Bab 15

20.1K 792 12
                                    

Hampir-hampir penghujung bulan November, kandungan aku kini mencecah bulan 3. Perut aku kian membuncit dan sudah boleh dilihat sedikit bonjolannya pada baju sekolah aku.

Penghujung bulan November juga merupakan waktu aku menduduki SPM. Aku kerap diduga semasa peperiksaan SPM berlangsung. Pinggang aku cepat lenguh dan ianya membuatkan aku hilang konsentrasi.

Pengawas peperiksaan memahami akan keadaan aku. Jadinya, pada hari ketiga SPM, aku diberi kerusi yang lebih selesa dan tidak menggunakan kerusi plastik. Tetapi, mungkin lumrah bagi ibu mengandung, tak kira bagaimana selesa duduk sekali pun, sakit pinggang tu pasti ada.

Nud ialah orang yang jaga aku dari kaki aku menapak ke kawasan sekolah, sampailah pulang ke rumah. Kalau ada paper petang, Cik Yana dengan hati yang terbuka menjemput aku untuk makan bersama-sama di rumahnya.

Rafiq juga tidak putus-putus memberikan kata semangat. Kadangkala aku rasa bersalah dengan Rafiq sebab aku tak dapat nak layan dia sebaiknya sebab nak fokus pada SPM. Bersyukur sangat dia jenis suami yang sangat memahami.

Aku habis SPM awal bulan Disember. Waktu tu kandungan aku baru acah-acah nak masuk 4 bulan. Setelah habis paper, sampai je rumah, aku terus WhatsApp Rafiq.

"Abg, mar dh hbs paper hrini!" -Aku

Selepas 15 minit, masih tiada respons dari Rafiq.

"Yey! Bestnye dh hbs paper" -Rafiq

"Hihihihi. Nnt blhla mar dduk dgn abg kt sne kn? Mar rindu. Baby rndukn abg jgk" -Aku

"Nnt mlm kita bncg, k? Abg ade keje ni. Nnt mlm, kita smbg" -Rafiq

Aku tersenyum. Handphone aku lock.

"Anak mummy ni mesti tengah excited nak jumpa papa, kan? Mummy pun."

**********

Malam itu, mak dan ayah belanja aku makan di luar. Kitorang makan kat restoran biasa-biasa je. Restoran yang selalu kitorang datang masa syurga aku masih di bawak tapak kaki mak.

"Kakak, dah habis paper ni, kakak duduk dengan mak ayah lagi ke?" tanya ayah.

Aku tak tau nak jawab apa. "Orang ada tanya abang Rafiq, tapi dia kata nak bincang malam nanti."

"Baguslah, tak elok kakak duduk dengan mak ayah lama-lama. Nanti apa pula orang lain cakap," kata ayah lagi. Aah kak. Kau kena jaga laki kau tu. Bila dah berjauhan ni, banyak benda boleh jadi tau!" celah mak.

"Ish awak ni, cakap macam tu pula dia. Tu doa tau tak!" kata ayah dengan nada tinggi. Mak buat tak endah.

"Oooo. Ayah nak halau akak eh? Hihihihi," kata aku, cuba untuk berjenaka bagi melonggarkan ketegangan yang ada.

"Bukan macam tu. Tapi, sebaik-baik tempat seorang isteri, adalah di sisi suami. Ingat tu," ujar ayah lagi. Aku cuma mengangguk.

*********

Sesampainya aku di rumah, aku terus solat Isyak. Usai solat Isyak, aku usha handphone. Ada 3 WhatsApp masuk dan semuanya dari Rafiq.

"Sayang, psl syg duduk rumah abg tu, abg rse elok bkn dlm mse tdkt ni" -Rafiq, 8.46pm

"Abg bkn tak suka syg duduk dgn abg. Abg nk sgt syg duduk dgn abg" -Rafiq, 8.46pm

"Syg pindah, duduk dgn abg 15 dis ni, ok? Bkn skrg" -Rafiq, 8.47pm

Aku dah mula rasa tak senang duduk dan tak sedap hati. Aku balas WhatsApp Rafiq.

"Tapi, kenapa? Mar rindu abg. Mar rindu nk mkn mskn abg. Mar rindu nak cium tgn abg tiap-tiap hari. Kenapa abg? :'(" -Aku, 10.18pm

Aku menunggu balasan dari Rafiq.

Jam sudah menunjukkan jam 11 malam, masih tiada WhatsApp dari Rafiq. Dia juga tak online dari tadi. Last seen jam 9.25pm.

Malam tu, aku tidur dengan hati yang gelisah.

'Abang, apa salah Mar?' bisik hati kecilku.

Cerita Aku: Kahwin MudaWhere stories live. Discover now