BAB 01

1.1K 75 21
                                    

Kerajaan Xhandelion, sebuah kerajaan yang aman damai tanpa peperangan sejak 20 tahun yang lalu. Cekap sungguh rajanya memerintah negara. Rakyat jelata pun ramai yang sudah menjadi bangsawan kerana hasil jualan yang meluas. Lihatlah sahaja, setiap hari pasti ada ramai orang berniaga di pasar dan di pelabuhan.

"Sesak sangat. Ingatkan hari ini ada lah sikit ruang nak lalu. Mungkin silap masa." kata Qhairil. Peluh sudah merenik di pelipis dan dahinya. Cuaca pagi ini sungguh panas.

"Fazlan, kau pergi dulu. Kosongkan jalan dekat depan gerai-gerai tu." suruh Qhairil. Dia malas mahu menghadap kesesakan di laluan yang akan mereka lalui.

"Kenapa aku pula? Kaulah yang perginya. Aku malas. Tadi kau juga yang kata, berkuda dapat mengelakkan kesesakan. Itu apa tu? Sesak juga! Kau tak boleh nak lalu pun!" rungut Fazlan. Sebelum ke kota, Qhairil menyuruh mereka agar pergi dengan kuda memandangkan jalan di kota selalu sesak, tetapi dengan kuda pun tidak boleh lalu.

"Itu bukan atas jalan kan? Itu depan gerai kau tahu tak? Sesak dengan manusia dan bukannya dengan kereta. Ish!" balas Qhairil tidak mahu mengalah. Ezra hanya mampu menggelengkan kepalanya. Dua manusia ini tidak boleh kalau tidak bergaduh. Kadang-kadang dia rasa mahu menghantukkan kepala dua makhluk itu.

Tanpa mempedulikan dua manusia yang sedang bertengkar itu, dia mara menuju ke arah gerai. Melihatkan gerai itu semakin sesak, dia pasti ada sesuatu yang sedang terjadi. Kuda dihentikan tidak jauh daripada orang ramai yang sedang berkerumun di hadapan gerai. Dia mula turun dari kuda yang ditunggangnya dan berjalan masuk ke dalam kesesakan manusia itu.

"Bagi aku duit cepat! Kalau tak, aku bunuh perempuan ni." gertak lelaki yang kelihatan terhuyung-hayang itu seraya mengacukan pisau berkarat ke leher putih seorang gadis. Lelaki itu mabuk barangkali. Bajunya pun sudah lusuh. Mungkin juga dia merupakan gelandangan di Kota Xhandelion.

"Bunuh sahajalah. Kau fikir aku peduli? Suka-suka kau je nak duit aku!" jerkah seorang wanita bangsawan yang usianya sudah mencecah 50 tahun. Langsung tiada perikemanusiaan pada riak wajahnya. Orang ramai sudah berbisik sesama sendiri. Sungguh kejam wanita itu memperlakukan gadis itu. Walaupun bukan anak kandung sendiri, tidak boleh ke dia menyelamatkan gadis itu sebagai seorang manusia?

"Ibu... Jangan macam ni ibu. Selamatkan Melyn." rayu gadis itu dengan tangisan. Pisau berkarat yang diseret oleh lelaki mabuk itu di lehernya membuatkan dia meringis kesakitan.

"Tak ada faedahnya aku selamatkan kau! Aku suruh kau menjual dekat gerai supaya kau dapatkan duit! Tapi kau goda lelaki orang pula. Elok aku jual kau dekat rumah pelacuran je dulu!" ujar wanita itu.

"Hey, kau nak duit bukan?" Ezra mula bersuara. Tidak tahan lagi dia melihat keadaan gadis itu yang nyawanya bila-bila masa sahaja akan melayang.

"Ya, aku nak duit!" Lelaki mabuk itu melorek sengihan. Fikirnya, dia mungkin akan dapat duit daripada Ezra. Ezra tidak bercakap banyak, lantas dia mencampakkan kantung berisi beberapa gulungan wang kertas. Tubuh gadis itu automatik dilepaskan untuk menyambut kantung duit.

"Ughh aku nak beli arak... Akhirnya dah dapat duit." omel lelaki itu lalu beredar pergi.

"Telefon pengawal penjara suruh tangkap pemabuk tu." bisik Ezra kepada salah seorang wanita yang berada di situ. Pemabuk seperti ini sungguh berbahaya untuk masyarakat. Bayangkan jika duitnya habis, tidak mustahil dia akan buat seperti tadi lagi sekali. Akan ada orang lain yang akan cedera atau hilang duit.

EMERALDWhere stories live. Discover now