BAB 32

352 33 9
                                    

Qhairil menoleh pantas apabila bunyi sesuatu jatuh kedengaran. Dahi dikerutkan tatkala melihat susuk tubuh seseorang tidak jauh daripadanya. Kelihatan agak dikenali, namun siapakah itu?

"Hei, siapa di sana?" soal Qhairil. Tidak mendengar sebarang balasan daripada gerangan itu, Qhairil memutuskan untuk mengekori. Semakin berkerut dahi Qhairil apabila gerangan tersebut naik ke atas bumbung istana.

"Berhenti!" Qhairil menghunus pedang ke leher gerangan tersebut.

"Hei, berhenti!" Nada Qhairil sedikit meninggi. Geram apabila gerangan tersebut langsung tidak memberi reaksi dengan hunusan pedangnya. Tak takut mati ke?

"Berhenti aku kata!" Akibat terlalu geram, Qhairil menarik bahu gerangan tersebut. Tersentak dia melihat seraut wajah tersebut.

"Armelyn?" Qhairil memasang riak wajah tidak percaya. Mustahil sungguh gerangan di hadapannya ini ialah Armelyn. Adakah dia baru melihat hantu dan mengikuti hantu sampai ke atas bumbung?

"Kau masih hidup?" soal Qhairil.

"Mati... Mati... Perlu bunuh diri..." Qhairil cuba memasang telinga, mendengar apa yang digumam oleh Armelyn. Mahu luruh jantung dirasakan melihat Armelyn bertindak memanjat pagar di bumbung istana. Spontan tangannya menarik Armelyn ke belakang.

"Hoi, kau gila ke apa? Nak bunuh diri?" marah Qhairil. Pipi Armelyn dicubit seakan-akan ingin membuang topeng kulit palsu. Memandangkan banyak kes penyamaran menggunakan topeng kulit palsu, manalah tahu orang di hadapannya ini bukan Armelyn.

"Kau... Kau betul-betul Armelyn? Bukan ke kau dah mati?" soal Qhairil terkejut. Mustahil topeng kulit palsu terlalu ketat pada wajah Armelyn kerana dia sudah cuba membukanya sehinggakan dagu Armelyn berdarah. Paling hairan, wanita di hadapannya ini langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi. Hanya memandang ke hadapan dengan bibir yang terkumat-kamit menyebut mati dan bunuh diri.

"Perlu bunuh diri..." Tubuh Armelyn bergerak lagi ingin memanjat pagar pada bumbung istana. Tanpa berfikir panjang, Qhairil memukul belakang leher Armelyn. Longlai tubuh itu jatuh ke dalam dakapannya.

"Ada sesuatu yang tak betul di sini..." gumam Qhairil seraya mencempung tubuh Armelyn. Ditinggalkan wanita itu di dalam stor dalam keadaan berikat. Bimbang juga Armelyn bertindak mahu melarikan diri sebaik sahaja menyedarkan diri.

Langkah dihayun pergi sebaik sahaja menutup pintu bilik stor. Dia harus bertemu dengan Ezra sekarang juga. Keadaan di seluruh istana yang tiba-tiba menjadi gelap mengejutkan Qhairil. Masa ini jugalah elektrik tiada. Pasti ada sesuatu yang sedang terjadi.

"Ezra." Qhairil menyebut perlahan. Firasatnya kuat menyatakan ada sesuatu yang sedang berlaku. Laju dia berlari menuju ke bilik bacaan dalam kesamaran cahaya bulan di beranda. Melihat pintu bilik bacaan terbuka luas, Qhairil lantas masuk ke dalam.

"Siapa di sana?" soal Ezra. Dia bersandar lemah pada meja. Darah tidak henti-henti mengalir daripada luka tikaman di perutnya.

"Ezra? Aku ni, Qhairil." Bergegas Qhairil merapati Ezra.

"Kau kenapa?" soal Qhairil. Dapat dia dengar bunyi penafasan Ezra yang tidak teratur, namun dia tidak dapat melihat apa yang telah berlaku pada Ezra.

"Aku ditikam. Tolong papah aku keluar." pinta Ezra. Qhairil akur dan membawa Ezra menuju ke bilik rawatan. Baru sahaja Qhairil ingin menolak pintu bilik rawatan, bekalan elektrik kembali pulih. Kawasan istana mula diterangi cahaya.

"Aku memang rasa tak sedap hati dari tadi lagi. Macam mana kau boleh ditikam? Kebetulan pula bekalan elektrik tak ada." ujar Qhairil.

"Tadi... aku jumpa Armelyn dalam bilik bacaan. Dia tiba-tiba muncul. Kemudian dia tikam aku. Fazlan tengah kejar dia sekarang." jelas Ezra. Tangan Qhairil yang sedang mencuci luka Ezra terhenti.

EMERALDWhere stories live. Discover now