Bab 13

22.2K 910 19
                                    

Dekat sekolah, Nud jaga aku macam baby! Hahahaha.

"Mar.. Naik tangga tu hati-hati."

"Mar, jangan lari-lari."

"Mar, nak bangun tu pelan-pelan."

Ramainya yang sayangkan baby ni.

Waktu rehat, aku memang tak lalu nak makan. Kantin adalah satu-satunya tempat yang aku paling tak suka sebab bau dia buat aku loya. Ada juga kawan-kawan sekelas yang lain belanja makanan, tapi aku tak lalu nak makan sebab bau dia.

Mungkin semua ni dugaan, aku jadi susah nak fokus belajar. Morning sickness aku agak teruk juga. Dalam pukul 8 sampai pukul 11, memang tak sah kalau tak pergi tandas lebih dari 5 kali. Asal nak pergi tandas je, Nud temankan.

Aku dah pesan dengan Nud, aku ok pergi sorang-sorang. Aku tak naklah disebabkan dia selalu teman aku, pelajaran dia merosot. Tapi Nud berkeras nak temankan aku. Aku cuma mampu bersyukur sebab ada orang yang memahami situasi aku macam mana.

Ada juga kawan-kawan yang dah semak dengan perangai aku yang asyik pergi tandas. Tak kurang yang kata aku gatal kahwin awal. Ada juga yang kritik Rafiq tak bertimbang rasa dan tak bertolak ansur. Tapi semua tu memang aku dah agak sejak mula-mula aku bertunang dulu. Tohmahan macam ni memang akan ada.

So, whether I like it or not, I have to go through. Mulut orang kita memang tak boleh tutup. Tapi lama-lama, bila dah penat, diorang sendiri yang berhenti cakap.

Sekarang, balik sekolah, mak Nud yang hantarkan. Rafiq dah tak boleh nak ambil aku balik dari sekolah sebab sibuk dengan kerja.

Waktu pregnant ni, memang ketara sangat aku asyik nak meleset dengan Rafiq. Kadang-kadang tu, asyiklah cakap dengan Nud nak balik rumah. Sebab kalau kat rumah, kalau dah rindu sangat, aku ambil baju dia yang belum basuh, lepas tu aku cium. Kalau kat sekolah, mana boleh buat. Hihihihi.

"Parah betul bila dah jatuh cinta dengan suami sendiri ni, eh?" kata Nud. Aku cuma tersengih.

**********

Hari tu, Rafiq pulang dari rumah, terus dia menuju ke dapur untuk masak, dengan tak mandi, tak tukar baju. Aku kadangkala saja lalu-lalang nak tengok apa dia masak. Tapi lalu jelah, sebab bau dia memang memualkan.

Aku tolong sediakan pinggan, letak periuk nasi atas meja, sediakan cawan, sediakan air.

Lepas semua lauk dah siap terhidang, kitorang duduk kat meja makan. Tiba-tiba time tengah makan tu, aku mengidam cendawan. Mengidam sangat-sangat. Kira mengidam yang memang boleh kasi nangis kalau tak dapat. Waktu tu, terbayangkan cendawan pun boleh telan air liur.

"Abang.."

"Ye sayang?"

"Abang Rafiiiiiqqqq.."

Rafiq ketawa. "Ye sayang, kenapa?"

"Mar teringin nak makan cendawan. Naaaaaaak sangat-sangat. Dapnya cendawan," kata aku sambil buat muka mengharap.

Tiba-tiba wajah Rafiq bertukar merah. Seolah-olah menahan marah. "Abang, tak apalah kalau tak dapat hari ni, esok ke, tulat ke, pun bo.."

"Abang penat-penat balik rumah, masak ni semua untuk sayang tau. Kalau tak sedap, kenapa tak cakap dari tadi je?" kata Rafiq.

Aku terkesima. Mungkin aku ada salah cakap tadi yang membuatkan hati dia terluka.

"Mar minta maaf. Tak apalah kalau tak dapat. Mar saja je cakap macam tu. Apa yang abang masak ni sedap. Wallahi, Mar tak tipu," ujar aku cuba untuk memujuknya.

Mungkin dia penat. Aku pula mengidam dan minta tak bertempat. Mungkin sebab itu dia kecil hati.

Rafiq tak menjawab. Dia terus makan. Aku dah tak lalu. Perut rasa sebu. Aku menangis dan aku sedaya-upaya cuba untuk sembunyikan sedu-sedan aku.

Setelah Rafiq habis makan, dia terus bangun menuju ke dapur. Dia basuh tangan dan pinggan dia letak di dalam singki. Selalu kalau lepas makan, dia basuh pinggan sendiri. Kemudian, dia terus naik ke atas.

