52

2 0 0
                                    

Erin diduk sendiri di ruang tamu rumah Rizky.

Tiba-tiba tongkat sakti Rizky menyapa pandangan. Mesti dia tertinggal tongkat dia di atas meja di ruang tamu itu tadi. Tangan Erin terus mencapai tongkat sakti tersebut dan membeleknya. Ya, terasa sangat berat dan sangat berkuasa.

"Woi!"

"Arghh!!!.. Auch!"

Erin menjerit dek sergahan dari Rizky tiba-tiba. Jarinya tertusuk selumbar kayu tongkat sakti Rizky.

"Kau ni suka menjerit lah! Sekali lagi kau jerit aku bunuh kau!" Kata Rizky lalu merampas semula tongkatnya.

"Kau yang buat aku terkejut!" Tiba-tiba darah mengalir dengan sangat banyak di jarinya.

"Eh, banyaknya darah. Selumbar je kot?"

"Selumbar?" Rizky mencapai jari Erin. Prihatin.

"Selumbar tongkat aku ke?"

Erin angguk. Rizky terus menghisap jarinya yang semakin deras mengalirkan darah. Erin terus kaku ditempatnya. Matanya tidak lekang dari menatap Rizky. Kemudian, lelaki itu meludah darah Erin ke atas tapak tangannya. Tongkat sakti diguna untuk melenyapkan darah Erin.

"Selumbar tu memang nampak kecil, tapi bahaya. Lain kali jangan main kalau taknak mampus."

Erin akui, dalam kedinginan lelaki ini, ada sifat penyayang.

Matanya masih menatap Rizky. Wajah Rizky sangat mirip dengan Ryan. Mereka berdua seolah-olah cermin yang dipisahkan. Cuma sifat mereka yang agak berbeza dan...

"Asal pandang aku camtu?" Rizky angkat muka, anak matanya terus bertaut dengan mata Erin.

"Eh, err.. takda apa. Thanks." Erin kembali ke dunia realiti.

Ya, bentuk fizikal Rizky sama seperti Ryan kecuali anak matanya. Anak mata Ryan berwarna coklat manakala anak mata Rizky berwarna biru. Sudah pasti Rizky mendapat permata birunya daripada penawar yang diberi Qisnar kepada bonda mereka. Dan kerana itulah juga Qisnar mengambil Rizky, bukannya Ryan.

"Kau okey? Kau macam teringatkan someone? Someone looks special in your eyes." Tanya Rizky lembut.

Hati Erin terus cair mendengar suaranya. Eh, fokus Erin! Kau cintakan Ryan ke Rizky ni?!

"Aku.. erm, kau. Kau mengingatkan aku pada seseorang. And i miss him so much." Jujur Erin.

"Him? Ahh I see, your husband right?"

"Weh, aku muda lagi! Mana kahwin lagi!"

"Oh yeke.. hahaha" Rizky terus gelakkan Erin.

Erin tidak jadi marah, dia mengukir senyum. "Kau nak dengar cerita?"

"Cerita apa? Fairy Tales?" Katanya dengan sisa ketawa, masih terasa kelakar.

"Yup. Kisah putera yang hilang. Cerita ni merupakan kisah sejarah Gold East."

"Haa ceritalah." Rizky membetulkan duduknya dan melepaskan tangan Erin yang dia genggam dari tadi.

Erin tersenyum. Story time!

"Tersebutlah kisah, seorang raja dan permaisuri Gold East yang akan menimang sepasang cahaya mata. Semuanya berjalan lancar sehinggalah suatu hari Permaisuri jatuh sakit. Sakit yang tiada penawarnya. Malah, pakar perubatan dari seluruh dunia juga datang untuk merawat Permaisuri tetapi gagal. Akhirnya Raja terpaksa meminta pertolongan dari seorang ahli sihir. Ahli sihir itu menciptakan penawar yang istimewa dan Permaisuri pun sembuh. Tuanku Permaisuri berjaya melahirkan kedua-dua bayi kembar yang seiras dengan selamat. Tapi, ahli sihir itu datang semula dan meminta salah seorang bayi sebagai ganjaran. Raja enggan menyerahkan anaknya dan memberi wang yang banyak namun ahli sihir itu menolak.

6 DIAMONDS WITCH (C)Where stories live. Discover now