MINTA TOLONG

23.9K 793 23
                                    

Assalamualaikum buat semua pembaca.

Maaf sekiranya ada yang tersalah sangka bahawa saya meng-updatekan cerita ini. Sesungguhnya saya memang tak ada masa sangat-sangat. Been super busy for the past 2 weeks.

Di kala saya sedang sibuk menguruskan hal untuk saya sambung belajar, satu-satunya anakanda kesayangan saya, Rizqi Faiz bin Iskandar Rafiq telah jatuh sakit dan kini ditahan di sebuah hospital swasta. Hospital yang mana, mungkin lebih baik sekiranya saya dan keluarga sahaja yang tau.

Kami (Saya, suami dan pihak hospital) telah bersepakat untuk membawa anakanda kami esok (Ahad, 8/3/2015) ke hospital kerajaan di mana terdapat lebih ramai pakar yang insyaAllah, dengan izinNya dapat membantu.

Saya tak minta sumbangan, cuma minta disedekahkan doa buat anakanda saya. Kesihatannya kadangkala memuaskan, tetapi kadangkala boleh tiba-tiba sahaja merudum tanpa tanda. Dia kini disambungkan dengan pelbagai jenis wayar dan ini membuatkan saya susah untuk breastfeed dia. Tuhan saja yang tau betapa rindunya saya nak breastfeedkan dia.

Minta tolong jasa kalian, dermakan doa untuk dia. Saya, suami dan keluarga tidak mengharapkan bantuan dari segi kewangan, cukup sekadar doa.

Allahumma amin.

Cerita Aku: Kahwin MudaWhere stories live. Discover now