Bab 11

25.3K 914 35
                                    

Kira-kira dua jam selepas aku tamat kertas trial, pintu bilik aku diketuk. Aku tau yang itu bukan doktor kerana aku sendiri sudah hafal jadual rondaan doktor itu.

"Mar!!!" jerit Nud. Aku tersenyum selebar yang mungkin. Ibu Nud mengekorinya dari belakang. Aku ingin turun dari katil tetapi ditegah oleh ibu Nud. Aku salam ibu Nyd dan ibu Nud yang ku panggil 'Cik Yana' memeluk aku. "Tahniah Mar. Nanti mesti anak Mar comel macam Mar. Dah berapa minggu?" tanya Cik Yana. Nud di sebelah Cik Yana turut kelihatan teruja. "Doktor kata baru 5 minggu, Cik Yana," jawab aku, ringkas. Sambil aku lemparkan senyuman untuk Cik Yana dan Nud. "Hmm.. No wonderla dua tiga hari sebelum tu asyik merengek je kat sekolah. Meleset kat Nud je dia, bu," adu Nud. Cik Yana cuma tersenyum mendengar aduan anaknya.

Setelah setengah jam berada di wad aku, mereka pulang. Wad aku kembali senyap. Jam di dinding menunjukkan jam 5.30 petang. Rafiq pastinya dalam perjalanan pulang. Aku sudah tidak sabar lagi nak pulang ke rumah. Cukuplah 4 hari aku berkampung di sini. Namun begitu, doktor masih punya alasan yang kukuh untuk menahan aku di sini. Suhu aku tidak turun-turun. Suhunya paling kurang pun 38 celsius. Kemudian nanti dia naik mendadak hingga 40 celsius. Sudah acap kali aku pesan pada Rafiq supaya dia tidur di rumah, tidak perlu menemani aku di waktu malam. Aku kesian melihat dia tidur duduk di kerusi. Posisi seperti itu pasti membuatkan tidurnya tidak selesa.

Tetapi, begitulah Rafiq. Cakap aku bukannya dia nak dengar.

***********

Sudah masuk hari ke sembilan aku di wad. Dua hari yang lepas aku sudah selesai dengan kertas trial SPM aku. Tapi aku masih di sini, di wad. Keadaan aku masih tidak berubah. Aku kasihan sekali melihat Rafiq. Setianya dia sebagai seorang suami temankan aku berkampung sembilan hari di sini. Kerenah aku, dia layankan saja. Sejak aku disahkan mengandung, aku kerap terbangun jam 3 pagi. Aku akan kejut Rafiq dan ajak dia berborak. Dan dia layankan aku tanpa berdecit sedikit pun. Tiada omel langsung.

"Doktor, please bagi saya keluar hari ni. Saya janji saya makan je apa ubat yang doktor bagi," rayu aku kepada doktor perempuan yabg merawat aku sejak hari pertama aku di sini. "Tak boleh puan, puan betul-betul bukan dalam keadaan yang sihat. Tambah-tambah puan mengandung," jawab doktor itu. Aku tundukkan muka. Air mata setitis demi setitis jatuh ke cadar tilam. Dasar gadis cengeng!

Rafiq yang dari tadi cuma mendiamkan diri, lantas bersuara, "Doc tak boleh prescribe ubat lain? Maybe isteri saya dah immune dengan ubat yang doc bagi?". Doktor itu terdiam dan berfikir sejenak. Beberapa minit kemudian, doktor itu menjawab, "Macam nilah, encik, puan. Saya akan prescribe satu ubat ni. But this medicine might affect the baby kalau, baby ni tak kuat untuk melawan kesan ubat tu. Sama ada baby ni meninggal dalam kandungan atau gugur dengan sendiri."

Aku terkejut dengan kenyataan doktor tadi. Lagilah air mata mengalir deras ke pipi. Ya, memang aku mengaku, masa doktor bagitau aku pregnant, aku macam tak boleh terima. Tapi lama-lama aku jadi sayang dengan baby ni. Baru je aku nak suka, nak teruja dengan pregnancy ni, doktor kata baby ni mungkin meninggal!

"Sayang, kita guna ubat tu, ok? Tak apalah kalau benda macam tu jadi. Bukan rezeki kita kot. Kalau sayang tak sihat, nanti baby pun tak dapat kasih sayang secukupnya, kan? Kita boleh try lagi," ucap Rafiq panjang lebar. Aku dongakkan kepala, lalu aku renung wajah yang aku mula kasihi ini. Kemudian aku angguk. Betul juga kata Rafiq. Kalau aku sakit, nanti siapa nak jaga baby kami?

"Setuju? Ok, then, esok we will prescribe the medicine for you," kata doktor itu lantas dia meninggalkan aku dan Rafiq di dalam bilik. Aku menangis tersengguk-sengguk. Perut aku usap perlahan dengan penuh rasa kasih sayang. Rafiq menghampiri aku dan dibawanya aku dalam pelukan dia.

"Sabarlah sayang. Kalau ada rezeki kita, baby tu selamat. Kalau tak ada, anggaplah baby ni nikmat sementara dari Dia. Allah nak sayang rasa nikmatnya ada zuriat dalam rahim sayang. So that, bila sayang pregnant lagi, sayang tak rasa sedih macam hari tu," kata Rafiq panjang lebar sambil perut aku dia usap.

Cerita Aku: Kahwin MudaWhere stories live. Discover now