21

0 0 0
                                    

"Jadi hanya kamu berenam yang tahu tentang permata tu kan?"

"Er.. ada lagi 2 orang yang tahu tentang permata tu. Tapi tak tahu tentang kuasa kami"

"Siapa?"

"Ika dan Fariz" jawab Zara.

"Sokay.. Hal tu biar dulu" semua angguk.

"Okay, sebenarnya ada byk perkara kamu semua perlu tahu memandangkan kamu yang cari dan jumpa 6 Diamonds Witch. Tapi sekarang, bonda cuma akan terangkan yang penting dahulu. Selebihnya jumpa di istana. Minggu ni Bonda tak busy"

Semua angguk lagi.

Bonda berpaling ke arah Erin.

"Erin, sini jap" Erin mendekati permaisuri.

"Erin tahu tak macam mana Erin boleh terbang sedangkan kuasa Erin hanya mengarah benda hidup?"

Geleng.

"Erin sebenarnya, sedang mengarahkan diri sendiri"

"Seriuslah? Maksudnya dia boleh suruh diri dia lari laju? Lompat tinggi? Jadi kuat? Musnahkan satu dunia?!" Tiba-tiba Iz mencelah.

Bonda senyum.

"Hahaha, ya.. boleh! Tapi tak semudah yang disangka. Kalau Erin dah jumpa terbang sebagai cara mengawal diri sendiri, tak perlu cuba benda lain, bahaya. Permata tu kuat, mungkin benda lain yang akan jadi" pesan bonda.

"Baik, bonda"

Mata berpaling pula ke arah Zara.

"Kamu belum jumpa kuasa kamu kan Zara?" Zara angguk.

"Sini"

Zara melangkah dan sesuatu dibisikkan ke telinganya. Beberapa saat kemudian, Zara melangkah ke arah Ryan. Ryan cuak.

"Zara akan sembuhkan Ryan"

"Haa?!"

Permata di tangan telah bertukar menjadi rantai. Tapak tangan Zara diletakkan di atas dada Ryan.

"Kau jangan bunuh aku okey?" Sempat Ryan beri amaran.

Semua disitu berdebar.

Zara memejamkan matanya, Rantai hijau Zara bercahaya. Sekelip mata. Setelah selesai Zara menjauhkan diri.

Erin yang berada paling hampir membantu Ryan bangun. Ryan turun dari katil perlahan lahan.

Dan, "yes!! Thanks Zara, Thanks Bonda!!"

"Erk.."  Erin merasa suatu lingkaran pada badannya.

Putera itu ingin berterima kasih kepada yang lain, tetapi Erin pula dipeluknya.

"Ehem..."

Suana tegang. Ryan melepaskan Erin dan berlari memeluk bondanya.
Muka Erin merah menyala.

°°°

Ryan sudah kembali ke HGES setelah disembuhkan Zara.

Tetapi, malam itu Erin tidak dapat melelapkan matanya. Otaknya ligat berfikir tentang seorang putera.

Permata kepunyaannya ditukarkan menjadi tiara. Tiara itu dipandang lama. Erin berjalan pula ke arah cermin. Perlahan-lahan tiaranya diletakkan di atas kepala.

Teringat akan kata-kata yang prnh dilontarkan Ryan kepadanya.

"Saya suka tengok awak pakai tiara awak. Nampak cantik sangat. Persis seorang puteri"

Bagi Erin, kata-kata Ryan sangat mendalam. Layakkah dia menjadi puteri? Atau mungkin ratu? Lebih tepat lagi, berkahwin dengan putera?

Dirinya di dalam cermin di pandang. Terdetik di hati bahawa Ryan benar.

"Cantik jugak aku ni" tiara diturunkan.

"Tahu tak? Makin lama, aku boleh rasa sebuah cinta dari Ryan. Makin lama, aku rasa makin sayang dekat dia. Tapi, layakkah akj?" Erin memandang tiara itu dengan perasaan. Seolah olah bercakap dgn tiaranya.

"Lagipun lepas keluar dri HGES belum tentu aku dapat jumpa dia lagi kan?" Sambungnya lagi.

Tiba-tiba pintu dibuka dri luar. Terus Erin menukar tiaranya mnjdi permata semula.

"Erin, jom tidur? Zara dan Qila kat cafe lagi" ajak Ika yang baru melangkah masuk.

"Okey" Mereka menuju ke bilik air di luar kamar bersama sebelum kembali untuk tidur. Apabila mereka keluar, pintu kamar itu tertutup dan terkunci secara automatic.

6 DIAMONDS WITCH (C)Where stories live. Discover now