5

1 1 0
                                    

Semua pelajar kelas kedua berkeliaran di Taman Angsa HGES.

Ada yang meneliti jenis ii bunga yang tidak ada di kawasan kampung, ada juga yang hanya berjalan jalan di taman yang luas itu. Seorang pelajar lelaki nampaknya suka berbual dengan angsa di dalam kolam. 

"Indah, bukan? sekolah kita, ada banyak bnda menarik yang tiada di dunia luar. Kamu akan menemui banyak lagi perkara sepanjang belajar di sini" kata Miss D, guru kelas kedua.

Para pelajar mula berkumpul menghampiri guru kelas mereka.

"Miss D, ada kawasan larangan di sini?" Tnya Hana.

"Ya, pasti ada.. itu adalah lawatan terakhir kita. Kita hanya boleh pergi melihat okey? Dan tempat ii lain di sini kamu akan mengenali sendiri dari masa ke semasa. Saya dah rasa nak pengsan berjalan seharian"

Beberapa pelajar ketawa. Ketika mereka mahu beransur pergi, tiba ii Zara bertanya. "Boleh kami datang ke sini lagi? Taman ini sangat indah"

"Ya, boleh.. Kamu boleh datang ke sini bila ii masa. Walaupun pada waktu malam. Malah, tempat lain juga. HGES menetapkan tiada waktu larangan buat para pelajar"

Ya, undang ii yang agak bebas.

Mereka berjalan sehingga tiba di  Sebuah pagar putih yang kelihatan lama, tetapi masih kukuh. Di sekelilingnya ialah semak samun.

"Pagar ini diperbuat daripada bahan yang keras beberapa tahun dahulu. Pagar ini tidak pernah ditembusi dan tidak akan boleh lagi. Raja dan permaisuri dah tetapkan. Di sebalik pagar ini, ada satu lubang yang berbahaya buat para pelajar" semua pelajar mengangguk.

"Baiklah, itu sahaja.. mari kita pulang ke kelas" ajak Miss D.

Zara masih tidak bergerak. Matanya memerhatikan pagar putih itu. Otaknya menangkap satu idea.

Saat dia hampir menyentuh pagar itu, sesorang menyergah.

"Eh, awak buat apa tu?" Kata seorang pelajar lelaki.

"Err.. tak ada apa"

"Dah, jom balik. Ingat, jangan berpecah dari kumpulan. Karang awak jugak yang sesat"

"Biarlah, yang awak tak pergi ni kenapa?" Zara berpaling dan mahu melangkah meninggalkan lelaki itu.

"Saya nak pergi, Lepas tu saya kira kat depan saya ada dua orang je pelajar perempuan. Saya tengok belakang awak tgh cuba ii nak sentuh pagar tu"

Zara tersentak. Dia nampak eh?

"Hmph! Suka hati la" dia berjalan melepasi lelaki itu dengan mendabik dada.

"Jalan tu elok ii" Zara menjeling dan tiba ii..

Kakinya terikat dengan akar pokok di situ. Dan... Ya!

"Aduhh!" Dia jatuh.

Lelaki tadi terus ketawakan Zara. "Hahaha.. tu la, sy dah caring tadi, tapi jual mahal"

"Izham!! Zara!!" Suara Miss D kedengaran.

"Ya ii.. Zara jatuh ni" laung Izham.

Miss D muncul di sebalik semak yang agak jauh dari mereka.

"Tolong la dia.. itupun tak tahu ke?" Izham tersentak.

Dia menunduk dan menarik semak yang membalut kaki Zara.

"Kau boleh jalan tak?"

"Boleh.." jawab Zara dengan lutut yang agak pedih. Namun masih berjalan menghampiri Miss D dan rakan sekelasnya.

Izham ketawa dalam hati.

AE : Next part will be coming!

6 DIAMONDS WITCH (C)Where stories live. Discover now