BAB 09

560 59 15
                                    

Semangkuk bubur dan segelas air kosong diletakkan di hadapan Armelyn. Hanny melempar senyuman ke arah Armelyn yang masih diam.

"Makan dulu. Nanti Hanny nak tanya sesuatu dengan Melyn." suruh Hanny. Armelyn hanya akur. Hanny mula mengambil tempat duduk sementara menunggu Armelyn menghabiskan makan.

"Saya dah siap. Tuan Puteri nak tanya apa ya?" soal Armelyn. Hanny ketawa kecil secara tiba-tiba.

"Menggelikan hati betul. Apa pula panggil Tuan Puteri? Hanny ni seorang doktor tau? Macam tak kena je dengan panggilan Tuan Puteri tu haishh..."

"Tapi Tuan Puteri tetap seorang Tuan Puteri walaupun pekerjaan Tuan Puteri ialah doktor." Armelyn mengerutkan dahinya. Apa pula tidak kenanya?

"Apa-apa sahajalah. Panggil je Hanny. Tak payah formal sangat. Aku nak jadi kawan kau ni. Aku lonely dekat istana ni tak ada kawan."

"Okay." balas Armelyn sepatah dengan senyuman lebar di bibir.

"Hmm mari kita mulakan. Cuba Melyn bagitahu, apa yang Melyn takutkan sangat semalam?" Armelyn menggigit bibirnya mendengar apa yang disuruh oleh Hanny.

"Err... bunyi loceng."

"Ouhh loceng memang akan berbunyi setiap pukul 12 tengah malam. Selain itu ada lagi tak?"

"Kucing. Itu sahaja."

"Jadi, Melyn kena lawan benda tu. Malam nanti bersiap sedia. Hanny akan tolong Melyn atasi benda ni perlahan-lahan."

"Tapi..."

"Kita cuba dulu. Tak ada tapi-tapi. Ezra sendiri nak kau sembuh dari trauma ni. Dia nak kau jadi normal macam orang lain. Boleh Melyn?" pujuk Hanny. Armelyn mengangguk pasrah. Cuba sahajalah dulu.

David mencapai jem strawberi lalu jem itu disapu pada roti. Diam sahaja dia mengunyah roti itu tanpa memandang ke arah orang lain.

"Woi, pagi semalam asal aku tak nampak kau bersarapan?" tegur Fazlan. Bahu David disenggolnya sedikit. David mula terbatuk-batuk kerana tersedak roti. Mata semua orang mula terarah ke arahnya.

"Itulah, jangan ajak orang bercakap masa makan. Makan diam-diam!!" marah Engku Zaleha. Sempat dia menarik telinga anak lelakinya itu.

"Alaa mama ni orang tanya sikit pun tak boleh." cebik Fazlan. Engku Zaleha menjeling tajam.

"Tak lapar." jawab David perlahan namun cukup untuk didengari oleh mereka semua.

"Yang pipi kau merah sangat ni kenapa? Demam?" Ezra pula menyoal. David mula menggelabah. Kedua-dua pipinya disentuh sebelum dia berdiri.

"Aku tak demam." Usai menuturkan ayat itu, dia terus beredar.

"Peliklah David tu. Nanti mama periksa dia eh? Fazlan takut dia demam je." pinta Fazlan. Memandangkan David anak yatim piatu, David menumpang kasih sayang dengan Engku Zaleha dan Engku Eslan. Fazlan sudah menganggap David seperti abang kandungnya sendiri.

"Iya nanti mama tengokkan. Dah makan cepat. Tak kerja ke hari ni?"

"Kerja mama tapi Fazlan malaslah nak masuk makmal. Fazlan tunda malam ni je lah." balas Fazlan. Kerja dia hanyalah mengenal pasti jenis racun dan mengendalikan urusan tentang senjata untuk pengawal istana. Tidak susah tapi dia perlu berhati-hati. Lagi-lagi tentang senjata. Terlalu banyak kes kecurian dan senjata yang hilang secara tiba-tiba.

"Aku dengar ada kes kecurian pula baru-baru ini. Kau dapat tangkap ke pelakunya?" soal Qhairil. Fazlan menggelengkan kepalanya.

"Siasat kes curi tu bukan kerja aku. Kau kena tanya Amar tentang tu. Dia yang siasat benda ni."

EMERALDWhere stories live. Discover now