BAB 2|EYES TO HEART

284 32 3
                                    

“I need you to come with me, follow my heart to the end”

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

“I need you to come with me, follow my heart to the end”

🔱🔱🔱


Jam sudah menunjukkan pukul 9 malam.

Arya masih berada di dalam biliknya. Dia berdiri sambil membaca sedikit maklumat pada beberapa helai kertas yang sudah tampal di dinding.

Kedua matanya tajam merenung segala maklumat yang sudah dia cari tadi.

Baju jacket merah di atas meja di ambil lalu di sarung ke tubuhnya. Rambut di ikat kemas. Kunci motor di ambil lalu di pusing-pusingkan pada jari telunjuknya. Senyumannya mula terukir.

"Cari pasal dekat tempat aku ye? " ujar Arya dengan nada keras.

"Kau tunggu, aku datang" kata Arya lagi. Dia keluar dari bilik rahsianya. Di kunci agar tiada siapa yang masuk. Kelihatan Arya keluar dari almari bajunya. Di tutup rapat pula kedua pintu almari bajunya. Arya tersenyum senget. Itu ialah laluan rahsia yang dia buat. Rasanya tiada siapa yang tahu selain dia sahaja.

Arya menapak keluar dari biliknya. Di kunci dari luar pintu biliknya.

"Keluar lagi?" soal Kashaf yang sudah berdiri di sebelah Arya. Arya memandang Kashaf.

"Yah. Ada kerja sikit. Kashaf jangan risau, semua kerja yang Ibu suruh Arya dah buat" balas Arya lalu ingin berlalu pergi.

"Arya—" panggil Kashaf. Arya berhenti melangkah. Wajah lelaki itu di pandang.

"Ya? " jawab Arya sambil kedua tangannya di masukkan ke dalam pocket jacketnya.

"Tangan dah okey? " soal Kashaf sambil memandang ke arah tangan Arya.

"Huh? " Arya terjongket keningnya. Kedua tangannya di bawa keluar lalu di angkat sedikit.

"Look, it's fine. Thanks bagi ubat dekat Arya" jawab Arya sambil memberikan senyuman nipis. Kedua tapak tangannya sudah di balut dengan kain putih. Arya terus melangkah pergi menuruni anak tangga meninggalkan Kashaf.

"You're welcome " balas Kashaf perlahan.

Pakk!

"Abang! "ujar Rosy sambil menepuk bahu abangnya. Kashaf sedikit tersentak.

"Nak apa? " ujar Kashaf dengan nada mendatar. Rosy mencebik wajahnya.

"Nak tegur sikit pun nak marah. Abang buat apa depan bilik perempuan ni? " soal Rosy hairan.

"Tak buat apa. Tepi, abang nak masuk bilik" ujar Kashaf ingin berlalu pergi.

"Abang jangan nak tersangkut dengan perempuan ni ehh, kalau Ibu tahu baru padan muka abang" pesan Rosy.

"Tak dengar– tak dengar" Kashaf melangkah pergi sambil tangannya menutup kedua telinganya. Dia malas mau mendengarkan bebelan adiknya yang senget itu.

[OG]Drowning Love | Mafia • DLM Where stories live. Discover now