Bab 17

22.4K 841 47
                                    

Kunci aku masukkan ke tombol pintu. Aku pusingkan kunci dan tombol pintu berbunyi tanda pintu sudah boleh dibuka.

"Jom masuk bang," pelawa mak kepada ayah.

"Kejap!" kata aku pula.

Jantung aku berdegup begitu kencang. Aku macam tak boleh fikir dengan waras.

Kalau tanggapan aku betul macam mana? Macam mana kalau aku tengok Rafiq tengah bermesra dengan 'madu' aku? Macam mana kalau Rafiq memperkenalkan aku dengan 'madu' aku? Macam mana kalau aku jadi tak betul, dan aku serang 'madu' aku tu?

'Tak kira apa pun, kau kena masuk dan tengok, Mar!' kata hati aku.

Lantas, tombol pintu aku pusingkan. Kasut aku tanggal dan letak di rak kasut yang comel di sebelah kanan aku. Keadaan gelap. Langsir tak dibuka, lampu pun tak dihidupkan suisnya.

"Abang..?" kata aku.

"Abang Rafiq..?" kata aku lagi.

"Abang.. Mar dah sampai ni," masih lagi tiada jawapan.

Aku bergerak ke arah suis lampu. Dan punatnya aku tekan.

YA ALLAH!

Lagu happy birthday dinyanyikan. Kelihatan Rafiq memegang kek dan dia kini bergerak perlahan-lahan ke arah aku. Air mata mula bergenang di tubir mata.

Rafiq kini berdiri di hadapan aku sambil tersenyum.

"Happy birthday yang ke-17 tahun untuk wanita yang paling cantik dan tabah dalam dunia," ucap Rafiq.

Aku mengucapkan terima kasih padanya. Satu kucupan di pipi aku beri pada dia. Kemudian aku menuju ke arah mama dan papa mertuaku. Aku salam mereka dan peluk mereka. Begitu juga apa yang aku lakukan pada kedua-dua kakak ipar aku dan biras aku.

Makanan terhidang dengan banyaknya di atas meja. Sampai aku tak tau nak makan yang mana satu. Kondo itu riuh dengan suara anak-anak saudara bermain sesama mereka.

Lenguh kerana berdiri lama, aku duduk di atas sofa bersebelahan dengan mama mertua aku. "Mar, mama minta maaf tak dapat nak sambut birthday Mar in a much proper way, sayang," kata mama.

"Takpe ma. Ni pun dah elok sangat. Ma tau tak, Mar langsung tak ingat hari ni 17 Disember, birthday Mar. Mar tak ingat langsung."

"Tula, stres lagi banyak-banyak, mana nak ingat birthday sendiri," tiba-tiba suami aku mencelah. Mama mertuaku bangun untuk menambah makanan, Rafiq pula yang duduk di tempat mamanya.

Aku cuma tersengih.

"Pucatnya muka sayang tadi. Sayang tak sihat ya?"

"Taklah, Mar ok je. Terima kasih ingat birthday Mar. Mana hadiah Mar? Hehehe"

Rafiq tersengih. Sengih macam kerang busuk. Ni mesti dia ada idea apa-apa ni.

"Malam nanti, lepas semua orang dah balik, abang bagi hadiah sayang, ok."

Aku cuma mengangguk. Malas nak bertanya lebih-lebih sebab pinggang aku lenguh dan sakit.

**********

Malam tu, lepas semua orang dah balik, meja dan ruang tamu dah siap dikemas, aku terus masuk bilik dengan Rafiq. Rafiq solat Isyak, manakala aku pula mandi.

Tapi aku teringat yang aku tak bawa baju.

"Abang, Mar tak bawa baju. Cane ni?"

"Tak payahla pakai baju. Kan senang?"

Aku berlari anak ke arah dia lalu lengan dia aku cubit. Dia menjerit kecil dan ketawa.

"Tulaa. Nakal sangat kan. Alaaa. Cane ni. Takkan tak mandi kot."

"Sayang kena mandi. Abang tak nak tidur dengan sayang bau busuk."

"Jahat tau abang ni. Habis, cane Mar nak mandi? Mar tak ada baju."

"Kan abang kata tak payah pakai."

"Takkan Mar nak jalan dalam rumah tak pakai baju. Ishh abang ni."

Rafiq ketawa lalu dia bangun dari katil dan menyelongkar almari.

"Nah."

Mulut aku terlopong. Rafiq memberi aku baju tidurnya berwarna putih. "Ya Rabbi, besarnya baju ni. Mana nak muat ni, bang. Seluar dia tak ada?"

"Pakai jelah. Baju lain semua lagi besar dari ni. Tak payah la pakai seluar dia. Sayang pakai baju ni pun dah boleh tutup sampai peha."

Aku dah tak ada pilihan, maka, lepas aku mandi, aku cuba pakai baju tu.

"Maaaaaana ada sampai peha. Separuh peha je adalah. Takkan nak keluar macam ni kot?" omel aku sendirian.

Kain tuala yang aku guna untuk lap badan, aku ikat di pinggang untuk tutup bahagian peha dan ke bawah.

Keluar sahaja dari bilik air, aku tengok Rafiq dah terbaring di atas katil. Dah tidur la kot.

Aku terus solat Isyak. Usai solat Isyak, aku tengok Rafiq dah bangun.

"Yang, kenapa pakai macam tu? Hahahahaha."

"Jangan nak gelak-gelak eh? Abang ada kain pelikat?"

Rafiq terus turun dari katil dan menyelongkar almarinya. Kain pelikat warna biru dia berikan pada aku.

Kain pelikat kan besar. So, bila aku pakai gaya kain batik, dia macam menggeleber. Nak tak nak, bila jalan, kena pegang kain pelikat bahagian pinggang.

Rafiq tak habis-habis ketawakan aku. Dia kata aku rupa bangla tak reti pakai lain pelikat. Konghasam punya suami. Nasib baik sayang.

Bila aku baring, Rafiq mengiring menghadap aku.

"Abang, kenapa tak cakap nak buat surprise birthday kat Mar? Sebab tu ke abang tak kasi Mar pindah cepat-cepat?"

"Kalau dah bagitau, tak surprise la namanya. Aah. Sorry sayang," jawab Rafiq. Tangan kanan aku dia genggam dan cium.

"Apalah abang ni, abang tau tak Mar fikir macam-macam tau. Mar fikir abang dah kahwin dua senyap-senyap pastu abang nak kenalkan madu Mar kat Mar hari ni."

Rafiq ketawa sakan.

"Sayang, I love you with all my heart. Kalau abang kahwin dengan sayang, pikat sayang, meminang sayang semata-mata untuk sakitkan hati sayang dengan kahwin lagi satu buat apa, kan?"

"Hihihihi. Mana kita nak tau awak love kita macam tu sekali," jawab aku dengan hati yang girang.

"Kita love awak sangat-sangat tau. Start hari ni, awak duduk dengan kita, ok? Esok pagi, kita pergi Seremban amek baju awak."

Aku ketawa lagi.

"Abang, mana hadiah Mar? Kata nak bagi malam lepas orang semua dah balik?"

Rafiq tersengih. Sengih yang pelik. Sengih macam kerang. Kemudian dia cium dahi dan pipi aku.

"Abang nak bagilah ni. Nak dapat hadiah ni, kena dengan hati yang ikhlas dan merelakan, tau?"

Cerita Aku: Kahwin MudaWhere stories live. Discover now