Bab 10

27.1K 906 39
                                    

Petang esoknya, setelah aku habis paper dan cikgu pun sudah balik, Rafiq segera masuk ke dalam bilik aku. Tak semena-mena aku tersenyum lebar. "Abang!" kata aku dengan tangan aku depangkan bagai anak kecil mahukan pelukan. Rafiq segera datang ke arahku dan memeluk aku.

"Mar rindu," kata aku. Aku tak tahu kenapa aku emosional sangat. Sudah jatuh kasihkah aku dengan lelaki ini? Rafiq tersenyum manis, "Abang pun rindu sangat dengan sayang. Hehehe. Rindu sangat kat abang, ya? Abang tengah busuk pun sayang sanggup peluk." Aku anggukkan kepala semahunya aku. Memang, aku mengaku. Aku rindu sangat dengan dia. Dalam tempoh 2 bulan berkahwin, inilah kali pertama dia tinggalkan aku berseorangan. Lama pula tu.

"Mana ada abang busuk. Abang wangi," kata aku. Pelukan aku lepaskan. Aku renung dalam-dalam sepasang mata coklat milik Rafiq. Rindu. Rafiq melemparkan satu senyuman yang cukup manis untuk aku. Dahi aku dia sentuh, "Panasnya dahi sayang. Ni demam mesti sebab rindu abang, kan?" tanya Rafiq. Aku ketawa kecil lalu menjawab, "Rindulah. Orang tu tinggalkan kita 10 hari sorang-sorang kat rumah." Kepala aku, Rafiq usap bagai anak kecil.

"Hahaha. Sorrylah sayang. Abang outstation sebab kerja. Sayang dah buat blood test?" tanya Rafiq.

Belum sempat aku jawab soalan itu, tiba-tiba pintu diketuk. Seorang doktor perempuan dan dua orang nurse masuk ke bilik.

"Assalamualaikum dik Marisa," ujar doktor itu. Aku menjawab salamnya. "Ni doktor nak bagitau pasal blood test awak. Dari blood test awak ni, awak tak kena demam denggi," terang doktor itu. Aku mengucap kalimah syukur. "Tapi.." sambung doktor itu lagi. Dia punya 'tapi' tu, memang buat jantung aku berdegup laju. "Tapi apa doc?" celah Rafiq. Aku tau, Rafiq juga tidak sabar seperti aku.

"Awak pregnant 5 minggu," kata doktor itu dengan wajah kesal. Rafiq di sebelah sudah tersenyum lebar. Aku pula dapat rasa peluh sejuk mula membasahi dahi. "Saya cadangkan supaya adik tak gugurkan kandungan ni. Kalau adik tak nak baby ni, saya harap jangan sesekali adik buang dia," sambung doktor itu lagi.

"Sorry doc. Apa doc cakap tadi? Gugurkan? Tu anak saya, saya suami dia. Kenapa nak digugurkan pulak?" kata Rafiq dengan nada yang agak tinggi. Aku waktu itu seperti tidak sedar, kepala aku berpusing. "Abang.." kata-kata terakhir aku sebelum aku merebahkan diri.

**********

Aku tersedar. Lampu bilik sudah dipasang. Aku melemparkan pandangan ke tingkap, keadaan diluar sudah gelap. Aku jerling ke jam dinding. Sudah jam 9 malam. Pintu bilik aku kedengaran seperti dibuka. Oh, Rafiq rupanya.

"Sayang, sayang dah sedar," kata Rafiq sambil kepala aku dia letak dalam dakapannya. Aku rasa lemas, perutnya aku tolak bagi melepaskan diri. "Sayang, sayang ok? Sayang pengsan dari petang tadi lepas doktor kata sayang pregnant," muka Rafiq yang pada mulanya berkerut, tersenyum apabila menyebut ayat 'pregnant'.

"Mar nak solat. Mar nak qada solat," ujar aku, pendek.

**********

Selesai solat, aku kembali duduk di atas katil aku. Rafiq duduk di kerusi bersebelahan dengan katil aku. "Doktor tu tak tau sayang dah kahwin. Sebab tu dia cakap jangan gugurkan apa semua. Sayang jangan ambil hati ya?" ujar Rafiq sambil mengusap rambut aku. Dah malam, doktor dan nurse tak masuk bilik. Kalau masuk pun, nurse perempuan dalam jam 3 pagi nanti.

Kata-kata Rafiq tadi aku jawab dengan anggukan saja. "Sayang lapar? Nak abang beli makanan? Kat bawah tu banyak gerai bukak," tanya Rafiq. Kali ni soalannya aku jawab dengan gelengan. "Sayang haus? Nak air?" tanya Rafiq lagi. Lagi sekali aku gelengkan kepala. Lengannya kirinya aku capai dan genggam. Nampak kecil sahaja tangan aku berbanding dengan lengan Rafiq. Lengannya aku letak di atas peha dan aku kuis-kuis. Kepala aku tundukkan. Tanpa sedar, aku menangis. Air mata setitik demi setitik mendarat di atas lengan Rafiq.

Rafiq segera bangun apabila dia sedar aku menangis. Kepala aku dia dongakkan. Air mata aku, dia seka dengan jari kasarnya. "Hei, hei.. Kenapa sayang nangis? Abang ada salah cakap ya?" kata Rafiq. Pipi kanan aku dia cium. Aku balas soalannya dengan gelengan. Mata aku dia renung dalam-dalam. Air mata yang hampir jatuh dia seka lagi. Lalu aku dia peluk.

"Sayang.. Sayang ada masalah ya? Ceritalah kat abang. Kalau sayang tak cerita, mana abang nak tau?" kata Rafiq dengan nada yang sangat lembut.

"Mar pregnant," jawab aku. Air mata terus mengalir.

Pelukan dilepaskan. Rafiq senyum nakal, "Laa? Kenapa sayang nangis sebab tu?"

"Mar takut."

"Nak takut apa? Abang kan ada?"

Aku senyap. Tak tau apa nak jawab. "Abang, kita berdosa ke?" tanya aku. Entah kenapa malam tu aku jadi bingung dan bengong. Rafiq tergelak terbahak-bahak, "Kita dah halal sayang. Baby tu, terjadi dari hubungan yang halal," ujar Rafiq lantas, dahi aku dia cium. Tiba-tiba aku rasa malu dengan kenyataan Rafiq tadi.

"Dah sayang. Rehat ok? Esok ada paper lagi kan? Nanti sayang penat."

"Tak nak rehag. Orang dah penat rehat. Nak main."

"Main? Main apa?"

"Main sep sep sep."

Cerita Aku: Kahwin MudaWhere stories live. Discover now