Bab 16

19.9K 821 10
                                    

Sudah 3 hari aku melancarkan perang dingin dengan Rafiq kerana dia tidak mahu memberitahu sebab kenapa dia tak nak aku pindah duduk dengan dia di kondo kami.

Sepatah dia tanya, sepatah juga aku jawab. Rafiq sedar akan hal ini, dah beribu kali (Hiperbola) dia tanya kenapa aku dingin semacam dengan dia.

"Sayang abg ni dh mkn?" -Rafiq

Aku masih online di WhatsApp. Selepas 5 minit baru aku balas.

"Dah." -Aku

"Sayang abg dh solat?" -Rafiq

"Dah." -Aku

"Sayang abg merajuk eh? Alalala sayang abg :*" -Rafiq

"Tak." -Aku

"Alooo sayang abg, knpe merajuk ni" -Rafiq

"Tak merajuk pun." -Aku

Aku tahu mesti ada sesuatu yang Rafiq sembunyikan dari aku. Aku dapat rasa naluri tu.

'Macam mana kalau Rafiq sebenarnya.. Dah.. KAHWIN LAIN?!' kata hati aku.

'Haihh. Tak boleh jadi ni. Tak boleh merajuk ni. Tak boleh. Tak boleh' jawab hati aku dengan kepala aku digelengkan.

Jadinya, malam tu, aku berperangai seperti biasa. Macam tak ada apa-apa. WhatsApp dia pun aku layan macam biasa. Malahan aku yang mula chat dulu.

"Abang. Dh balik ke? Dh mkn?" -Aku

"Sayang.. :* Baru je smpai rmh. Abg dh mkn dh. Nnt lps abg mandi, kita smbg lg ya. Tggu tau" -Rafiq

Bermacam-macan fikiran negatif yang aku fikir waktu tu. Antaranya, dia makan makanan yang 'madu' aku masakkan untuk dia. Atau.. 'Madu' aku urutkan dia.

"Ok. Jgn lama sgt. Mar rindu" -Aku

**********

Petang Sabtu.

"Kakak! Pergi tukar baju. Ada hal kecemasan kita kena pergi KL!" kata ayah masa dia turun tangga. Mak yang ikut dari belakang aku tengok dah bersiap dengan tudung, dengan beg segala. Mungkin berisi baju.

Aku tak tunggu lama. Terus aku berlari naik ke atas.

"Kakak! Jangan lari! Bahaya tu! Awak tu mengandung!" kata mak dengan nada yang tinggi. Sorry mak, my bad.

Aku sarung skirt, baju lengan panjang dengan tudung bidang 60. Sarung stoking sekali siap semua.

Sesudah aku turun, aku lupa pula nak bawa baju lebih. "Tak apa. Kita mungkin tak bermalam pun. Cepat. Hal kecemasan ni kak oiii," ujar ayah. Aku pun redha je lah. Ikut je cakap ayah.

Dalam hati aku dah berdebar-debar. Nak kata kecemasan ada sedara meninggal, mak ayah tak nangis pun. Nak kata kecemasan yang menggembirakan.. Ada ke kecemasan yang menggembirakan?

Suasana hening seketika.

Aku selit di antara dua kerusi kereta, tempat di mana ayah jadi pemandu, mak pula duduk di sebelah ayah.

"Kita gi KL ada kecemasan apa yah?"

"Kecemasan laa. Ishh budak ni."

"Taula kecemasan, tapi kecemasan apa?"

Ayah senyap, tak jawab.

"Kecemasan apa mak?"

Mak cuma menghenjutkan bahu.

Aku dah mula gelisah. Kecemasan apa sampai mak dengan ayah tak nak bagitau aku ni?

Macam-macam benda aku fikir. Sampaila aku perasan ni jalan nak ke kondo Rafiq.

Takkanlah..

"Ayah, kita nak gi kondo ke?"

Senyap.

"Kita nak gi kondo kan? Akak ingat jalan ni."

Senyap juga. Aku bengang, aku tutup radio. Lepas tu, mak buka balik.

"Mak, ayah, kenapa kita gi kondo? Kenapa dengan abang Rafiq?" tanya aku lagi. Mata aku mula bergenang.

"Iskandar tak ada apa-apalah," jawab ayah.

"Kalau tak ada apa-apa, kenapa kita gi kondo dia? Kenapa ayah kata kecemasan?"

Bengang dengan semua orang tak nk jawab, aku capai handphone dan aku call Rafiq.

Tapi tak berjawab. Banyak kali call, satu pun tak berjawab. Aku tengok last seen dia, jam 11.46pm semalam, waktu kami berWhatsApp.

Kereta ayah mula meluncur ke tempat parkir di kondo Rafiq. Air mata aku mula bercucuran. "Kakak, jom," ajak mak.

Aku menggelengkan kepala. "Laa. Kenapa tak nak pula? Tak nak jumpa Is ke?" tanya mak lagi.

Aku lap air mata aku dengan belakang kedua-dua tapak tangan. "Semalam abang Rafiq kata dia nak datang sana. Dia sampai malam. Abang Rafiq mesti dah gerak dah. Dia mesti tak ada kat kondo ni," jawab aku.

"Tak.. Is ada kat kondo ni. Jomlah, kita naik jumpa dia."

"Tak nak. Mar takut.

"Kenapa nak takut? Is kan suami Mar? Takkan tak nak jumpa dia kot?"

"Tadi mak kata ada kecemasan, kenapa kita datang sini?"

"Kecemasan tu ada kat sini. Jomlah. Kesian Is tunggu kita lama dah. Nak dekat Isyak dah ni."

Aku terpujuk dengan kata-kata mak. Kami bertiga menuju ke lif untuk ke tingkat 4.

"Kakak bawa kunci kondo kan?"tanya ayah.

Aku cuma mengangguk. "Tapi mak kata abang Rafiq ada kat sini. Abang Rafiq boleh bukakan pintu."

"Tak payahla. Kakak buka sendiri je pakai kunci kakak."

Aku terdiam. Dalam waktu singkat itu, aku rumuskan mungkin:

A) Rafiq kemalangan kecil. Dia sudah pulang dari hospital dan dia tak boleh memandu ke Seremban. Dia juga tak boleh bergerak untum buka pintu.

B) Mak dan ayah nak backup Rafiq sebab Rafiq dah kahwin lain.

Ting! Pintu lif terbuka menandakan kami dah sampai di tingkat 4. Kemudian kami sampai ke hadapan pintu kondo.

'Ya Allah, tabahkan hati aku untuk menerima apa yang terjadi di balik pintu ini.'

Cerita Aku: Kahwin MudaWhere stories live. Discover now