BAB 21

490 49 12
                                    

“Kenapa datang ke sini?” soal Ezra. Tangan dimasukkan ke dalam poket seluar.

“Harapkan you datang jumpa I, mungkin sampai I mati pun you tak datang. Lebih baik I yang datang ke sini. Mana tahu ni kali terakhir kita berjumpa.” ujar Clarie membuatkan dahi Ezra berkerut pelik.

“Apa maksud kau?”

“Hmm tak ada apalah. Duduklah. Tak akan you nak berdiri je. Dah tak sudi nak duduk sebelah I?” Lengan Ezra ditarik supaya duduk di sebelahnya. Dengan keterpaksaan Ezra melabuhkan punggung. Kalau boleh, mahu sahaja dia berdiri sampai Clarie pulang kerana tidak mahu Armelyn melihat dia dan Clarie duduk rapat-rapat.

“Macam mana kehidupan you sekarang?” soal Clarie.

“Macam yang kau tengok, okey sahaja.”

“Hubungan you dengan pembantu you pula?” Soalan Clarie sedikit sebanyak menyentakkan Ezra. Clarie sudah tahukah tentang hubungannya dengan Armelyn?

“Apa maksud kau?” soal Ezra dengan kerutan di dahi. Clarie mengukir senyuman kelat. Tangannya bergerak memeluk lengan Ezra, kemudian kepala dilentokkan di bahu Ezra. Tidak pula lelaki itu menepis dan memarahi perbuatan Clarie. Dia masih berasa pelik dengan tingkah Clarie tika ini.

“You sayangkan dia, kan?” Soalan dibalas soalan. Ezra mengemam bibirnya untuk seketika.

“I boleh nampak dari mata pembantu you yang dia sayangkan you. Nampaknya dia bakal menggantikan I untuk sayangkan you.” sambung Clarie lagi.

“Jadi, kau dah tahu aku sukakan Armelyn?” soal Ezra, tenang. Tasik di hadapannya dipandang.

“Dah lama. I kenal you Ezra. Perasaan you berubah sejak I mula-mula sakit lagi, namun I diamkan sahaja. I tahu I pentingkan diri sebab masih nak you jaga I walaupun dah tahu perasaan sebenar you.” ujar Clarie.

“Memandangkan you dah tahu yang I tahu perasaan sebenar you, semestinya I tak boleh berkepit dengan you dah, kan?” Clarie ketawa hambar. Matanya yang kuyu itu memandang tasik yang terlihat tenang. Bila dia pergi nanti, adakah dia juga akan menjadi setenang tasik itu?

“Merepek... Kau tetap kawan aku dan aku akan jaga kau sampai sembuh.”

“Sembuh? Mengarut bunyinya Ezra.” Clarie ketawa lagi. Mana mungkin dia akan sembuh. Peluangnya untuk hidup sudah semakin tipis. Mungkin hari ini, mungkin juga esok atau hari-hari seterusnya, ajal dia akan tiba.

“Memandangkan selepas ini I dah tak boleh berkepit dengan you... Boleh tak I minta you buat sesuatu? Anggaplah ini permintaan terakhir I.”

“Apa dia?” Ezra mengalihkan pandangannya ke arah Clarie.

“Boleh tak you kendong I dekat belakang you sampai ke depan istana?” Ezra terdiam, mempertimbangkan permintaan Clarie. Sampai dekat depan istana? Macam mana kalau Armelyn nampak nanti?

“Tak boleh ke?” soal Clarie.

“Jom.” Ezra berdiri kemudian duduk bertinggung di hadapan Clarie. Belakang badan disua. Clarie tersenyum kecil sebelum bergerak memeluk leher Ezra.

“Pegang kemas-kemas kalau tak nak jatuh.” pesan Ezra. Clarie hanya akur. Pandangannya terlihat kabur membuatkan dia menjatuhkan kepala di atas bahu Ezra. Adakah pengakhiran ceritanya sebegini? Dikendong oleh lelaki yang disayangi saat nafasnya menjadi semakin perlahan.

“Ezra... I sayangkan you hingga akhir nafas I. Nanti, jaga diri you tau? Sayangi Armelyn. Pastikan you lawat I setiap tahun.” ujar Clarie.

“Dari tadi lagi kau merepek. Cepat sangat mengalah, siap suruh aku sayang Armelyn. Ni tak macam diri kau dah Clarie.”

EMERALDWhere stories live. Discover now