Aku dengan langkah lemah-longlai terus berdiri dan menapak ke dapur. Lauk-lauk semua aku simpan di dalam peti sejuk. Pinggan mangkuk dan kuali aku basuh. Waktu basuh pinggan tu, aku menangis. Memang cengeng.

Selesai basuh pinggan, aku tengok Rafiq sudah mengambil kunci kereta untuk ke surau. Aku segera berlari anak untuk mendapatkannya.

"Abang.." panggil aku. Aku tau Rafiq melihat aku, tapi dia buat endah tak endah. Terus dia mengundurkan kereta dan memecut pergi.

"Abang.. Apa salah Mar?"

**********

Malam itu, aku tak boleh tidur sebab kaki aku kejang. Kejang berulang kali. Sebelum ni tak pernah pun kejang. Tiba-tiba malam ni kejang dia tahap maksimum. Rafiq masih dingin dengan aku. (Sejak hari itu, kalau nak mengidam apa-apa, aku diamkan saja. Walaupun memang teringin dan nak sangat)

Aku duduk di atas katil sambil mengurut kaki. Sakitnya memang tak tertahan, jadinya aku menangis. Sejak pregnant, dah berapa banyak kali aku menangis. Aku memang cuba sembunyikan sedu-sedan supaya Rafiq tak terbangun.

Sambil aku mengurut betis, sambil aku berzikir, dengan harapan aku diberi ketabahan dan supaya sakit ni berkurang.

Sampai satu tahap tu, memang sakit sangat. Tak taulah kenapa.

"Allah.. Sakitnya.. Allah.." kata aku sambil mengurut betis. Dah tak mampu nak sembunyikan sedu-sedan, tapi aku cuba mengawal supaya tak bunyi kuat sangat.

Aku tak selesa duduk di atas katil, maka aku turun dan duduk di atas lantai sambil mengurut betis dan haruslah menangis. Tiba-tiba bahagian depan aku jadi gelap, macam dilindungi sesuatu.

"Sayang.. Kenapa ni?"

Aku dongakkan kepala menghadap empunya suara. "Kaki Mar sakit. Kejang," jawab aku dengan nada monoton. Aku tak mau Rafiq terbeban dengan kesakitan aku.

"Abang pergilah tidur. Nanti abang nak kerja. Mar okay. Kejap lagi oklah ni. Nanti Mar sambung tidur balik," kata aku sambil tersenyum. Rafiq terus bangun dan meninggalkan aku.

Pinggang aku jadi lenguh, maka aku meluruskan kaki dan menegakkan badan. Peluh-peluh kecil mula terbit di dahi menahan kesakitan ya amat.

Tiba-tiba Rafiq datang duduk bersebelahan dengan kaki aku. Di tangannya ada sebotol minyak gamat panas dan stoking. Minyak gamat panas dituang di atas tapak tangannya dan kemudian dengan lembut dia memicit betis aku.

"Abang, biar Mar buat. Abang pergilah tidur. Nanti abang penat," ujar aku. Tanpa teragak-agak Rafiq menghulurkan botol minyak gamat panas itu kepada aku. Aku ambil, dan aku tuang sedikit di atas tapak tangan dan aku urut. Kadangkala aku memicit sedikit di bahagian pinggang.

Yang peliknya, Rafiq masih lagi tidak bangun. Dia masih duduk di hadapan aku.

Aku berikan dia senyuman apabila mata kami bertentang. "Abang, tidurlah. Mar okay. Nanti, dah sudah picit, Mar sambung tidur dengan abang, ya?" kata aku lagi. Dah masuk kali ke berapa aku menyuruhnya tidur.

Tiba-tiba Rafiq datang ke arah aku. Dia peluk aku dan pipi kanan aku dia cium. "Maafkan abang marah sayang," kata dia. Aku cuma tergelak kecil, "Mana ada abang salah. Salah Mar yang mengidam tak bertempat. Yang sebenarnya Mar saja je cakap macam tu. Mar tak nak pun cendawan tu." Padahal dalam hati meronta nak cendawan.

Botol minyak gamat panas di tangan aku, dia ambil. Kemudian betis aku diurut dengan jemari kasar dia.

"Sayang cakap je nak apa, nanti abang belikan, ya? Sorry for being harsh on you. I love you."

Bercinta selepas kahwin tak bermaksud sweet sentiasa. Kadang-kadang tu bergaduh juga. Even over small matter. Itu lumrah.

Cerita Aku: Kahwin MudaWhere stories live. Discover now