14

0 0 0
                                    

Esoknya,....

Ryan di dalam kelasnya masih menyiapkan kerja sekolah dan ulang kaji sedikit. Walaupun sekarang sepatutnya sekolah dah habis dan semua pelajar boleh ke cafeteria sebelum pulang ke bilik masing-masing.

Tiba-tiba muncul Fariz di sebelahnya.

"Ryan, aku tengok kau ni memang suka study la.. aku nk belajar dengan kau la, kau mesti pandai"

"Pandai apa nya.. sebab tak pandai la aku belajar" jawab Ryan selamba.

"Ye la tu.. habis, semua soalan miss and sir bagi tu kau jawab senang je"

"Sebab aku tahu"

"Ye lah kau! Khusyuk betul tengok buku tu. Jawab soalan aku pun tak pandang aku yang hensem ni" suara Fariz seolah-olah merajuk.

Namun ryan tak menghiraukannya. Dia terus memandang buku di tangan.

"Diam pulak ko eh?"

Ryan masih senyap.

"Aku sbnrnya nk bagitau  yg kawan-kawan kau tu.. ajak jumpa dekat Rest Palace" Fariz memberitahu hasrat sebenar dan serta merta ryan angkat muka

"Siapa bagitau kau suruh bagitau aku???"

"Tu la.. budak kelas pertama, Erin kot nama dia"

buku terus ditutup. Ryan mengemas barang-barangnya.

"eh asal kau asyik rapat dengan budak-budak kelas lain tu eh.. setiap hari jumpa pulak tu"

Fariz mempersoal.

"Dah aq satu bilik dengan diorang. Aku blah dulu"

Sekelip mata ryan hilang. Fariz hanya memerhatikan gelagat ryan tanpa kata.

"Lantak lah"

°°°

"Haa.. Sampai" Kata Iz sebaik sahaja Ryan tiba.

"Iya lah, Rest Palace ni luas kot.. Banyak pondok dekat sini. Yang korang pilih pondok paling jauh dan terpencil ni kenapa??" Jawab ryan seraya duduk di sebelah Al.

"Kita kan nak bincang ni, kena la duduk jauh sikit." Jawab Qila kemudian bangun menutup suis kipas dan membuka suis aircond mini yang disediakan.

"Eh, tadi elok je pasang kipas sebelum putera ni sampai. Elok dia muncul nak kena pasang aircond eh??" Sakat Izham

"Ish, bukan lah! Kalau kipas, nanti terbang semua kertas ni macam mana?" Jawab Zara bagi pihak Qila.

"Dah tu.. zaman dah maju kan? Simpan la data tu semua dalam pendrive, boleh kita jumpa dekat perpustakaan. Kat sana pun ada aircond.. hahahaha" kata Al pula menghangatkan suasana seolah memperli Zara.

Ryan dan iz ikut ketawa.

"Hei hei! Serius la guys. Kami dh buat research and keputusan. Malam esok kita gerak.. " Erin bersuara.

"Hah??" ketiga tiga lelaki itu terkejut serentak.

Erin terus memulakan penerangan berkaitan permata itu. Serba sedikit Zara dan Qila mencelah.

6 DIAMONDS WITCH (C)Where stories live. Discover now