BAB 25

337 38 16
                                    

Hanny tersentak apabila Armelyn bertindak dengan duduk secara mengejut. Wanita itu terlihatnya tercungap-cungap seakan baru sahaja menghabiskan larian marathon walhal dia baru tersedar dari pengsan. Armelyn menarik selimut dan mengesot ke kepala katil tatkala kejadian tadi bermain di kepalanya.

"Melyn... Kau tak apa-apa?" soal Hanny. Armelyn menggeleng dan mula menangis.

"Ada orang nak bunuh Melyn. Isk..." adu Armelyn. Tanpa disangka, tubuhnya ditarik kasar oleh seseorang. Pipi ditampar kuat tanpa sebarang kata.

"Kau dah bunuh anak aku! Menantu tak guna!" amuk Engku Delisha dengan air mata yang sudah membasahi pipi. Armelyn tersentak. Iflan sudah matikah?

"Kau pembunuh! Kau tak layak hidup!" hambur Engku Delisha lagi. Kali ini, dada dan wajah Armelyn menjadi sasaran tendangannya.

"Bonda!" jerit Ezra. Terkejut dia melihat bondanya menyakiti Armelyn. Bibir isterinya itu sudahpun mengalirkan darah.

"Kenapa nak tolong dia lagi? Dia pembunuhlah!" tempelak Engku Delisha. Ezra ditolak menjauhi Armelyn. Dia benci melihat wajah Armelyn, menantu yang tidak diiktirafnya itu.

"Bonda ada bukti dia dah bunuh Iflan? Tolonglah bonda! Bincang perkara ini elok-elok dan lakukan soal siasat dahulu. Jangan nak salahkan isteri Ezra tanpa bukti macam ni!" marah Ezra. Bengang dengan sikap bondanya itu. Hanya disebabkan Armelyn berada di dalam bilik Iflan, tidak bermakna Armelyn lah pembunuhnya.

"Bukti? Habis yang dia pegang pisau dan terbaring dekat Iflan tu apa? Ezra masih nak menangkan isteri Ezra ni walaupun dia dah terang-terang bersalah! Hoi perempuan! Kau cakap sekarang! Kenapa kau bunuh anak aku?" tempik Engku Delisha. Dia bagaikan sudah kehilangan akal fikiran yang waras. Wajah Armelyn terlalu memuakkan untuk dilihat.

"Bertenang mak cik." pujuk Hanny. Sedari tadi dia cuba menahan Engku Delisha daripada menyakiti Armelyn, tetapi apalah sangat dengan kudratnya mahu melawan wanita tua yang hampir hilang kewarasan?

"Jangan masuk campur! Perempuan ni dah bunuh Iflan! Dia pembunuh!" tempik Engku Delisha lagi.

"Melyn tak buat." kata Armelyn dengan esakkan tangisan. Benda yang berlaku tadi terlalu mengejut. Tiba-tiba pula dituduh membunuh raja baharu Xhandelion. Dia tidak mahu masuk penjara dan dikenakan hukuman berat. Kesalahan membunuh seorang raja mungkin berupa hukuman mati atau seksaan seumur hidup.

"Penipu! Kau penipu! Kau pembunuh!" jerit Engku Delisha. Keadaan menjadi semakin tidak terkawal apabila Engku Delisha mencapai pasu dan membaling ke arah Armelyn. Armelyn bernasib baik kerana Ezra tangkas menarik dirinya daripada terkena pasu tersebut.

Bunyi derapan beberapa pasang kaki menambahkan rasa debar di dalam diri Armelyn. Pengawal istana sudah datang untuk menangkap dia!

"Kami datang untuk membawa Puteri Armelyn ke penjara." kata salah seorang pengawal istana itu.

"Saya tak nak pergi." Armelyn memeluk erat lengan Ezra sambil menggelengkan kepala. Air matanya tidak henti-henti mengalir. Dia berasa sungguh takut dan dia tidak menyangka perkara seperti ini akan berlaku.

"Awak... Saya tak nak pergi." kata Armelyn lagi. Namun, suaminya itu hanya diam berkutik seolah-olah tidak mahu membantu dirinya. Apatah lagi memujuk.

Saat lengannya ditarik oleh pengawal istana, Ezra masih kaku mendiamkan diri. Entah apa yang difikirkan olehnya. Susuk tubuh Armelyn dipandang dengan riak wajah yang sukar ditafsirkan. Jujur, hatinya sakit melihat Armelyn menangis sebegitu. Namun dia tidak mampu buat apa-apa dalam keadaan seperti ini. Semua bukti yang baru dikumpul jelas menyatakan Armelyn pelakunya.

•••

Rambut yang tadinya kemas disikat kini kusut sama seperti kusutnya fikiran dia. Pening hendak memikirkan bagaimana mahu menolong Armelyn keluar dari penjara. Dia tahu isterinya tidak akan membunuh Iflan. Mustahil Armelyn akan membunuh seseorang dengan sifatnya yang baik sebegitu.

EMERALDWhere stories live. Discover now