BAB 36

337 36 14
                                    

Ezra duduk di atas kerusi. Pinggan sarapannya ditarik mendekat. Sesekali matanya mengerling ke arah Ezlinda dan Engku Delisha yang berbual mesra.

“Ezra, macam mana? Dah kenal-kenal dengan Puteri Ezlinda?” soal Engku Delisha.

“Hmm.” Ezra hanya membalas dengan deheman. Apa-apa sahajalah. Rancangannya perlu dilaksanakan dengan lancar. Tiada guna lagi dia membantah kehendak Engku Delisha memandangkan identiti ‘Engku Delisha’ belum dipastikan. Jika benarlah Engku Delisha sekarang ini ialah Engku Delisha sebenar, maka Ezra mungkin akan menemui jalan buntu untuk melarikan diri daripada perkahwinan yang dirancang.

“Bonda cakap, Tuanku lapang hari ini. Bolehkah Tuanku menemani patik berjalan-jalan di kawasan istana?” soal Ezlinda. Wajah diangkat memandang muka Ezra. Lelaki itu seperti biasa, beriak kosong.

“Dengan senang hatinya.” balas Ezra. Senyuman nipis diberi. Ezlinda terpegun seketika melihat senyuman Ezra. Pertama kali dia melihat senyuman lelaki itu. Segera Ezlinda menunduk. Dia tidak boleh jatuh hati kepada Ezra. Jikalau dia jatuh hati kepada Ezra, dia mungkin akan merana.

Ezlinda mengukir senyuman nipis. Teh yang masih hangat dicicipnya perlahan. Engku Delisha hanya memerhati tindak-tanduk Ezra dan Ezlinda. Kelihatan kekok, namun baginya biasa sahaja memandangkan mereka berdua baru bertemu.

“Bonda dah fikir baik-baik. Perkahwinan Puteri Ezlinda dan kamu akan berlangsung minggu hadapan.” kata-kata Engku Delisha membuatkan teh yang diminum oleh Ezra tersembur. Terbatuk-batuk lelaki itu kerana tersedak.

“Apa kamu ni? Minum elok-elok sedikit.” tegur Engku Delisha. Terkejut juga dia dengan reaksi Ezra. Nasib baik sahaja bukan wajahnya yang disembur.

“Bonda seriuslah minggu hadapan? Persiapan apa semua belum buat. Istana tak dihias lagi.” ujar Ezra.

“Serahkan kepada bonda.”

“Bonda... Bonda ada dengar tak yang Ratu Adriana dah ditangkap? Macam mana perkahwinan ni masih boleh diteruskan?” soal Ezra hairan. Bondanya sungguh nekad mahu mengahwinkan dirinya dengan Ezlinda. Padahal berita tentang Ratu Adriana sudah tersebar luas. Mustahil bondanya tidak tahu tentang ini.

“Bonda tahu. Perkahwinan kamu dan Puteri Ezlinda adalah perjanjian antara Raja Elmer dan bonda. Ratu Adriana cumalah pihak ketiga antara Raja Elmer dan bonda. Lagipun, Puteri Ezlinda masih mempunyai seorang ibu saudara.” ujar Engku Delisha panjang lebar. Rasanya, alasan ini sudah cukup untuk membuatkan Ezra akur dengan perkahwinan yang dirancang.

“Ibu saudara? Apa kata bonda jemput dia ke sini supaya Ezra boleh berbincang dengan dia?”

“Berbincang? Berbincang untuk apa? Kamu masih ada niat untuk membatalkan perkahwinan kamu dengan Puteri Ezlinda?” Cawan teh diletak kasar di atas meja. Dia tidak faham mengapa Ezra mahu sangat membatalkan perkahwinan tersebut.

“Sudahlah Ezra. Akur dengan apa yang bonda katakan. Terima Puteri Ezlinda baik-baik dan jangan buat masalah.” kata Engku Delisha lagi. Kemarahannya cuba dihapus. Kalau dia gagal mengawal kemarahannya, mungkin segalanya akan terbongkar. Ezlinda diam menadah telinga.

“Jangan buat masalah? Bonda tak fikir apa akibatnya kalau berkahwin dengan Puteri Ezlinda? Mungkin namanya akan tercemar di seluruh Xhandelion kerana berita tentang Ratu Adriana. Apa pula kata rakyat nanti? Ezra tak nak rakyat marah disebabkan hal ini.” ujar Ezra.

Dia cuba menapis ayatnya sebaik yang mungkin. Jangan disebabkan amarahnya, hati Ezlinda terluka. Gadis itu, tidaklah sejahat yang disangkakan. Masih ada baiknya kerana mahu menolong dia menjalankan rancangannya.

“Bonda tak peduli!” Engku Delisha menampar meja seraya berdiri. Terhinjut kecil bahu Fazlan dan Ezlinda.

“Lahai lemah jantung aku. Kalau arwah ni, boleh jumpa Lea semula kot.” getus Fazlan dalam hati. Dada yang berdetak hebat diusap.

EMERALDWhere stories live. Discover now