Bab 9

25.2K 933 17
                                    

Bulan Ogos. Sudah 2 bulan aku menjadi isteri Iskandar Rafiq. Dalam tempoh dua bulan banyak tentang dia yang aku pelajari. Makanan kegemaran dia, apa yang dia tak suka. Tapi aku tak pasti dengan perasaan aku, sama ada aku suka dia atau tidak.

2 hari sebelum trial SPM bermula, Rafiq terpaksa ke luar negara, outstation katanya. Lama juga, 10 hari. Tiba-tiba aku rasa resah apabila terfikir yang aku akan duduk berseorangan di rumah. Boleh ke aku nak bangun sendiri nanti? Sejak berkahwin Rafiq yang mengejut aku bangun. Bermacam-macam yang ada dalam fikiran aku. Entah kenapa aku rasa gerun bila fikir selama 10 hari sendirian.

Hari Ahad tu, aku habiskan banyak masa aku dengn Rafiq. Walaupun esok tu aku dah nak mula trial SPM, aku macam tak pedulikan sangat. Aku rasa sedih nak biarkan Rafiq pergi outstation. Kalau boleh, aku nak ikut dia sekali. Hmm.. Aku dah kenapa. Aku kemaskan baju dia, segala keperluan dia. 8 malam hari Ahad tu, aku ikut mak dan ayah hantar dia pergi KLIA. Ayah jadi pemandu, mak duduk kat sebelah ayah. Aku dan Rafiq duduk di belakang. Tangan aku tak lepas dari genggam tangan dia.

Sampai saja di KLIA, mak dan ayah ajak kitorang melilau sekitar KLIA. Aku cuma fokus pada Rafiq. Sebelum dia masuk ke balai berlepas, aku salam dia, aku peluk dia sekuat hati aku. Aku rasa, aku akan rindu nak peluk susuk tubuh ni. Haihlaa Mar, kau dah kenapa.

Hmm.. Macam mana aku nak tidur malam ni.

**********

Setiap malam masa Rafiq outstation, kitorang berWhatsApp. Entah kenapa, aku jadi mengada-ngada sangat dengan Rafiq. (WhatsApp ni masih aku simpan sampai sekarang. Hehehe)

'Abang, bila nak balik :'(' -Aku

'Abang bru ada kat sini 3 hari, syg. Lg seminggu abg balik la' -Rafiq

'Tak blh balik awl lg? :'(' -Aku

'Knp syg? Syg ada mslh ke? Trial susah eh?' -Rafiq

'Tak tau. Mar nk abg. Mar nk abg blik cpt' -Aku

'Hahaha. Mar rindu abg eh?' -Rafiq

Hmm. Rindu ke?

'Rindu.' -Aku

'Hahaha. Abg pn rindu Mar. Nnt abg blik, abg blik trus, ok? Tak sggh mna mna. Promise' -Rafiq

**********

Hari ketujuh trial SPM, sehari sebelum Rafiq balik, aku rasa tak sihat. Balik dari sekolah tu, aku demam. Rasa mual dan loya. Aku call mak, minta tolong dia hantar makanan. Sebab aku betul-betul tak larat. Sejak kebelakangan ni memang aku cepat penat. Tak taula kenapa. Aku demam pun secara tiba-tiba, aku takut aku kena demam denggi je sebab kes demam denggi kat area rumah sewa kitorang memang tinggi.

"Panasnya kau, kak!" kata mak bila mak rasa dahi aku. Aku cuma mampu mengangguk sdbab aku tak mampu nak cakap apa-apa. Aku rasa mual sangat.

"Kakak, makan dulu, nak. Lepas tu, kita pergi hospital," kata mak dengan nada sayu. Aku tak mampu nak tolak suruhan mak bila mak cakap macam tu. Aku paksa badan aku untuk bangun dan duduk. Baru beberapa suap bubur mak yang aku makan, aku paksa lagi badan aku untuk bangun dan berlari ke dapur secepatnya. Segala yang aku makan, aku muntahkan balik. Sakit perut dan dada aku sebab muntah berterusan.

Aku longlai. Badan aku terasa sakit-sakit. Mak papah aku hingga masuk ke kereta. Sampai sahaja di pintu wad kecemasan hospital, mak papah aku masuk ke wad kecemasan. Doktor menyuruh aku baring. Tekanan darah, kadar oksigen dalam darah aku semua diambil kira. Mak di sebelah, berdiri di sebelah katil aku.

"You punya tekanan darah is very low lah. You punya muka pun pucat. Oxygen level is normal. Your temperature is 40 celcius which is very high. You ada consume apa-apa ubat ke? Or you memang ada low pressure problem? How many days have you been in hot fever like this?

"Tak ada consume any medicine, doc. Tak ada masalah blood pressure pun sebelum ni. Baru hari ni kena demam panas macam ni," kata aku. Kemudian aku melihat doktor tu bercakap-cakap dengan nurse. Aku sendiri tidak tahu apa butirnya. "Adik umur berapa?" tanya doktor itu. "17," jawab aku pendek. "Oh, tengah trial SPM la ni? My son pun tengah trial ni," jawab doktor itu. Aku cuma mampu mengangguk. Aku benar-benar tak larat.

"Ma'am, I'm afraid that your daughter need to be admitted. Because I suspect this might be dengue case," terang doktor pada mak. Mak tanpa berlengah terus setuju dengan cadangan doktor itu. "Tapi doktor, trial dia macam mana?" tanya mak pada doktor. Macamlah doktor tu cikgu.

"I think it's better kalau puan give her school a ring and report to them about this matter. They would know what to do," jawab doktor itu. Nasib baik aku memang ada simpan nombor ketua bilik peperiksaan sekolah aku. Senang, nanti telefon dia je. "Ok adik. Sekarang kita masukkan air dulu. Tomorrow, kita buat blood test," ujar doktor itu pada aku. Aku cuma mengangguk. Kemudian aku disorong menggunakan kerusi roda ke wad aku sendiri.

Selepas itu, aku tak ingat apa yang aku buat. Malam tu, aku dengar mak sedang bercakap-cakap di telefon. Mungkin sedang bercakap dengan ayah, atau mungkin sedang bercakap dengan Rafiq.

Tengah-tengah malam, aku terbangun. Mak tidur duduk di atas kerusi. Kesian pula aku tengok mak macam itu. Aku ambil telefon, kemudian aku buka WhatsApp. Aku hantar mesej melalui WhatsApp ke Nud, mengatakan esok aku tidak ke sekolah, dan aku sedang berada di hospital.

Pada kotak chat tertulis nama 'Abang', dinhujungnya terdapat nombor 5. Menandakan ada 5 mesej dari Rafiq yang belum aku baca.

'Assalamualaikum syg. Mcm mne exam hri ni?'  -Rafiq, 6.57pm

'Syg, syg dh mkn mlm?' -Rafiq, 8.36pm

'Syg, mak bru bgtau abg. Syg msuk hsptl ya?' -Rafiq, 9.05pm

'Esk abg blik awl pagi, so maybe smpi malaysia tengahari. Nnt abg trus pergi hsptl.' -Rafiq, 9.06pm

'Rht sckupnya syg. I miss u. I love u. Esk kita jmpe :*' -Rafiq, 9.06pm

Cerita Aku: Kahwin MudaWhere stories live. Discover now