Bab 7

26.5K 996 66
                                    

28 Mei, hari pertama cuti sekolah, seminggu sebelum aku sah jadi isteri kepada seorang lelaki bernama Iskandar Rafiq bin Ahmad Bukhari. Hari tu, saudara mara dari Kuala Lumpur semua datang ke rumah aku di Seremban. Adalah dalam 15 orang saudara mara aku yang datang. Kebanyakan dari diorang sama ada menganggur atau kerja sendiri. Jadinya diorang boleh ambil cuti sendiri. Sampaikan kena sewa homestay kat sebelah rumah sebab tak muat nak muatkan semua orang dalam rumah aku.

Aku punya kenduri pakai katering dan kenduri tu dibuat di dewan. Disebabkan banyak lagi benda tak buat, jadinya aku perlukan banyak tenaga kerja. Gubahan hantaran, goodies untuk tetamu biasa, tetamu VIP semuanya, SATU pun tak bersiap lagi. Tahun tu aku kan SPM? Jadinya aku tak ada masa nak buat semua tu. Aku bersyukur sangat ada family yang sangat ambil berat dan sanggup bersusah payah untuk kenduri aku.

Ayah dan mak aku kerja, jadinya makcik aku yang reti bawa kereta yang bawa aku ke sana ke mari ambil itu ini. Bersyukur sangat dengan pertolongan diorang. Disebabkan aku sibuk uruskan itu ini, sedikit sebanyak membantu aku lupakan hal yang aku akan jadi isteri orang minggu depan. Tapi, sesibuk mana pun aku, malam malam sebelum tidur aku WhatsApp Nud.

Nasib baik Nud memahami keadaan aku. Aku tak dapat nak WhatsApp dia macam selalu sebab aku sibuk. WhatsApp dia malam malam sebelum tidur tu pun, kadang kadang kejap je sebab aku banyak kali tertidur. Tapi seriously, Nud sangat sangat memahami.

'Nud, nape kau tak mrh aku selalu tertidur bila ws kau?' -Aku

'Aku tengah biasakan dirilah' -Nud

'Biasakan diri utk apa?' -Aku

'Biasakan dirilah. Nnt kau dh ade laki. Kau nk manje dgn laki kau je. Hahaha' -Nud

'Kuwajjak' -Aku

**********

4 Jun. Sabtu. Hari bersejarah. Hari aku tidak lagi di bawah tanggungjawab mak dan ayah. Hari syurga aku berpindah ke bawah tapak kaki suami aku. Hari aku jadi halal untuk Iskandar Rafiq. Pagi tu, aku diutamakan lagi sebagaimana aku diutamakan waktu aku bertunang hari tu. Tapi debarannya lain. Aku rasa sebak, perasaan dan fikiran aku bercelaru.

Pagi tu, selesai solat Subuh, aku tengok bilik tidur aku. Dihias cantik dengan segalanya bertona turquoise dan ungu. Oh, malam semalam aku tidur dengan makcik makcik aku. Bilik tidur aku sendiri jadi larangan untuk aku masuk malam semalam. Dah berhiaslah katakan. Selesai melilaukan mata tengok bilik sendiri, aku turun untuk bersarapan.

Terkejut aku tengok kawasan tangga dihiasi dengan kain chiffon putih dan bunga ros plastik yang kelihatan hidup. Cantik sekali. Aku tau, ni pasti kerja mak. Ruang tamu kelihatan sangat kemas dan bersih. Di satu sudut di atas kerusi kayu jati di ruang tamu itu, aku lihat bantal baldu berwarna putih. Sebak menghantui perasaan aku. Di atas bantal itu, akan duduknya Iskandar Rafiq untuk diijabkabulkan dengan aku.

Aku akan diijabkabulkan dengan lelaki yang aku tak pernah kenal.

'Ahhh! Kau dah tak ada peluang untuk berpatah balik, Mar!' jerit kata hati aku. Dengan langkah separuh longlai, aku menuju ke ruang makan. Di dapur, masih riuh bunyi senduk dan periuk. Apa lagi yang dimasak oleh mak dan makcik makcik aku, aku sendiri pun tak tahu.

"Kakak, makan banyak sikit. Nanti waktu kenduri tak ada tenaga kang. Susah nak makan nanti. Kau tu dahlah gastrik," pesan mak. Aku cuma mengangguk. Pagi itu, aku tak ada selera sangat. Jadinya aku makan sikit je. Selesai makan, jam menunjukkan pukul 8.30 pagi. Aku terus berlari naik ke atas mengenakan busana nikah serba putih dengan lace berwarna turquoise.

Aku disolek oleh sepupu aku sendiri memandangkan kerjanya memang menyolek pengantin. Aku tak pernah bersolek dan tak berminat untuk menjadi 'badut'. Jadinya aku pesan pada dia awal-awal, aku cuma mahu natural make up.

Cerita Aku: Kahwin MudaWhere stories live. Discover now