Prolog 👠

624 28 0
                                    

"Tolonggg! T-tolongg–" seorang budak lelaki berumur 12 tahun sedang menjerit meminta tolong sambil berlari

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Tolonggg! T-tolongg–" seorang budak lelaki berumur 12 tahun sedang menjerit meminta tolong sambil berlari. Dia sedang dikejar seekor anjing liar. Budak lelaki itu sangat ketakutan dan tidak tahu ingin melakukan apa selain hanya lari sahaja.

Sampailah dia sudah berlari masuk ke satu kawasan lorong bangunan. Tiada siapa yang ingin menolongnya saat itu.

"Haaa– haaa–" budak lelaki itu sudah kepenatan. Tetapi kakinya masih tidak henti berlari kerana anjing liar itu masih mengejarnya.

Saat budak lelaki itu ingin belok ke kanan, badannya tiba-tiba ditarik oleh seseorang dan terus jatuh terduduk. Kini dia bersembunyi di belakang kotak yang sudah terbuang di situ bersama orang tidak dikenali. Anjing itu akhirnya sudah menghilang dari situ.

Budak lelaki itu menarik nafas lega. Namun dia cepat-cepat menjauhkan dirinya dengan seseorang yang menyelamatkannya.

"Awak okey? " soal budak perempuan itu sambil tersenyum.

Budak lelaki itu masih mendiamkan diri sebelum dia bangun untuk pergi dari situ.

"Hey jangan lah lari, mana terima kasih awak? Saya dah tolong tau! " ujar budak perempuan itu.

Budak lelaki itu akhirnya berhenti melangkah. Dia memusingkan badannya ke arah budak perempuan itu.

"Te-terima kasih–" balas budak lelaki itu perlahan. Budak perempuan itu tersenyum lalu berjalan mendekati budak lelaki itu.

"Nama awak siapa? Macam mana boleh kena kejar dengan anjing? " soal budak perempuan itu.

"Huh? " budak lelaki itu seakan tidak selesa. Ini adalah kali pertama ada orang yang dekat dengan dirinya.

"Nama saya Arya. Nama awak? " ujar budak perempuan itu lagi.

Budak perempuan itu masih diam menunggu jawapan dari budak lelaki itu.

"Nama saya–"

"Arya! Mana kamu? Cepat kita kena balik sekarang " budak perempuan yang bernama Arya itu mula terkejut.

"Err awak, saya balik dulu tau. Jaga diri okey.  Bye! " Arya berlari anak pergi ke arah orang yang memanggilnya itu.

Budak lelaki itu hanya diam melihat Arya yang berlalu pergi itu. Namun, kakinya entah kenapa mula bergerak mengikuti Arya.

Budak lelaki itu mengikuti Arya yang sedang berjalan dengan seorang makcik. Mungkin itu ialah pembantu rumah yang hendak pulang ke rumah.

Dalam beberapa minit, budak lelaki itu berhenti sembunyi di sebalik pokok dan melihat rumah besar di hadapannya. Arya dan makcik itu sudah masuk ke dalam rumah itu. Mungkin itu adalah rumah mereka, di dalam tanggapan budak lelaki itu.

Hari makin hari, budak lelaki itu akan datang ke kawasan rumah budak perempuan itu. Sudah beberapa hari dia tidak nampak Arya keluar dari rumah. Jadi, budak lelaki itu hanya melihatnya dari luar sahaja. Itupun kalau Arya bermain di halaman rumahnya. Dia takut untuk berjumpa secara berhadapan, jadi dia hanya memandang dari jauh sahaja.

[OG]Drowning Love | Mafia • DLM Where stories live. Discover now