Bab 18

28.4K 879 33
                                    

*Sepatutnya cerita ni update tengahari semalam. Tapi anak saya rampas handphone waktu saya tengah menaip. Lepas tu dia campak handphone, terus ter-off handphone. Bila saya dah on balik, tengok Wattpad tak save apa yang saya taip T^T*

Keesokan harinya, aku bangun awal. Pukul 5 pagi aku dah bangun. Aku capai gaun tidur di kepala katil, lalu aku terus menuju ke bilik air untuk mandi. Selesai mandi dan berpakaian, aku kejut Rafiq.

Kemudian aku solat Subuh, begitu juga dengan Rafiq.

Jam menunjukkan pukul 6.50 pagi. Aku terus bersiap-siap. Rafiq yang melepak di atas katil lihat aku dengan wajah yang kehairanan.

"Sayang.. Siap-siap ni nak pergi mana?"

"Jom kita gi klinik! Nak gi scan baby. Haritu nak pergi, tapi lupa. Hihihihi. Jomlah. Jomlaaah."

Aku tarik tangan Rafiq menyuruhnya turun dari katil. Rafiq ketawa lalu dia ikut saja suruhan aku.

Kami jalan berdua ke tempat parkir. Masuk saja ke dalam perut kereta, Rafiq renung aku. Aku membalas renungannya sambil memberikan satu senyuman.

"Kenapa, bang?"

"Tiba-tiba je nak gi scan. Tekejut abang."

Aku memasamkan muka.

"Ok. Kalau tak nak teman, tak nak hantarkan, Mar pergi sendiri naik teksi."

Aku dah bersedia nak keluar, tapi Rafiq sempat tarik tangan aku.

"Aloooo sayang abang ni. Abang cakap je. Jangan la merajuk. Sejak pregnant ni, asyik nak merajuk je, kan? Hihihi."

"Biarlaaaa."

"Hahaha. Comel je. So, kita nak gi mana?"

"Gi klinik yang ada scan la. Nak scan baby."

"Okey."

Sepanjang perjalanan tu, memang kami berdua tak diam. Ada je benda nak borak, benda nak gaduh. Hahahaha.

Di satu simpang, aku tengok Rafiq memberi signal ke kiri. Kiri kami ialah sebuah hospital swasta.

"Abang, Mar cakap gi klinik je la. Nape gi hospital swasta? Membazir duit je nanti."

"Takpela. Sekali sekala. Jom," ajak Rafiq setelag keret diparkirkan. Masuk saja ke hospital, kami terus ke bahagian 'Admission' untuk mendaftar. Kami tak tunggu lama, terus saja kami di'guide' ke bilik doktor.

Apabila nama aku dipanggil, aku terus masuk ke bilik doktor bersama Rafiq. Tekanan darah, berat badan dan pelbagai lagi diperiksa. Kemudian aku disuruh baring ke atas katil yang telah disediakan.

Baju aku diselak bagi menampakkan perut dan gel disapu di atas perut aku. Sejuuuuukk. Rafiq berdiri di sebelah aku sambil tangan aku dia genggam.

"Haaa. Tengok tu. That's your baby. Now you can hear his heartbeat," kata doktor perempuan itu.

"Wuyoooo. Baby kita dah ada heartbeat la, bang! Bestnya! Bestnya!" kata aku dengan keterujaan yang melampau-lampau (--") Rafiq tak beri respons, tetapi dia terus melihat ke skrin sambil tersenyum bangga tak tentu pasal.

"Hahaha. It's been 4 months plus kan? If your baby is alive, he should have heartbeats by now. So, here it is. by the way, umur puan berapa ya? Sebab puan nampak muda sangat and your reaction is unik. Kebanyakan parents especially mothers, diorang mesti nangis bila dengar heartbeat baby," tanya doktor itu.

"Umur saya 17. Weeee."

"Doc, bila boleh tau jantina baby eh?" tanya Rafiq tiba-tiba. Sedari tadi dia mendiamkan diri.

Cerita Aku: Kahwin MudaWhere stories live. Discover now