa ni?!" Erin sumpah terkejut.

Ryan tidak menjawab sebaliknya meletakkan tiara itu di atas kepala Erin. Tiba-tiba Ryan pula terpaku.

Wajah Erin ketika itu nampak berseri di bawah cahaya bulan.

"Awak nampak cantik" ungkapnya tanpa sedar.

"Hah?"

"Err.. permata.. saya.. awak nak tengok?" Ryan cuba tukar topik.

Erin mengangguk.

Ryan terus berdiri. Permatanya yang berwarna biru diambil. Sekelip mata ia bertukar menjadi pedang.

"Wahh!!" Mata Erin bersinar-sinar.

Ryan duduk semula. Pedang Ryan persis seperti pedang samurai. Yang mungkin ajaib?

"Setiap permata kita ada kuasa kan? Kita kena cari semua kuasa tu"

"Hmm.. itulah, aku pun terfikir jugak pasal kuasa permata kita. Cuma sebelum ni kita kan ada ujian. So, kita boleh la kalau nk cari sekarang"

Ryan mengukir senyuman lagi. "Baiklah awak. Tapi sekarang tak boleh, sekarang malam. Lebih baik awak masuk kamar"

"Ya.. aku pergi dulu" Erin berdiri diikuti Ryan. Saat mahu melangkah Erin berpusing ke belakang. "Erm Ryan?"

"Terima kasih, selamat malam ye"

Ryan membalas dengan anggukan.

°°°

Pagi itu, Erin menceritakan semuanya pada teman sebiliknya.

"Serius? Aku pun nak try jugak" ujar Qila.

"Ye, hujung minggu ni kita pergi Rainforest. Tempat tu luas, tak banyak pokok.. boleh la kita pergi sana"

"Okey, good idea"

Sebelum ke Rainforest kesemua mereka telah mengetahui perubahan permata masing-masing.

Permata Qila berubah menjadi gelang. Permata hijau Zara menjadi rantai. Permata kuning Iz menjadi cincin. Permata putih Al menjadi pin berbentuk hati.

Pagi hujung minggu itu mereka sudah berkumpul di Rainforest. Mereka berbahagi secara berpasangan. Zara bersama Ryan dan Qila bersama Iz. Erin memilih Al.

Erin memakai tiaranya manakala Al sudah bersedia. Ketika Erin mengemaskan rambutnya, Al berkata.

"Erin, sebenarnya aku rasa kau lebih layak untuk pair dengan Ryan"

"Hmm? Knp" tangan Erin terus terhenti.

"Smtpai masanya kau tahu sesuatu, Ryan akan bagitahu kau"

Lalu Al terus menapak ke arah Zara yang sedang berbincang dengan  Ryan. Mereka berbual sebentar dan Ryan berjalan ke arah Erin. Pelbagai soalan menusuk fikiran.

"Al kata awak nak tukar?" Tanya Ryan. Awak lagi... entah kenapa panggilan Ryan terhadapnya berubah sejak malam semalam.

"Ryan? Kenapa guna saya-awak?"

"Eh kenapa? Tak boleh?"

"Bukan macam tu.. erm.. awak ada sesuatu nak bagitahu ke?"

Ryan mengeluh. Dia mengambil pedangnya dan menapak selangkah. Dia hayunkan pedang di tangan beberapa kali sebelum menggunakan kuasa dari pedangnya.

Ryan mengukir sesuatu pada rumput.

"Teka" ujarnya.

Erin cuba melihat dan meneka lukisan rumput Ryan.

"Hati?"

Ryan menggeleng. "Cinta" perkataan itu diungkap tanpa reaksi.

"Apa yang....?" Erin angkat muka. Saat matanya bertembung dengan Ryan dia kaku.

Ryan menatap mata Erin lama. "saya cintakan awak"

Satu nafas, lafaz terucap

SORRY KALAU MEMBOSANKAN AWAL-AWAL NI

6 DIAMONDS WITCH (C)Where stories live. Discover now