BAB 12|WIND OF LOVE

130 14 0
                                    

“Your smile is as sweet, as honey my sweetheart”

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

“Your smile is as sweet, as honey my sweetheart”

🔱🔱🔱


Tukk!  Tukk!

Pintu bilik itu di ketuk dari luar. Arya yang baru lepas mandi dan sudah pun bersiap melangkah ke arah pintu biliknya. Senyumannya sedikit melebar kerana dia rasakan yang menunggunya di luar adalah Adrian dan Hayden.

Pintu di kuak besar.

"Korang—" kedua mata Arya sudah terkebil-kebil.

Seorang perempuan muda sedang tersenyum memandang Arya di hadapannya.

"Puan Arya, mari turun makan malam di bawah" ujar Anna iaitu orang gaji di dalam mansion Mikael itu.

"Puan? Hahaha siapa puan? Saya tak kahwin lagi lah. Saya kawan Encik Mikael. Jadi panggil saya Arya. Okey?" balas Arya sambil buat ketawa lucu. Rambutnya di selitkan ke belakang telinga.

"Puan Arya ni kelakar lah orangnya" balas Anna sambil ketawa kecil.

"Huh? Ke-kenapa pula? " soal Arya hairan.

"Tuan Mikael dah bagitahu dekat saya yang Puan Arya ialah isteri kepada Tuan Mikael" balas Anna.

"Dia bagitahu? Siapa je yang dia bagitahu err tentang pasal ni? " soal Arya ingin tahu.

"Emm rasanya orang terdekat sahaja sebab Tuan Mikael nak rahsiakan tentang pernikahan ni" balas Anna.

"Dia ada bagitahu tak kenapa nak rahsiakan? " soal Arya yang mahu mengorek rahsia lebih dalam.

"Rasanya lebih baik Puan Arya tanya dekat Tuan Mikael" balas Anna lalu tersengih.

Arya membuat wajah hampa. Tubuhnya di peluk seketika. Otaknya sudah berfikiran macam-macam.

"Takpelah nanti saya tanya Tuan Mikael awak tu" balas Arya pasrah.

Pintu bilik itu di tutup olehnya. Arya turun ke bawah bersama Anna untuk makan malam bersama.

"Anna dah lama ke kerja dekat sini? " soal Arya yang masih berjalan beriringan dengan Anna.

"Sudah tiga tahun " balas Anna. Arya menangguk mengerti.

"Kenapa sebelum ni tak nampak Anna pun dekat sini? " soal Arya lagi. Seingat dia, sewaktu peristiwa kejadian beberapa hari lepas tak nampak pula Anna di dalam rumah ini.

Arya dapat jumpa dengan Anna pun waktu petang tadi dia balik ke sini. Itupun secara tidak rela.

"Saya minta cuti, mak saya sakit dekat kampung haritu" balas Anna. Arya angguk mengerti lagi.

"Puan Arya dah lama kenal ke dengan Tuan Mikael? " soal Anna laju. Arya yang ingin bertanya lagi terus terdiam. Arya bergerak perlahan semasa turun di tangga besar itu.

[OG]Drowning Love | Mafia • DLM Where stories live. Discover now