BAB 17

487 51 15
                                    

Matanya memandang seraut wajah pucat yang cantik itu dengan tangan bergerak, membelai rambut ikal mayang Danial. Gadis itu masih belum terjaga dari tidurnya sejak keluar dari bilik air.

"Arakyls." Bibir David menguntum senyuman manis. Dia gembira kerana Danial dapat diselamatkan. Racun yang tersisa akan dibuang sedikit demi sedikit dengan bantuan Fazlan. Jari jemari yang sedari tadi membelai lembut rambut milik Danial, kini berada di pipi mulus Danial. David tidak pasti mengapa dia berbuat demikian. Sayangkah dia kepada Danial?

"David..." Suara serak Danial yang kedengaran membuatkan David tersentak. Tangannya lantas dilarikan ke tepi dengan mata terkebil-kebil memandang ke siling tatkala gadis itu mencelikkan mata. David menggelabah seketika.

"Terima kasih." ucap Danial. Kepala didongak memandang wajah David.

"Hmm." Baru sahaja dia mahu mengubah posisi baringnya kepada posisi duduk, tangan Danial yang melingkar pada pinggang menghalang dia untuk bergerak. Dahi dikerutkan. Rasa sungguh janggal baginya, namun Danial pula hanya bereaksi selamba.

"Temanlah aku." pinta Danial.

"Kau rehatlah seorang diri. Nanti aku ada benda nak tanya kau." ujar David. Tautan tangan Danial pada perutnya cuba dirungkaikan. Tidak betah lagi dia berbaring di sebelah Danial. Gigi diketap apabila Danial masih berkeras tidak mahu merungkaikan pelukan.

"Lepas Dani." suruh David. Danial menggeleng tidak mahu. Kepala diangkat dan dilabuhkan di atas bahu David. Dia lebih selesa di situ, namun tidak kepada David. Hembusan nafas Danial yang mengena pada kulit lehernya membuatkan dia menelan air liur kesat.

"A-apa yang kau buat ni Dani?" soal David tergagap-gagap.

"Kenapa kau tak marah? Bukan ke kau dah lama tahu aku perempuan?" ujar Danial. Dia tahu, David sudah lama mengetahui perihal itu. Ketika dia tercedera kerana ditembak, dia sedar sewaktu David membuka hoodie yang dipakainya. Namun dia diamkan sahaja dan berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku.

"Apa motif kau menyamar jadi perempuan?" David menyoal. Tidak dihiraukan soalan Danial. Memandangkan Danial yang membuka topik ini dulu, lebih baik dia bertanya terus.

"Tak ada." balas Danial. Mata dipejamkan semula mencari lena. Dia penat dan mengantuk. Peluh dingin masih lagi mengalir di pelipisnya.

"Kau menipu. Kalau kau tak nak aku bagi tanggapan negatif tentang kau, lebih baik kau jujur Dani. Dani? Huh!" David ketawa sinis. Terasa diperbodohkan walaupun dia sudah lama tahu mengenai penyamaran Danial.

"Lebih tepat Arakyls bukan?" sambung David lagi. Spontan Danial mencelikkan matanya semula. Wajah David dipandang dari arah tepi.

"Dari awal kau tahu, tapi kenapa kau tak halang aku? Kenapa tak bongkarkan perihal aku?" soal Danial. Hairan juga dia dengan David.

"Sebab aku nak tahu apa motif kau tinggal dekat istana ni Dani. Lagi satu... Kenapa kau suka tinggal dalam bilik aku sedangkan kau perempuan?" David mula mengubah posisi kepada duduk. Badan dikalihkan menghadap ke arah Danial.

"Aku tak boleh bagitahu kau kenapa aku menyamar dan kenapa aku tinggal dekat istana ni. Aku minta maaf David. Tapi... aku pilih untuk sebilik dengan kau sebab aku rasa selamat bila duduk dengan kau." jelas Danial. Agak gerun melihatkan renungan tajam David.

David terdiam seketika sebelum dia bertindak menindih tubuh kecil Danial. Tanpa aba-aba, dia terus mengucup bibir Danial membuatkan mata Danial terbuntang. Tidak terjangka dek akalnya David akan mencium dia.

"Kau masih rasa selamat dengan aku?" soal David sekadar menduga. Dia mahu Danial tahu, duduk sebilik dengannya bukanlah suatu perkara yang baik. Danial yang masih terkedu, teragak-agak mengangguk.

EMERALDWhere stories live. Discover now