25

0 0 0
                                    

Semua sudah pulang ke HGES. Ibarat tiada apa yang berlaku.

"So, How?" Tanya Ika selaku rakan sebilik yang sudah ditinggal lama.

Ketiga gadis itu meletakkan barang mereka di tepi katil lalu memandang kearahnya.

"Tak ada apa-apa yang penting pun" jawab Erin.

"Cuma mungkin kau kena tahu pasal ni" ujar Qila pula.

"Ha?!! Kau biar betul? Benda ni mengancam nyawa tau?!" Bantah Erin. Sungguh dia terkejut dengan statement dari Qila.

Ika sedikit terkejut. Mukanya berkerut ingin tahu.

"Tapi kita akan perlukan Ika nanti. Dia tahu banyak sejarah Gold East" Qila mula berdebat dengan Erin.

"Kalau apa-apa jadi kau nak tanggung? Tak cukup ke kita berenam terpaksa berkorban??"

Ika jadi keliru. Zara pula mengeluh. "Tak penat ke? Balik-balik terus gaduh."

Akhirnya, Ika buat keputusan tanya Zara. "Zara, benda ni penting ke tak untuk aku tahu?" Tanya Ika lembut.

Zara memandang temannya tenang.

"Macam ni, so far kau tak yah tahu lagi. Tapi, satu hari nanti percayalah kau akan tahu jugak. Aku yakin"

"Orait" Ika memberi senyuman lalu beredar keluar dari kamar.

Mereka bertiga cuma memerhati.
"Kalau dia terasa salah kau!" Qila tuduh Erin.

Belum sempat Erin hendak berperang mulut dengan Qila, pintu bilik mereka diketuk.

"Perhatian kepada Izara Naim  Kamar 3. Sila turun" Suara penjaga hostel kedengaran.

Zara memandang kedua sahabatnya dengan isyarat yang sukar ditafsir.

°°°

"Zara.." Panggil satu suara.

Zara menoleh. "Awak?? Kenapa nak jumpa?"

"Saya risau. Iz, Al, Ryan dah ceritakan semua"

"Cerita apa?"

"Saya risau kalau apa apa jadi kat awak. Tak boleh ke kalau awak tak join diorang?" Fariz terus straight to the point.

"Ma..maksud awak.. 6 diamonds witch?"

Fariz angguk. Zara terpanar.

"Jap.. awak saya tak faham"

"Saya taknak awak join diorang hapuskan Qisnar. Bahaya! Kalau boleh sekarang jugak saya nak jumpa raja untuk keluarkan awak" Jujur Fariz .

"Wait.. what?! NO!! Awak biar betul?" Zara jadi keliru. Memang Fariz mengetahui tentang Zara yang memegang salah satu permata tersebut. Tapi tak sangka Fariz tak benarkan dia berjuang bersama yang lain.

"Awak.. saya taknak kehilangan awak. Please, lepaskan permata tu" Fariz cuba mendekati Zara.

"Tak. Saya taknak. Saya dah termasuk dalam pertempuran ni dan saya takkan berundur. Bila raja dan permaisuri titahkan saya untuk menjaga permata ni, saya akan buat. Saya tak peduli kalau awak tak suka sekalipun!" Bantah Zara separuh menjerit.

Kedua tangan Zara diraih. "Saya sayangkan awak. Takboleh ke awak tunaikan permintaan saya? Lagipun mereka berlima dah cukup untuk tandingi Qisnar."

Zara merentap tanggannya kembali setelah apa yang diungkapkan Fariz.

"Awak tak kenal Qisnar! Awak tak tahu siapa dia. Dan awak tak tahu betapa pentingnya kuasa yang saya pegang untuk selamatkan kawan kawan saya! Kalau awak taknak kehilangan saya sebab awak cintakan saya, saya pula taknak kehilangan kawan-kawan saya." Zara mula melangkah pergi.

"Awak dengarlah cakap saya!" Laung Fariz cuba mengejar Zara

Zara cepatkan langkah berlari masuk ke pintu pagar penginapan perempuan. "Saya ingat awak akan perjuangkan cinta kita demi kuasa saya" ungkap Zara perlahan

6 DIAMONDS WITCH (C)Where stories live. Discover now