BAB 33

370 38 9
                                    

Bunyi derap kaki yang semakin mendekat langsung tidak mengganggu fokus Daren yang sedang melihat David dan Danial di halaman vila. Mereka berdua kelihatan bahagia sahaja.

“Tak nak keluar?” Nick menegur. Daren menggeleng menandakan dia tidak mahu.

“Sampai bila nak berkurung? Bukalah langsir luas-luas. Bukannya intai luar macam ni.” ujar Nick. Agak kesian dengan keadaan Daren. Adiknya itu hilang keyakinan diri untuk keluar dan bertemu dengan orang lain biarpun sudah 20 tahun berlalu.

“Lebih baik David tak jumpa aku. Tengok dia sekarang... Dia bahagia. Aku tak patut kacau dia dan ingatkan dia peristiwa hitam tu lagi.” balas Daren. Nick menghela nafas.

“Habis, kau macam mana?”

“Aku? Aku lebih suka macam ni. Hadap piano setiap hari lagi bagus.”

“Kau patut manfaatkan masa ketika dia ada dekat sini. Bukannya berkurung macam ni. Cubalah berbual dengan dia.” sampuk Qarl. Dia duduk di atas kerusi di hadapan piano. Sesekali dia menekan papan kekunci piano.

“Betul apa yang Qarl cakap.” sahut Nick. Puas dia memujuk Daren untuk berjalan-jalan di luar, namun lelaki itu masih berdegil mahu mengurung diri sendiri.

“Kau tak faham aku. Sudahlah... Keluar. Aku nak bersendirian.” kata Daren. Langsir yang diselaknya sedikit, ditutup kembali. Kemudian, dia berjalan menuju ke arah katil dan membaringkan tubuh. Qarl menggeleng kecil sebelum keluar dari bilik.

“Apa reaksi David bila kau cerita perkara sebenar dekat dia?” tanya Qarl seraya menoleh ke arah Nick.

“Dia diam. Mungkin dia tengah fikirkan apa yang dia patut buat.”

“Aku rasa, aku kena pujuk David jumpa Daren sekali. Takkanlah nak biar Daren berkurung sampai mati?”

“Kau cubalah. Jangan paksa dia sudah.” balas Nick. Qarl angguk tanda faham.

“Hoi, buat apa dekat sini?” sergah Qarl. Aron dan Zach tersentak.

“Tengah perhatikan dua orang tu.” jujur Aron. Bibir dijuih ke arah David dan Danial yang terlihat mesra.

“Lelaki tu... Dekat Xhandelion tak pernah nampak dia senyum. Dekat sini bukan main senyum dia.” ujar Zach.

“Betul. David tu beku orangnya. Macam Tuan Qarl.” kata Aron pula. Tidak semena-mena kepalanya ditampar oleh Qarl.

“Amboi! Mengata aku!” Qarl mengetap gigi manakala Aron hanya sengih. Betul apa dia cakap.

“Mana kau tahu aku tak sayang kau?” Danial bercekak pinggang. Geram David asyik cakap dia tidak sayangkan David.

“Tak nak cakap.”

“Kau tak nak cakap...” Meleret suara Danial. Dia melompat dan memeluk leher David. Kaki pula dililit kemas pada pinggang David.

“Baik kau cakap sekarang, sebelum aku gigit kau.” ugut Danial.

“Kau dah beratlah. Kau makin gemuk eh? Tengok pipi ni. Pau!” David mencubit pipi kiri Danial.

“Kau cakap aku gemuk? David!” Bahu David ditampar oleh Danial. Mimik mukanya sudah masam mencuka. Kenapa David suka mengusiknya hari ini? Selalunya dia yang mengusik David.

“Iyalah. Kau berat sangat ni. Agak-agak dah lebih 60 kg.” ujar David.

“David... kau nak muntah pagi-pagi macam ni ke? Jangan cabar aku.”

“Kalau aku cabar juga macam mana?” David melorek senyuman sinis. Hek eleh! Fikir dia takut ke?

“Baby sayang, saya...” kata-kata Danial terhenti tatkala David mencium bibirnya. Aron, Zach dan Qarl tersentak. Huwargh! Mata mereka tercemar untuk kedua kalinya.

EMERALDΌπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα